Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Sabtu, September 19, 2009

KAD RAYA KMTJ 09/10



Salam Aidilfitri kepada semua..(^_^)
septatutnye kad ini dihantar seluruh matrikulasi..
tetapi disebabkan masalah percetakan, tidak kesempatanlah..
jadi, lihatlah...hee

Sabtu, September 12, 2009

Tingkat ibadah pada 10 akhir Ramadan

petikan bharian...
ORANG ramai berbuka puasa di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah sebelum mereka menunaikan solat Maghrib.

SEPULUH hari terakhir Ramadan menyaksikan tumpuan jemaah yang melakukan ibadat umrah dan ziarah untuk menghabiskan sebahagian puasa di tanah haram, baik di Makkah atau Madinah.

Semakin ramai yang menjadikan fasa terakhir Ramadan ini untuk mengerjakan umrah, manakala pada sebelah malamnya menunaikan solat tarawih di Masjidilharam, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah.

Tinjauan penulis mendapati, ramai rakyat Malaysia menyertai ribuan jemaah lain melakukan umrah Ramadan yang semakin popular di kalangan umat Islam masa kini terutama pada akhir Ramadan. Melihat ribuan jemaah berbuka puasa serentak di hadapan Kaabah, terasa cukup kecilnya manusia ini di hadapan rumah Allah, walaupun hanya berbuka dengan air zamzam dan kurma yang disedekahkan.

Jemaah kini tertumpu untuk melakukan solat sunat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran bagi mencari malam lailatulqadar pada hari-hari terakhir Ramadan.

Malam istimewa LAILATULQADAR

petikan bharian...

LAILATULQADAR dianggap malam yang sangat istimewa kerana ia dinamakan sendiri Allah SWT di dalam al-Quran, melalui surah al-Qadr yang menjadi pilihan imam untuk dibaca ketika solat sunat Tarawih.

Surah al-Qadr ialah surah Makkiyyah diturunkan di Makkah. Mujahid meriwayatkan sebab turun ayat ini selepas Nabi SAW diceritakan mengenai kisah seorang lelaki Bani Israel yang memikul pedang berjuang di jalan Allah selama 1,000 bulan. Lalu Baginda SAW rasa dukacita kerana umur umatnya pendek, turunlah surah ini.

Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya di malam al-Qadr. Apakah kamu tahu apa itu malam al-Qadr? Malam al-Qadr adalah lebih baik dari seribu malam. (Pada malam tersebut) malaikat dan al-Rub (Malaikat Jibrail) turun padanya dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam tersebut sehingga terbit fajar.” - (al-Qadr:1-5)