Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Selasa, Mac 24, 2009

HAJARRATUL ASWAD

Hajarratul Aswad seperti yang kita tahu terletak di salah satu penjuru Ka’abah di Masjidil Haram Kota Suci Umat Islam seantero dunia . Sejak bilakah batu itu berada di Makkah? Batu itu dikatakan datang dari syurga dan diturunkan ketika Nabi Adam A.S dan Hawa diturunkan ke dunia . Pembinaan Ka’abah bersama batu itu diteruskan cucu cicit Nabi Adam A.S sehingga kepada salah seorang nabi , Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S . Sehingga hari ini , tinggalan tapak kaki Nabi Ibarahim A.S diabadikan di makam Ibrahim yang berhadapan dengan pintu Ka’abah yang dapat dilihat sendiri jama’ah ketika mengerjakan ibadah tawaf . Pengalaman saya yang telah ke sana pada tahun lepas mengerjakan ibadah umrah mendengar cerita yang disampaikan mutawwif tentang asal nama batu Hajarratul Aswad . ‘Aswad’ itu sendiri perkataan arab dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu bermaksud hitam . Warna batu itu asalnya berwarna putih bersih lagi suci sebab datangnya dari syurga . Tetapi disebabkan tangan-tangan manusia yang berdosa sejak dari dulu lagi yang memegang batu itu akhirnya melekatlah warna hitam(dosa) yang dapat dilihat hari ini .
Jikalau mengimbas kembali sejarah Rasulullah S.A.W , pasti kita teringat tentang bagaimana Allah tunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad yang kita kasihi dalm menyelesaikan satu masalah berkaitan batu ini . Pada ketika itu Mekah baru sahaja dilanda banjir besar sehingga batu ini beralih tempat asalnya . Pada masa yang sama Nabi belum lagi diutuskan Alah menjadi Akhirul Anbiyaa’. Semua ketua bani bertelagah dalam menentukan bani siapa yang paling layak mengangkat batu itu . Lalu mereka mengambil keputusan melibatkan campur tangan orang luar . Mereka bersetuju pada hari itu siapa yang masuk dahulu ke dalam kawasan Ka’abah berhak menentukan siapa yang layak mengangkat batu hajarratul aswad . Takdir Allah menentukan Nabi Muhammad orang yang pertama memasuki kawasan Mekah . Mereka semua setuju meletakkan keputusan ditangan Nabi yang juga cucu pembesar Bani Hasyim dan digelar Al-Amin .
Nabi mencadangkan mengambil kain mempunyai empat bucu yang mewakili setiap bani di situ dan meletakkan batu di bahagian tengah kain itu . Selepas itu mereka menarik kain bersama-sama lalu letakkan di tempat asalnya . Apabila mereka mendengar penerangan cadangan yang bagus itu , mereka begitu gembira kerana masing-masing mendapat peluang mengangkat batu itu . Mereka terus bersetuju tanpa ada sebarang bantahan .
Terbuktilah setiap Rasul itu Allah kurniakan kebijaksanaan untuk manfaat hamba-hambaNya .
Pada akhir zaman kelak setiap benda yang datang dari syurga akan ditarik Allah kembali ke syurga termasuklah batu Hajarratul Aswad selain Ar-Raudhah di Masjid An-Nabawi .
Oleh itu , mengapa ramai orang yang sanggup berasak-asak untuk menkucup dan mencium batu itu?
Jawapannya ada pada kata-kata sahabat Nabi yang dijanjikan syurga , Abu Bakar As-Siddiq r.a ketika dia ingin mencium batu suci itu : Wahai batu , Aku tidak akan menciummu kerana ku anggap kamu batu biasa , melainkan setelah melihat Nabi Muhammad S.A.W menkucupimu dan menjadi sunnahnya yang akan aku ikuti sehingga akhir hayatku…………

2 ulasan:

dahlia berkata...

assalamualaikum
bagus2..
rajin ko cari sumber2 ilmiah
;)
ko dah tgk dah
hajarratul aswad
secara live?
citer la...

tasya berkata...

hhmm.. harap2, one day dptla sy pegi menuanikan rukun islam tu...
doakan saya, dan saya doakan kamu..
kita doakan sama-sama