Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Isnin, Disember 20, 2010

Kelebihan Bulan-bulan Islam

Seperti mana kita tahu ada 12 bulan Islam yang diatur oleh ALLAH sendiri.Setiap bulan mempunyai sejarah dan pengajaran yang amat berguna untuk umat manusia umumnya..

Inilah senarai nama bulan mengikut turutan(klik untuk penerangan selanjutnya):

1 Muharram
2 Safar
3 Rabiul Awal
4 Rabiul Akhir
5 Jamadil Awal
6 Jamadil Akhir
7 Rejab
8 Syaaban
9 Ramadhan
10 Syawal
11 Zulkaedah
12 Zulhijjah

Untuk mendengar nasyid Bulan-bulan Islam bagi memudahkan kita menghafalnya klik di sini

Selasa, November 30, 2010

Dedahkan keaiban orang bukan ikut syariat Islam

Usaha memelihara kepentingan sesama Muslim tidak akan tercapai jika fitnah berleluasa

MEMALUKAN seseorang dengan mencari dan mendedahkan keaiban pada mata masyarakat adalah perbuatan mazmumah. Soal mencari dan mendedahkan keaiban orang lain ini dengan sesuka hati sangat dipandang berat oleh Islam.
Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka terhebahnya tuduhan yang buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah al-Nur: 19)
Atas dasar ini maka dikehendaki setiap orang menyimpan rahsia atau menutup keaiban saudaranya lebih-lebih lagi jika ia hanya semata-mata prasangka atau tuduhan buruk yang tidak berasas.

Ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dan perselisihan yang akibatnya amat berat ditanggung oleh orang itu sendiri dan juga masyarakat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Menjelaskan mengenai perkara mendedahkan keaiban ini, Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan. Pertama, orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran.
Jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedah atau diperkatakan. Jika tetap diperkata atau didedahkan juga kemungkaran didengari itu maka ia menjadi ghibah (umpat) yang hukumnya haram dan berat dosanya.

Kedua, orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan malah tidak mempedulikan sebarang nasihat yang diberikan dan tidak malu dalam melakukan kejahatan secara terbuka.

Golongan ini harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat. Malah, ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya.

Sebab jika didiamkan tentulah ia akan bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah, sehingga membahayakan masyarakat.

Menurut sesetengah ulama pula, adalah sunat merahsiakan keaiban manusia dalam empat perkara iaitu keaiban berkaitan hak Allah, keaiban lampau yang tidak diketahui orang, keaiban orang berkedudukan dalam masyarakat dan keaiban dilakukan untuk melindungi kepentingan anak yatim.

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang tidak boleh dinodai dengan diselidiki keaibannya, sekalipun ia berbuat dosa selama dilakukan secara bersembunyi.

Abu al-Haisam pegawai kepada Uqbah bin Amir (salah seorang sahabat Nabi) berkata: “Saya pernah memberitahu Uqbah bahawa saya mempunyai jiran yang suka minum arak dan saya akan melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya mereka datang menangkapnya. Lantas Uqbah berkata: “Jangan! Tetapi nasihatilah mereka itu”. Abu al-Haisam menjawab: “Saya sudah melarang tetapi mereka masih berbuat demikian. Justeru, saya tetap akan melaporkannya kepada pihak berkuasa.”

Uqabah berkata lagi: “Jangan! Sebab saya pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menutupi suatu keaiban, maka ia seolah-olah menghidupkan anak yang ditanam hidup-hidup dalam kuburnya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasa’i).

Bagaimanapun, semua orang tetap ada keaibannya yang tertentu sama ada kecil atau besar dan tentu dia tidak suka diketahui orang. Apatah lagi jika ada orang sengaja mencari keaiban seterusnya menyebarkan ke sana-sini, tentu dia akan marah. Lebih buruk lagi jika ia membawa kepada perselisihan dan pergaduhan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu mencari-cari keaiban orang lain, bererti kamu sudah merosakkan mereka atau setidak-tidaknya hampir merosakkan mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban)

Sebenarnya hal ini bertentangan dengan dasar Islam yang menganjurkan umat Islam supaya saling berkasih-sayang, hormat-menghormati, bantu-membantu dan tidak benci-membenci antara satu sama lain.

Bagi orang yang suka menyebarkan keaiban orang lain, seharusnya berfikir bahawa dirinya juga tidak sepi daripada aib dan cacat. Jika dia tidak suka keaibannya dicari dan didedahkan maka mengapa pula dia sanggup mencari dan mendedahkan keaiban orang lain. Tidakkah dia bimbang suatu hari nanti orang lain pula akan mencari dan mendedahkan keaibannya.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang telah menyatakan beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang Islam dan janganlah pula mencari-cari keaiban mereka. Sebab sesiapa yang mencari keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mencari pula keaibannya. Sesiapa yang telah dicari keaibannya oleh Allah, maka Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam perjalanan yang jauh.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Segala bentuk perbuatan dan tindakan yang kita lakukan hendaklah berlandaskan syariat Islam. Jika syariat Islam tidak dipedulikan, usaha menghidupkan semangat kerjasama dalam masyarakat seperti bantu-membantu, hormat-menghormati dan memelihara kepentingan sesama Muslim tidak akan tercapai. Sebaliknya, akan wujud masyarakat yang penuh dengan kejahatan dan kemungkaran.

Ucapan salam disertai berjabat tangan eratkan persaudaraan

UCAPAN ‘Assalamualaikum’ boleh jadi asing bagi segelintir masyarakat mungkin kerana sudah terbiasa mengucapkan ‘hello’ dan ‘bye-bye’ apabila bertemu serta berpisah sehingga ucapan salam yang mulia, dipinggirkan.

Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Namun, perlu difahami ucapan salam yang disyariatkan mempunyai impak besar dalam memelihara hubungan ukhuwah sesama manusia. Malah, ucapan itu dinilai sebagai ibadah dalam konteks mempraktikkan sunnah Rasulullah.
Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Demi zat yang diriku berada di bawah kekuasaan-Nya, tidak akan masuk syurga selagi kamu tidak beriman, tidak akan beriman selagi kamu tidak saling cinta mencintai. Apakah kamu ingin ku khabarkan mengenai amalan yang apabila dilakukan pasti membuatkan kamu saling mencintai? Kalangan sahabat menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Nabi bersabda: Sebarkanlah salam dalam kalangan kamu.” (Hadis riwayat Muslim).
Selain itu, ucapan salam disertai perbuatan berjabat tangan juga sunnah yang dituntut. Walaupun begitu, ia masih tertakluk kepada hukum bersentuhan antara bukan mahram yang perlu dipelihara.

Amalan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabi seakan menjadi perkara biasa walhal ia perbuatan dosa yang semestinya dijauhi. Justeru, jangan mudah menghulurkan tangan untuk berjabat dengan sesiapa saja kecuali selepas dipastikan segala ketetapan agama dipatuhi sepenuhnya.

Ataupun, jika terdesak untuk berjabat tangan berusahalah mengelak dengan cara bijaksana tanpa menjatuhkan maruah dan kehormatan orang lain.

Membongkokkan badan sambil berjabat tangan juga perbuatan dilarang bagi mengelak wujudnya unsur syirik penyembahan kepada sesama makhluk. Adapun perbuatan saling berpelukan dan berciuman ketika bertemu adalah diharuskan terutama apabila seseorang pulang daripada musafir seperti ketika menyambut kepulangan jemaah haji.
Perbuatan berdiri untuk mengagungkan seseorang yang lain juga adalah tidak disukai Nabi Muhammad. Justeru, sahabat tidak berdiri apabila melihat Baginda.

Bagaimanakah ucapan salam yang sebenar-benarnya disyariatkan. Diriwayatkan, bertandang seorang lelaki kepada Rasulullah seraya mengucapkan ‘Assalamualaikum’. Nabi bersabda: Sepuluh kebaikan. Kemudian datang yang lain sambil mengucapkan ‘Assalamualaikum warahmatullah’. Nabi bersabda: Dua puluh kebaikan. Kemudian datang yang lain dan mengucapkan ‘Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’. Baginda bersabda: Tiga puluh kebaikan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Disebabkan hebatnya ucapan salam dan pahala disediakan untuknya, umat Islam diseru tidak lagi memandang remeh amalan baik mengucapkan salam ketika bertemu dengan saudaranya.

Diriwayatkan, sekelompok orang Yahudi datang menemui Rasulullah sambil mengucapkan ‘Assaamu alaikum’ yang bermaksud racun untuk kamu. Lalu dijawab Nabi: ‘Alaikum’. Saidatina Aisyah kemudian menambah lagi: Bahkan racun dan laknat buat kamu.”

Nabi kemudian bersabda lagi: “Wahai Aisyah sesungguhnya Allah mencintai kelembutan dalam segala hal. Aisyah membalas, apakah Tuan tidak mendengar apa yang mereka ucapkan. Nabi menjawab lagi sambil berkata: “Aku telah membalasnya dengan mengucapkan ‘alaikum’ yang bermaksud untuk kamu juga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita mempraktikkan amalan salam dan menyebarluaskan amalan itu dalam kehidupan seharian supaya umat Islam akan sentiasa dilindungi dan dirahmati kerana kita saling mendoakan antara satu sama lain.

Khamis, November 04, 2010

Tafsir Ayat: Ibadat saie Safa ke Marwah lambang kecekalan, ketakwaan

FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) antara kedua-duanya. Dan sesiapa suka rela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 158)

Ibrahim al-Sari berkata, Safa bermaksud batu keras dan kental. Oleh itu, sebatang pohon tidak tumbuh di atasnya manakala Marwah pula ialah batu lembut. Kedua-dua tempat itu dijadikan syiar Allah untuk dilaksanakan salah satu daripada rukun haji iaitu bersaie.
Syiar bermaksud tanda atau lambang ibadah kepada Allah. Oleh itu, ditakrifkan syiar sebagai setiap apa yang diperintahkan kepada hamba Allah sebagai satu ibadat kepada Allah dengannya daripada segala urusan agama seperti tawaf, saie, wukuf di padang Arafah dan melontar Jamrah di Mina.
Sayid Qutub dalam kitab tafsirnya berkata, sesiapa yang berkeliling antara dua bukit, bererti dia menunaikan syiar untuk Allah.

Syeikh Sya’rawi pula menyatakan, dua bukit Safa dan Marwah mengingatkan nostalgia lama bagaimana Hajar iaitu ibu Ismail berulang alik antara kedua-duanya mencari air untuk anaknya selepas ditinggalkan Ibrahim di sisi Baitullah al-Haram.

Bagaimana fikiran seorang perempuan ketika ditinggalkan suaminya bersama anak kecil di tempat yang tidak mempunyai makanan dan sumber air?

Di sinilah lahirnya ucapan Hajar yang masyhur, iaitu kepada siapa kamu serahkan kami, adakah Allah yang perintahkan kamu berbuat demikian? Lantas jawab Nabi Ibrahim: Ya, dengan penuh yakin. Isterinya yang salihah berkata: Jika begitu, Allah SWT tidak akan mengabaikan kami.
Sebab nuzul ayat ini ialah riwayat yang menyatakan sesetengah Muslimin keberatan berkeliling di Safa dan Marwah ketika mengerjakan ibadat haji atau umrah disebabkan berhala Asaf dan Na’ilah diletakkan di atas dua bukit itu.
Orang Islam tidak suka dan keberatan untuk berkeliling di situ seperti mereka berkeliling di zaman jahiliah.

Diriwayatkan Asim Ibn Sulaiman berkata: “Aku bertanya Anas mengenai (berkeliling) di Safa dan Marwah, dia menjawab: Kami melihat kedua-duanya daripada upacara (ibadat) jahiliah. Apabila Islam datang, kami menahan diri daripada berkeliling pada kedua-duanya. Kemudian Allah menurunkan ayat di atas bermaksud: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwah itu adalah daripada syiar Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Islam mengekalkan kebanyakan syiar ibadat haji yang diamalkan orang Arab dan menghapuskan syiar berhubungan dengan berhala serta kepercayaan karut jahiliah.

Sebaliknya, Islam menghubungkan syiar ibadat haji dikekalkan itu dengan kefahaman dan kepercayaan sebagai syiar Ibrahim yang diajarkan oleh Allah kepadanya.

Allah berfirman bermaksud: “Dan sesiapa mengerjakan dengan sukarela amalan baik, maka sesungguhnya Allah memberikan balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.”

Firman Allah ini menegaskan amalan berkeliling di antara dua Bukit Safa dan Marwah itu adalah amalan baik, maka terhapuslah segala perasaan syak dan keraguan dari hati kaum Muslimin, akhirnya timbullah rasa senang hati untuk melaksanakan syiar ini.

Dalam erti kata lain, ayat ini memberikan ketenangan jiwa bagi orang beriman kerana Allah SWT menetapkan syiar bersai sebagai satu syiar yang baik dan akan membalasnya dengan kebajikan.

Paling penting sekali ialah Allah Maha Mengetahui segala niat dan perasaan tersemat dalam hati setiap Muslim. Natijahnya, Allah SWT meredai segala perbuatan yang baik dan akan membalasnya dengan ganjaran baik.

Khamis, Oktober 14, 2010

Ilmu penentu ketinggian tamadun bangsa

Umat Islam perlu tingkat kesedaran, bermuhasabah dalam mengurus hidup di dunia, akhirat

DUNIA dan sejarah sudah membuktikan kemapanan ilmu boleh menentukan jatuh bangunnya suatu tamadun manusia. Sememangnya tidak dinafikan kesarjanaan ilmu dan ketrampilan sahsiah mampu memadamkan buntang kejahilan yang kian bersinar kini.
Jika ilmu benar-benar dipelajari dan diamalkan, pasti seluruh manusia akan dapat hidup aman dan harmoni, bahkan penyelesaian kepada segala kemelut, kemunduran dan penghinaan dihadapi umat Islam hari ini ialah dengan kembali kepada al-Quran.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-Nya, hanyalah para ulama.” (Surah al-Faathir, ayat 28)

Dalam hal ini, awal tarbiah sama ada secara langsung atau tidak adalah kecantikan budi yang diwarisi daripada ibu bapa melalui interaksi serta pergaulan harian. Akhlak baik yang diwarisi daripada ibu bapa melahirkan anak berbudi bahasa serta pekerti mulia.

Ada kalanya, apa yang diwarisi tidak semestinya baik dalam aspek agama. Oleh itu, warisan hendaklah diselaraskan dengan ilmu dipelajari secara berfokus, supaya generasi yang terdidik akan dapat meneruskan kesinambungan akhlak Rasulullah dan sahabat Baginda.

Dalam Islam, perkataan pendidikan atau tarbiah antara lain bermaksud suatu pendekatan terbaik untuk berinteraksi dengan fitrah insan dan melaksanakan proses pendidikan melalui tunjuk ajar serta teladan.
Suatu teori pendidikan tidak akan sampai kepada matlamat dihajati jika gagal berfungsi dan tidak berkesan. Keberkesanan diukur dengan melihat sejauh mana hasil dihajati bertunas dan berkembang dalam diri individu yang dididik.

Hasil pendidikan juga dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku, tindakan dan pemikiran mereka. Pendidikan yang tidak berkesan bukan saja merugikan tenaga, waktu dan wang, lebih dibimbangi apabila hasilnya bertentangan dengan apa dihajati.

Maksud menuntut ilmu bukanlah semata-mata menambah atau memperluas ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk mengabdikan pada masyarakat dan meningkatkan mutu peribadi. Antara ilmu dengan budi hendaklah saling isi mengisi manakala budi yang tidak berisi ilmu tidak memberi faedah kepada masyarakat.

Kerana ilmu jugalah manusia akan dibezakan Allah SWT mengikut darjat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Selama mana kekuatan masih ada dalam jiwa umat Islam, selama itulah Islam akan tetap hidup subur di seluruh permukaan bumi. Senario semasa menggambarkan kita seolah-olah rela dan pasrah melihat Islam terus layu serta membiarkannya mati.

Kelakuan dan budi pekerti segelintir umat Islam kini ada kalanya tidak jauh berbeza dengan kelakuan jahiliah. Bukan saja tiada usaha menyuburkan kembali, malah ada Muslim yang terus galak membajai benih mazmumah.

Pendek kata, akhlak dan budi seolah-olah butir permata yang sudah hilang daripada kehidupan orang Islam. Setiap insan yang berfikir perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas serta tanggungjawab.

Justeru, sebagai entiti penting dalam masyarakat, umat Islam tidak boleh lari daripada meningkatkan kesedaran mengenai persoalan ini dan seterusnya bermuhasabah diri ke arah mengurus kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Konsep kesarjanaan ilmu wajar menjadi prinsip utama dalam kehidupan setiap individu Muslim yang merdeka. Apa yang paling penting adalah pembelajaran bukanlah hanya untuk kelulusan peperiksaan, sebaliknya adalah momentum ke arah memahami erti hidup sebenar.

Setiap ilmu yang dipelajari wajar ditafsir mengikut kacamata ilmiah yang betul kerana makna belajar itu sendiri boleh ditakrifkan sebagai suatu proses pembinaan idea, penghayatan dan aplikasi ilmu. Hasilnya, hakikat akhir proses belajar itu mampu memimpin seseorang ke landasan kebenaran.

Sebab itulah, malang sekali jika ada yang gagal dalam hidup, gagal akhlak dan budinya sewaktu proses pembelajaran atau menuntut ilmu sedangkan ilmu menjadikan seseorang insan itu mulia dan dihormati. Jatuh bangunnya generasi mendatang adalah impak terbesar dari generasi hari ini.

Kebahagiaan tidak hadir bagi individu utama keseronokan, hidup bebas

KEBAHAGIAAN bukan terletak pada banyaknya wang ringgit atau harta semata-mata kerana kebahagiaan berkait rapat dengan ketenangan hati. Kebahagiaan adalah kesenangan hidup, suasana aman serta kemujuran yang dilalui seseorang dalam kehidupan.

Kebahagiaan terletak dalam hati, apabila hati bahagia akan terpancar kebahagiaan di wajah seseorang. Rumah tangga bahagia juga menyumbang ke arah kebahagiaan hidup dalam masyarakat.
Tokoh cendekiawan Islam, Ibnu Khaldun pernah mengatakan: “Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis yang ditentukan Allah dan sifat perikemanusiaan.”
Tokoh Islam, Ma’adz bin Jabal pernah menyatakan: “Sesungguhnya tak boleh bagi kamu mempunyai kebahagiaan di dunia. Dan engkau lebih berhajat lagi kepada kebahagiaan di akhirat. Maka mulai dengan kebahagiaan kamu dari akhirat lalu ambilkan. Sesungguhnya engkau akan lalu di atas kebahagiaan dari dunia, maka hendaklah engkau mengaturnya.”

Jelasnya, kesenangan hidup dan suasana aman di dunia adalah atas daya usaha kita sendiri, begitu juga kebahagiaan akhirat, kita perlu berusaha mendapatkannya. Melalui amalan baik dan ketakwaan kepada Allah, segala kebahagiaan pasti tercapai.

Ada pandangan cendekiawan Islam mengatakan, untuk mencari bahagia, bebaskan hati daripada dendam dan rasa takut. Hidup sederhana, mengharap sedikit, memberi banyak. Isi dan penuhkan harapan dengan kasih sayang. Lupakan kepentingan diri dan ingatlah orang lain. Lakukan kebaikan sesama manusia seperti anda ingin diperlakukan.

Kalangan remaja sering tersalah anggap mengenai kebahagiaan, mentafsirkan kebahagiaan adalah keseronokan dan keinginan hidup bebas tanpa kongkongan. Sebenarnya itu semua bukanlah kebahagiaan.
Kehidupan yang menjurus kepada kebahagiaan dipilih remaja sering mengakibatkan mereka terjerumus ke kancah pergolakan hidup, pergaulan bebas, melepak, berkeliaran tanpa membuat kerja berfaedah.

Tokoh Islam, Hamka pernah berkata, “Kekayaan harta benda, pangkat atau kedudukan yang tinggi tidaklah dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur. Malah, bertambah banyak kekayaan atau bertambah tinggi kedudukan, bertambah jelaslah kekerdilan jiwa dan kekurangan seseorang. Oleh sebab itu, kayakan batin lebih dulu untuk menghadapi kemungkinan naik atau kemungkinan turun.”

Ketenangan jiwa juga boleh membawa kebahagiaan dalam hidup seseorang. Firman Allah yang bermaksud: “Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Dalam kehidupan bermasyarakat, selalu terjadi perkara berlawanan. Orang miskin dilihat serba kekurangan dan menderita, hidup mereka tenang, bergembira dan bahagia. Orang kaya, serba mewah, berilmu pengetahuan, tetapi hidupnya resah, cemas dan selalu merasa tidak puas.

Sesuatu kita miliki, jika tidak diterima dengan keimanan dan jiwa bersih, hanya akan membuat diri menjadi keluh-kesah. Kita harus menyedari tidak selamanya orang mampu menghadapi kesukaran menimpanya dan tidak selamanya orang berhasil mencapai tujuannya dengan baik.

Oleh itu, remaja perlu dididik dengan keperibadian yang luhur dan jiwa sihat supaya mampu menghadapi apa juga masalah. Dalam kehidupan, kita harus berusaha menjaga kemuliaan hati pada setiap tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan.

Mencari jalan menuju kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat penting dan setiap umat Islam mestilah berusaha untuk mencapai matlamat ini. Teruskanlah mendidik hati dan jiwa supaya mencapai ketenangan serta kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Sabtu, September 18, 2010

Biar Lambat Asal Selamat??


Kita masih lagi dalam musim perayaan yang sinonim dengan kemalangan di jalan raya pada musim raya. Tidak kiralah raya aidilfitri ke, tahun baru cina ke atau deepavali , masih lagi berlaku kemalangan walaupun statistik ops sikap tidak berubah tahun demi tahun(padahal kalau tidak ada pon ops sikap itu, pada hari biasa memang itulah jumlah kematian 'biasa' di Malaysia tiap-tiap hari).Kadang-kadang kematian yang dicatatkan purata setiap hari lebih tinggi dengan jumlah orang yang mati akibat H1N1.Jadi mana lagi bahaya?berada diatas jalanraya atau wabak H1N1?.Perkataan lambat, banyak definisinya.Kalau di jalanraya boleh jadi lambat itu satu kebaikan atau keburukan.Macam mana bole jadi kebaikan??Kalau ketika waktu hujan lebat atau trafik sesak secara normal manusia akan membawa perlahan ataupun lambat.Memang cari nahaslah kalau memecut dalam situasi tersebut.Itu namanya sahaja menempah maut.Kalau keburukan pula, perlahan ini jika kita buat dalam situasi yang salah.Bayangkan di jalan biasa(ada 2 loroang sahaja) kita pandu kereta rehat-rehat sahaja.Tidak perasan dekat belakang kereta kita, berderet-deret kenderaan 'beratur'.Jadi itu mampu menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemandu lain dan mulalah episod cucuk-mencucuk di belakang.Mahu bagi amaran dekat kita yang membawa lambat.Silap hari bulan , kemalangan...Oleh itu, pandai-pandailah mengawal kelajuan kereta anda dan bertoleransilah di jalanraya(Kalau di luar jalan sopanlah pula,kalau di jalanan??..) .Semoga anda semua sampai ke destinasi dengan selamat dan sebelum kita mulakan perjalana, perlulah dimulai niat yang baik disertakan doa..InsyALLAH sepanjang perjalanan kita, dikira ibadah..Aminnn

Isnin, Ogos 30, 2010

Pembukaan kota Makkah tanda kejayaan perkembangan syiar Islam

PEMBUKAAN kota Makkah antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang berlaku pada Ramadan, tahun ke-8 hijrah. Pembukaan kota Makkah dilihat sebagai kejayaan penting dalam peribadatan dan perkembangan syiar Islam kerana di sini terletak kiblat orang Islam, Kaabah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salahmu yang lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu serta menambahkanmu hidayah ke jalan lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehebat pertolongan (yang tidak ada tolok bandingnya).” (Surah al-Fath, ayat 1-3)
Peristiwa ini berlaku apabila Bani Bakr dalam naungan Quraisy menyerang Bani Khuzaah dalam naungan Islam pimpinan Rasulullah SAW. Serangan Bani Bakr dibantu pihak kafir Quraisy.
Tindakan ini menimbulkan kemarahan orang Islam kerana dengan pertolongan itu, pihak Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah yang dipersetujui mereka. Serangan itu juga menyebabkan hampir 20 orang daripada Bani Khuzaah terbunuh.
Oleh kerana serangan itu dibantu pihak Quraisy, maka Amru bin Salim bersama rakannya daripada Bani Khuzaah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah SAW.

Apabila pihak Quraisy mendengar permintaan Bani Khuzaah kepada Rasulullah SAW, mereka begitu menyesal lalu menghantar Abu Sufian bin Harb bertemu Baginda untuk merayu dan memohon maaf namun, Rasulullah SAW dan sahabat tidak menghiraukannya. Dengan keputusan itu, beliau pulang dengan perasaan hampa dan kecewa ke Makkah.

Oleh kerana perjanjian Hudaibiyah dilanggar pihak Quraisy, maka Rasulullah SAW menyiapkan angkatan Muslimin dengan jumlah mencecah hingga 10,000 orang berangkat ke Makkah. Keberangkatan Rasulullah SAW dan sahabat ke Makkah dapat dijangka oleh pihak Quraisy.
Catatan sejarah menjelaskan bahawa sahabat dapat mematahkan cubaan Hatob untuk mengutuskan surat ke Makkah bagi memaklumkan keberangkatan Muslimin.

Apabila Hatob dihadapkan kepada Rasulullah SAW, beliau menjelaskan bahawa tujuan mengutus surat ke Makkah melalui seorang wanita untuk memaklumkan keluarganya mengenai keberangkatan Muslimin dan bukan berpaling tadah atau murtad. Alasan ini diterima Rasulullah SAW kerana beliau adalah salah seorang pejuang di medan Badar yang Allah SWT janjikan keampunan.

Setiba Rasulullah SAW di Makkah, orang Islam berjaya memasukinya tanpa tentangan sengit. Walaupun pertempuran berlaku, ia dapat dipatahkan oleh Khalid Ibn Walid dan sahabat lain.

Baginda menghancurkan berhala di sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Makkah.

Selasa, Ogos 17, 2010

KOLEKSI HADIS-HADIS , PETIKAN QURAN DAN KATA- KATA MUTIARA v.007

Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH, dapat lagi kita diberi nafas, dan mampu untuk menunaikan puasa pada tahun ini setelah bulan ramadan mubarak mula menjengah kita semua minggu lepas. Semoga kita mampu melakukan pelbagai amalan yang berlipat kali ganda pahalanya berbanding pada bulan biasa. Itulah tanda kebesaran dan sayangnya ALLAH kepada kita umat Nabi Muhammad S.A.W yang rata-rata umur lebih pendek jangka hayatnya berbanding umat-umat nabi terdahulu. Dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, pada ramadan sajalah kita diberi kelebihan ALLAH ganjaran pahala tanpa perlu kita umur beribu tahun. Masyallah....

1. Kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia

2. Tadbirlah fikir dengan zikir , tadbir zikir dengan amal , tadbir amal dengan zuhud , tadbir zuhud dengan redha , tadbir redha dengan syukur & tadbir syukur dengan sabar

3. Berfikirlah dengan berzikir , berzikir perlu disusuli amal , beramalah dengan sifat zuhud , zuhud akan melahirkan sifat redha.

4. Kata orang arifbillah , gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yang mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan akal & kalbu

5. Hidup ini ibarat ada 3 hari. Semalam sebagai pengalaman , hari ini untuk perancangan dan esok hanya menantikan jawapan

6. Kesusahan di dunia ini berpunca dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima perjalanan hakiki & sebaliknya mengikut jejak kafir di dalam mencari bukti

7. Kata orang arifbillah , pastikan amalan wajib tidak ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunnat(jangan jadikan amalan itu ibarat badan tiada berkepala)

8. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Andai kaya, lihatlah kepada yang miskin. Andai miskin , lihat kepada yang papa. Andai papa , lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya

9. Renunglah sejarah pengabdian Nabi Nuh , Nabi Ibrahim , Nabi Musa & Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian diri kepada Allah

10. Uzlahkan diri dari kesibukan dunia , kelukan lidah dengan perbanyakkan tasbih , matikan hati dari berangan-angan tentang dunia (Hayati Al-Quran) & matikan jasad dengan zikrullah

11. Perbanyakkan memohon doa dan keampunan untuk ibubapa juga memohon keampunan dari mereka(eloklah membaca surah Al-Fatihah, Al-Imran, Al-Kahfi)

12. Perbanyakkan zikir LAILAHAILLALLAH, bertasbih dan solat hajat untuk meminta kebaikkan/terusan amalan(elok membaca surah Fatihah & Al-Kafirun)

13. Bacalah Fatehah dengan niat menyusuli jalan syahadah dari Adam AS hingga Rasul SAW(wadah fikir) & ditambah pula dengan 7 kali surah Al-Quraish, Al-Maun & Al-Kautsar

14. Perbanyakkan membaca Al-Quran(10 surah lazim) beserta terjemahannya sambil di renung & di fikir akan maksud & pengalamannya bagi menepati perintah ALLAH S.W.T

15. Buta hati adalah buta paling keji di dalam perjalanan menuju iman. Punca buta hati itu kerana sifat bakhil, dengki, berdendam, & kianat sesama makhluk

16. Petunjuk kepada jalan iman begitu terang untuk hati yang mulia dan beserta sifat pemurah serta penyayang sesame makhluk

17. Perbanyakkan memberi kepada yang memerlukan, hadiah yang kepada yang berkenaan, sedekah kepada fakir/miskin & berkorban demi perjuangan menegakkan Islam(Iman/Syiar)

18. Memberi, menghadiah, bersedekah & berkorban demi ALLAH & Rasul, adalah punca kepada pembersihan hati dan pembentukkan wadah ilmu(laduni)

19. Tuntutlah kejayaan akhirat dengan penuh taqwa kerana kejayaan itu mempunyai 4 perkara iaitu, kekekalan, kekayaan, kehormatan & ilmuan

20. Tidak sempurna amal perbuatan dan kebajikan andai tidak mengikut kehendak Rukun Iman & Rukun Islam

Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..

Sabtu, Julai 24, 2010

Keikhlasan bezakan amalan, ibadat

IBADAT dalam Islam adalah kemuncak sifat kepatuhan dan ketundukan kepada Allah yang juga pengiktirafan keagungan Tuhan disembah. Menerusi ibadat, umat Islam dapat berhubung dan mendekatkan diri kepada Allah (hubungan menegak).
Ibadat juga memberi kesan mendalam antara perhubungan manusia sesama manusia dan dengan makhluk lain (hubungan mendatar) di dunia ini.
Pengertian ibadat dalam al-Quran cukup luas, tidak terbatas kepada perkara difardukan saja, malah meliputi semua perkara dilakukan dengan ikhlas.
Allah berfirman bermaksud: “Dan mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Ikhlas kunci bagi segala bentuk amalan dan penanda yang membezakan antara ibadat dengan adat. Jadi, sesuatu amalan dilakukan penuh keikhlasan dikategorikan sebagai ibadat, meskipun tidak mempunyai perintah secara langsung dalam al-Quran dan hadis.

Menurut al-Quran, kehidupan di dunia satu kesatuan yang wujud di dalamnya hanyalah semata-mata mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, Islam menetapkan supaya seluruh cara hidup manusia dipelihara supaya menjadi ibadat dan sebagai tanda kepatuhan kepada Allah.
Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah (Dialah) saja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah saja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kukuh kekuasaan-Nya.” (Surah al-Zariyat, ayat 56-58)

Perlu dijelaskan setiap tindakan dilakukan seseorang Muslim dalam kehidupan berkait rapat dengan akidahnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-An’am, ayat 162)

Oleh itu, kita mestilah memastikan segala ibadat dilakukan mempunyai hubungan secara langsung dengan Allah. Malah ia asuhan dan didikan mendekatkan diri kepada Allah serta mencintai-Nya.

Muslim yang berdiri di hadapan Allah untuk menunaikan solat fardu atau sunat dalam keadaan penuh suci lagi khusyuk, adalah didikan praktikal mencetuskan hubungan secara langsung dengan Allah serta memberi kesan mendalam terhadap jiwanya.

Seseorang Muslim sentiasa berada dalam keadaan berjuang melawan hawa nafsunya sehingga sampai ke tahap merasakan nikmat berhubungan serta mendekatkan diri kepada Allah. Maka, pada ketika itu solat baginya adalah pertemuan dinanti-nantikan dan di situlah ketenangan serta kerehatan.

Rasulullah SAW menemui ketenangan dalam solat. Biasanya apabila Baginda SAW ditimpa sesuatu masalah, maka Baginda akan segera mengerjakan solat sambil berkata kepada Bilal: “Berikan kerehatan kepada kami wahai Bilal.”

Jelas menunjukkan perasaan seorang ‘abid (hamba) yang mendapati solat itu pertemuan antaranya dengan Allah.

Ibadat zakat adalah penyempurnaan kepada matlamat solat iaitu mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Pada dasarnya zakat disyariatkan untuk menyucikan jiwa seseorang Muslim daripada segala akhlak yang keji.

Jadi, dengan mengeluarkan zakat bermakna seseorang Muslim itu sudah membersihkan jiwa dan hartanya daripada kekotoran seterusnya sebagai tanda bersyukur atas kenikmatan rezeki dikurniakan Allah.

Selain itu, ibadat puasa dapat menumpukan usaha pembersihan dan pentarbiahan jiwa dengan menjauhi perkara mungkar semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Pada Ramadan seseorang Muslim dapat merasakan keagungan nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, iaitu al-Quran yang diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kejahilan kepada keimanan. Justeru, waktu malamnya dihabiskan untuk beribadat, merenungi serta bersyukur kepada Allah.

Dalam menunaikan ibadat haji pula, seseorang Muslim merasakan dirinya menjadi tetamu Allah serta merasai keagungan nikmat-Nya. Untuk menghadiri rumahnya yang mulia itu, kita seharusnya membersihkan rohani daripada segala kotoran dan menggunakan perbelanjaan harta yang bersih.

Begitulah didikan secara praktikal untuk menyintai Allah dan mendekati-Nya. Kesediaan jiwa meninggalkan perkara amat diingini dan disayanginya tanda kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.

Inilah dikatakan ihsan dan Rasulullah SAW sendiri pernah ditanya Malaikat Jibril mengenai maksud ihsan lalu Baginda menjawab: “Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau.” (Hadis Muttafaq ‘Alaih)

Sehubungan itu, beribadat perlu dalam keadaan hati merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia buat sementara waktu. Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan Rasulullah SAW.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Allah tidak memandang kepada solat seorang lelaki yang dikerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya.”

Al-Hasan al-Basri pula menjelaskan: “Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia lebih hampir kepada seksaan.”

Di samping itu, kita mestilah beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak berasa cukup dan tidak pula terlalu mudah berpuas hati.

Selasa, Julai 13, 2010

Microsoft Office 2010

CLICK PIC TO ENLARGE


Saya dapat juga menggunakan office yang baru ini.lebih ringan dan pantas. Selain itu anda boleh edit file office anda bukan sahaja menggunakan secara biasa(offline) , tapi dengan web melalui akaun hotmail(office web apps). Dimana-mana sahaja kita boleh mengunakan Microsoft Office 2010 serba baru ini!!!

Khamis, Jun 03, 2010

KOLEKSI HADIS-HADIS , PETIKAN QURAN DAN KATA- KATA MUTIARA v.006

1. Tidak ada yang lebih baik bagi seorang lelaki di akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan ibubapa, anak-anak dan isterinya dari api neraka

2. Bala Allah akan datang kepada mereka yang berbuat mungkar juga kepada mereka yang kononnya alim tetapi tiada berbuat apa-apa terhadap kemungkaran itu

3. Anjurkanlah perkara kebaikan walaupun kita belum mampu melaksanakannya dan cegahlah kemungkaran itu walaupun kita belum mampu menghentikannya

4. Di antara riak pada zahirnya adalah orang yang mengherdik anak yatim, tidak pedulikan orang miskin dan tidak mahu menguatkan silaturrahim

5. Tidak selamat bagi umat yang hidup di atas muka bumi tanpa berbuat kebaikan dan takut mencegah kemungkaran, maka bala akan datang bertimpa-timpa

6. Bermula niat dangan berfikir, Datangnya fikiran melalui renungan, Datangnya renungan dari muhasabah diri, Bermula muhasabah diri dari pembacaan dan ceramah kesedaran

7. Didiklah nafsu dengan perbanyakkan puasa. Perbanyakkan berzikir, bertasbih, solat (nafil) dan menghayati Al-Quran semasa berpuasa itu

8. Sebaik-baik amalan berpuasa itu adalah sewaktu cuti dari kerjaya dunia. Berkat puasa itu dengan beriktikaf di masjid atau surau, agar jauh dari gangguan dunia

9. Tiada keberkatan hidup tanpa solat, Tidak berguna puasa tanpa solat, Tidak sempurna solat tanpa 2 kalimah syahadah

10. Kehidupan ISLAM yang berteraskan YAHUDI, bermatlamatkan NASRANI dan cara MAJUSI, membawa kepada CINTA dunia. Islam apakah namanya itu?

11. Dakwah itu sangat halus, penuh seni dan sangat terperinci. Ia boleh lahir dari lisan, fikiran, doa, perbuatan dan sebagainya. Berusahalah kearahnya

12. Belajarlah berfikir dan berdakwah sebagaimana Rasul S.A.W dan para Sahabat. Lakukan dengan apa yang dikehendaki-Nya dengan cara bermohon dan berdoa

13. Allah tidak perlukan kita untuk menjadi wakil-Nya tetapi kitalah yang memerlukan-Nya serta rahmat-Nya. Buktikanlah diri(dalil) sebagai hamba-Nya

14. Di antara kejayaan diri dalam kehidupan adalah penuh dengan kekayaan, kehormatan dan panjang umur. Namun, ia juga sebahagian dari ujian Allah

15. Di antara kejayaan akhirat, kekal tanpa pupus, kaya tanpa miskin, hormat tanpa hina dan bahagia tanpa duka. Inilah anugerah Allah kepada kepada orang yang beriman

16. Islam yang kita lihat kini adalah seperti zaman sebelum, sesudah, semasa, selepas, kehancuran, kemusnahan dan kebangkitan. Inilah himpunan di akhir zaman

17. Bersedekahlah semasa diri masih muda,sihat dan bertenaga. Di situ terkandung rahmat Allah yang besar. Elakkan bersedekah di kala hujung usia

18. Di kala bersedekah, elakkan menghitung keperluan diri untuk jangka masa panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah

19. Segala amal dan usaha di dalam hidup adalah di dorong oleh fikiran dan naluri. Di dalam naluri itu ada pertimbangan di antara buruk dan baik, cantik atau keji

20. Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaraban andai dilakukan dengan penuh syukur


Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..

KOLEKSI HADIS-HADIS , PETIKAN QURAN DAN KATA- KATA MUTIARA v.005

1. Apabila kamu memasuki masjid maka hendaklah kamu solat 2 rakaat(sunat tahiyatul masjid) sebelum kamu duduk – (H . Muslim)…(dan bacakanlah doa masuk masjid)

2. Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu , Aku tidak mohon rezki dan tidak meminta diberi makan – (Surah Az-Zariyat : 56)

3. Perkara yang paling banyak membawa seseorang ke syurga ialah Taqwa dan Akhlak Mulia . Sedangkan yang paling banyak membawa ke neraka ialah Mulut dan Kemaluan – (H . Tirmizi)

4. Nabi S.A.W menasihati Abu Zar : Bertaqwa kepada Allah kerana itulah modal kamu(bertemu Allah) , Bacalah Quran & Zikit kerana itulah cahaya bagimu dirimu dan nasihat Nabi lagi : Jangan banyak ketawa kerana itu mematikan hati dan menjatuhkan air muka , berjihadlah kerana kerana itu pengabdian diri umatku(kepada Allah)– (H . Tobrani)

5. Haram bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung lebih dari 3 hari kecuali berkabung kerana suaminya iaitu 4 bulan 10 hari – (H . Muslim)

6. Telah kami mudahkan Al-Quran untuk diingati(difahami dan hafaz) , maka adakah orang yang mahu mengambil perhatian(belajar/menghafaznya)? – (Srh Al-Qamar)

7. Seseorang yang tiada dalam dadanya suatu pun(apa yang dihafaz) dari Al-Quran samalah keadaannya seperti rumah yang buruk lagi usang – (H . Tirmizi)

8. (Bacalah Al-Quran) dan jangan jadikan rumah kamu seperti kubur , tidak dimasuki syaitan rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah – (H . Tirimizi)

9. Jika bersolat seorang yang menghafaz Al-Quran siang dan malam dengan mambaca Al-Quran , maka dia akan ingat Al-Quran itu dan tak kan lupa – (H . Muslim)

10. Hadis yang menyatakan : Sebesar-besar dosa umatku ialah dosa orang yang menghafal Quran kemudian lupa , adalah daif dan menakutkan orang menghafal Quran – (Yusuf Qardawi)

11. Hendaklah menjadi imam orang yang paling banyak menghafaz Al-Quran atau paling baik(tajwid) bacaannya di kalangan kamu – (H . Ahmad)

12. Bacalah Al-Quran , buatlah kajian ilmu , dengar majlis ilmu atau berzikirlah dan jangan habiskan waktu kamu dengan perkara yang tidak berfaedah – (Hassan Al-Banna)

13. Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatnya(merasa kehadirannya). Walaupun kamu tidak dapat melihatNya , yakinlah Allah melihat kamu – (H . Muslim)

14. Islam dibina atas 5 perkara : Mengucap dua kalimah syahadah , mendirikan solat , menunaikan zakat , mengerjakan Haji dan berpuasa dalam bulan Ramadan – (H . Muslim)

15. Diantara kamu ada yang beramalan jahat hingga hampir masuk neraka , kemudian datang ketentuan Allah , maka dia beramal baik dan masuk syurga – (H . Bukhari)

16. Wahai orang-orang yang beriman , taati Allah dan Rasul dan orang yang berkuasa di kalangan kamu(jika mereka juga turut taat kepada Allah dan Rasul) – (Srh An-Nisa’: 59)

17. Perkara Halal yang dibenci di sisi Allah(walaupun boleh dibuat), ialah menjatuhkan talaq (kepada isteri) – (H . Abu Daud)

18. Ketahuilah bahawa kemuliaan mukmin itu pada mendirikan ibadah di tengah malam dan kebesaran mukmin itu pada tidak berhajat ia kepada orang lain – (H . Baihaqi)

19. Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseorang isteri dengan melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih dan lesu

20. Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan khianat terhadap keduanya

Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..

Rabu, Mei 19, 2010

Ubuntu 10.04 dah sampai!!



Akhirnya, permintaan cd ubuntu percuma telah sampai dengan selamat di rumah. Pos dari luar negara tu. Macam tidak percaya, begitu cepat penghantaran pos cd itu ke Malaysia. Saya mula memesan pada saat Ubuntu 10.04 pada tarikh pelancarannya 30 April 2010 tapi tidak sampai 20 hari, cd itu sudah berada di tangan saya sekarang. Wow, menakjubkan!!
ingat sebulan labih baru sampai..
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ubuntu dan penghantaran percuma ini, anda klik di sini

Jumaat, April 23, 2010

WAJAH BARU!!!!

Alhamdulillah, proses pertukaran 'wajah' blog saya ini tiada sebarang maslah..huhu
temanya berkisar tentang alam sekitar atau saya ambil daripada template blog percuma dinamakan 'Green Earth'. Lihat saja, gambar 'header' di atas. Mengambarkan semua elemen yang mengutamakan alam sekitar di sekeliling kita. Manusia pasti tidak dapat hidup di dunia anugerah ALLAH ini tanpa alam sekitar kerana secara fitrahnya kita ini ALLAH jadikan saling bergantungan. Kita ambil satu contoh gambar di atas iaitu pokok. Hasil proses tindakbalas kimia pada daun atau nama popularnya dalam sains, potosintesis menghasilkan oksigen dan menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh semua kehidupan di dunia ini. Selain itu, gambar kincir angin megingatkan kita bahawa zaman sekarang perlu kepada 100% tenaga yang boleh diperbaharui dan bersih. Dalam pertumbuhan ekonomi yamg makin pesat mambangun , sumber tenaga yang boleh diperbaharui semakin mendapat sambutan yang mengalakkan kerana telaga-telaga minyak dijangka akan habis dalam masa 50-80 tahun lagi. Jadi, amatlah penting kita sebagai pengguna membeli barangan eletrik yang cekap penggunaan tenaga bagi membantu memanjangkan tempoh sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu. Semalam, satu dunia menyambut Hari Bumi sampaikan disokong oleh google menukar gambar melambangkan kehijauan. Oleh itu, kita hendaklah menghargai alam sekitar kurniaan ALLAH dan bumi ini akan musnah sekiranya tangan-tangan manusia yang tidak pandai menghargai nilai alam sekitar. Sokonglah perkakasan elektrik dan kenderaan teknologi hijau!!!

Sabtu, April 03, 2010

Ingatan bagi pelupa: Sentiasa amal gaya hidup sihat elak mudarat penyakit



2010/04/03(BHARIAN)
DARIPADA Abu Salamah bin Abdur Rahman, katanya dia mendengar Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak ada penularan. Kemudian ditambahnya pula: Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat. (Hadis riwayat Muslim)

Kita selalu diingatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat demi menjaga kesihatan. Jika kita mengamalkannya, besar kemungkinan akan memperoleh kesihatan terbaik tetapi jika sebaliknya, mengamalkan gaya hidup tidak sihat akan terdedah dan berisiko tinggi menghidap pelbagai penyakit.

Meskipun kita sedar setiap penyakit ada ubatnya namun mencegah lebih baik daripada mengubat.

Sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan nasihat ini terpulang kepada kebijaksanaan sendiri.

Tiada penyakit yang berjangkit dengan sendirinya melainkan dengan ketentuan Allah. Selain berusaha dengan ubat-ubatan, kita hendaklah berdoa kepada Allah untuk mendapat pertolongan-Nya menyembuhkan kita.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Isnin, Januari 18, 2010

Wasiat bersifat khurafat bawa jalan kesesatan

Anda pernah menerima sms brantai, emel ataupun komen-komen seprtinya?
pasti dalam tulisan 'licik' ada yang menunjukkan bahawa siapa yang menyebarkannya kemungkinan besar mendapat rezeki yang melimpah ruah. Kalau tidak menyebarkannya, bala' yang menimpa. Benarkah?Atau sengaja mempermain-mainkan aqidah umat Islam dalam era yang tanpa sempadan ini. Jadi, mari kita sama-sama membaca artikel soal jawab agama di Berita Minggu (17/1/2010 Ahad)yang dijawab Uztaz Zahazan Mohamed ...

Bersandar sesuatu perkara kepada khayalan menyeleweng daripada landasan Islam
APAKAH hukum mempercayai surat atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berantai bahawa sesiapa yang sudah membaca tetapi tidak menyebarkannya akan ditimpa musibah besar? Kandungan mesej dalam surat dan SMS itu turut memberitahu tarikh berlakunya kiamat.

ALI,
Kuala Selangor.

WASIAT dengan segala isi kandungnya dalam surat atau SMS itu tidak ada erti dan nilainya sama sekali dalam perspektif agama. Ini disebabkan kesempurnaan Islam sudah dinyatakan oleh Allah SWT menerusi surah al-Maidah ayat ke-5 yang bermaksud: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Oleh kerana Islam sudah disempurnakan Allah SWT maka kita tidak memerlukan lagi keterangan yang diwasiatkan oleh sesiapa lagi. Apabila kita menerimanya daripada golongan seperti ini, bererti kita turut meragui kesempurnaan Islam.

Wasiat ataupun SMS berantai ini juga sebenarnya mengandungi banyak tanda kepalsuan. Pertama, sumber awalnya tidak diketahui, apakah benar penyampainya yang hanya dinamakan sebagai Syeikh Ahmad itu benar-benar wujud?

Kedua, sebab penghantar wasiat itu sudah mengancam dan menakut-nakutkan orang ramai yang tidak mahu menyebarkannya bahawa mereka akan ditimpa musibah. Hal ini tidak akan dikatakan oleh seseorang manusia yang normal fikirannya apatah lagi seorang rasul terhadap al-Quran dan hadis.

Tiada satu pun ayat suci al-Quran yang memerintahkan agar ditulis dan disebarkan untuk mengelakkan sesuatu malapetaka atau bencana. Begitu juga tiada perintah terhadap yang membaca kitab hadis untuk menjalankan kerja itu.

Jika al-Quran dan sunnah Nabi pun tidak memerintahkan begitu, maka apatah lagi wasiat yang bersifat khurafat yang tidak jelas sumbernya ini.

Keraguan berikutnya dalam surat itu diterangkan bahawa seseorang yang sudah menyebarkan warkah Syeikh Ahmad itu mendapat rezeki yang melimpah-ruah, manakala sesetengah yang lain beroleh jawatan tinggi dalam masyarakat. Semua itu adalah khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan terpesong daripada mengikuti sunnah Rasulullah.

Ini disebabkan dalam Islam, Allah SWT menetapkan sesuatu itu berlaku kerana sebab musabab yang tertentu mengikut aturannya sedangkan bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti itu adalah usaha menyesatkan dan menyeleweng daripada landasan Islam yang sebenar.

Seterusnya, jangkaan tarikh kiamat yang sering kali disebut dalam kandungan warkah ini juga bukti satu lagi pembohongan yang ketara kerana tarikh tepatnya hanya diketahui oleh Allah SWT. Malah Allah SWT sudah menjelaskan dalam al-Quran menerusi surah al-A'raf ayat ke- 187 yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut." Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah SWT, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya menjelaskan ayat di atas, walaupun Nabi SAW yang dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan dan mukjizat serta menjadi rasul terakhir, namun baginda sendiri tidak mengetahui tarikh kiamat yang sebenarnya.

Justeru, kita bertanggungjawab menjaga kaum Muslimin agar tidak mempercayai perkara khurafat seperti surat dan SMS berantai ini dengan anggapan bahawa mereka yang menyebarkannya akan mendapat syafaat Nabi SAW.

Orang yang akan mendapat syafaat Nabi adalah mereka yang beriman kepada Allah SWT dengan cara yang betul dan ikhlas, bukannya kalangan yang meyakini perkara syirik seperti yang ditetapkan dalam kandungan mesej surat atau SMS palsu itu. Sabda Nabi SAW, maksudnya: "Orang yang paling berbahagia yang mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah seseorang yang mengikrarkan kalimah 'Lailahailallah' dengan perasaan ikhlas dari dalam hatinya. – Riwayat al-Bukhari.

Semoga Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya menjadikan kita manusia yang memahami agama mereka dan terselamat dari mempercayai berbagai perkara khurafat, khayalan dan kebatilan.