Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Sabtu, September 18, 2010

Biar Lambat Asal Selamat??


Kita masih lagi dalam musim perayaan yang sinonim dengan kemalangan di jalan raya pada musim raya. Tidak kiralah raya aidilfitri ke, tahun baru cina ke atau deepavali , masih lagi berlaku kemalangan walaupun statistik ops sikap tidak berubah tahun demi tahun(padahal kalau tidak ada pon ops sikap itu, pada hari biasa memang itulah jumlah kematian 'biasa' di Malaysia tiap-tiap hari).Kadang-kadang kematian yang dicatatkan purata setiap hari lebih tinggi dengan jumlah orang yang mati akibat H1N1.Jadi mana lagi bahaya?berada diatas jalanraya atau wabak H1N1?.Perkataan lambat, banyak definisinya.Kalau di jalanraya boleh jadi lambat itu satu kebaikan atau keburukan.Macam mana bole jadi kebaikan??Kalau ketika waktu hujan lebat atau trafik sesak secara normal manusia akan membawa perlahan ataupun lambat.Memang cari nahaslah kalau memecut dalam situasi tersebut.Itu namanya sahaja menempah maut.Kalau keburukan pula, perlahan ini jika kita buat dalam situasi yang salah.Bayangkan di jalan biasa(ada 2 loroang sahaja) kita pandu kereta rehat-rehat sahaja.Tidak perasan dekat belakang kereta kita, berderet-deret kenderaan 'beratur'.Jadi itu mampu menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemandu lain dan mulalah episod cucuk-mencucuk di belakang.Mahu bagi amaran dekat kita yang membawa lambat.Silap hari bulan , kemalangan...Oleh itu, pandai-pandailah mengawal kelajuan kereta anda dan bertoleransilah di jalanraya(Kalau di luar jalan sopanlah pula,kalau di jalanan??..) .Semoga anda semua sampai ke destinasi dengan selamat dan sebelum kita mulakan perjalana, perlulah dimulai niat yang baik disertakan doa..InsyALLAH sepanjang perjalanan kita, dikira ibadah..Aminnn

2 ulasan:

xerox_91 berkata...

Assalamualaikum, saing ambo Fitri!!

aku setuju dengan view ko post ini. bukan apa la kan, aku rasa kan, jika diikutkan ranking, masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap berbudi bahasa dan lemah lembut, tapi bila sampai tang kat jalan raya, aku pun x faham la setan mana yang merasuk masyarakat kita. Suka sangat bawak laju dan dengan berbahaya untuk pengguna jalan raya yang lain.

Nak salahkan driver dari singapore dan Thailand, berapa juta pulak mereka masuk negara kita, nak salahkan Indon dan Bangla yang bina jalan, jalan kita diiktiraf first class...jadi dimanakh silapnya...

tepuk dada, tanya nak makan apa...

hahaha..

salam ziarah,
Idham M
http://cak-lempong.blogspot.com

aRiF FiTri berkata...

tq sdara idham..hehe
slm zirah dtrime...