Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Selasa, April 07, 2009

IKAN OH IKAN!


Gambar di sebelah menunjukkan dua kolam ‘fibre glass’ yang di dalamnya diisi dengan ikan koi dan ikan guppy . Baru semalam 2 jenis ikan itu di beli untuk mengisi kekosongan dalam kolam tersebut . Jenis ikan macam itu juga memang sesuai dibela di luar rumah dan tanpa sistem pengudaraan . Biarkan sahaja dengan dihiasi pelbagai hidupan flora akuatik seperti teratai, kiambang dan lain-lain lagi . Lama-kelamaan ikan-ikan tersebut akan biasa dengan tempat tinggal barunya . Maka pembiakan ikan dapat dijalankan dengan semulajadi . Kenapa orang suka membela ikan , tidak kiralah di dalam akuarium atau di luar rumah seperti di dalam kolam? Menurut apa yang saya baca satu artikel semalam , ikan ini boleh menjadi teman bebicara manusia lebih-lebih lagi manusia yang dilanda masalah . Mungkin pergerakan ikan yang mempunyai ‘aura’ tersendiri mampu menenangkan jiwa setiap manusia . Sebab itulah , ada yang sanggup membelanjakan beratus-ratus ringgit malahan ada yang sampai beribu-ribu ringgit bagi memberi kepuasan terhadap si pembelanya . Memang ada bukti penyelidikan sains yang ikan ini mempunyai pengaruh positif lagi baik kepada psikologi seseorang manusia . Selain ikan koi dan guppy , kami sekeluarga turut membela ikan jenis ‘parit’ iaitu ikan haruan dan sepat ronggeng . Memang benarlah pepatah ‘ibarat haruan makan anak’. Bayangkanlah dari beratus-ratus anak ikan haruan yang kami dapat dari parit belakang rumah , setelah sebulan dibela tinggal kira-kira 30 ekor yang berjaya ‘melepaskan’ diri . Saiznya juga sudah bertambah , tetapi tabiat makan anak ikan spesis sendiri masih tidak berubah . Sekejap sahaja ikan-ikan haruan pra-dewasa ‘membaham’ semua anak ikan haruan .
Ada satu falsafah mengenai ikan saya ingat . Jadilah seperti ikan , tidak kira dimana tinggal , jenis air dan warna air , isinya tetap putih bersih dan rasanya tetap tawar walaupun ditangkap dari air laut yang memang masin itu . Kalau kita makan ikan bakar pun isinya masih putih lagi . Tersiratnya , apa juga persekitaran negatif yang melingkari hidup kita kuatkanlah iman dan jati diri kita agar apa yang kita cita-citakan impian murni itu dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang gangguan untuk menegakkan kembali maruah Islam . Jadikanlah juga suatu cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang berguna untuk umat manusia sedunia….

1 ulasan:

Farid bin Aspar berkata...

Seronok kalau ada bela ikan... :)