Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Jumaat, Januari 27, 2012

Golongan seks songsang mempermainkan ayat suci


HUBUNGAN sesama sejenis juga dianggap berzina.
HUBUNGAN sesama sejenis juga dianggap berzina.
Belia dipengaruhi kebebasan mutlak ciptaan Barat promosi aktiviti di laman sesawang

APABILA sebuah dokumentasi 'Gay Muslim' diterbitkan oleh Barat pada 2006 yang mendedahkan pengalaman lima lesbian dan gay mendakwa diri mereka muslim, ia mula menjadi perhatian masyarakat muslim keseluruhannya.
Dokumentari Gay Muslim memperlihatkan imej perkahwinan yang kononnya membabitkan golongan muslim tinggal di Amerika Syarikat, Kanada dan India. Aliran baru yang membunuh sahsiah manusia itu digerakkan secara sewenangnya oleh media Barat bertujuan meleraikan ikatan agama masyarakat muslim yang tinggal di negara majoriti muslim.
Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina. - Riwayat Al-Baihaqi
Badan Islam berpengaruh di Kanada, ‘Kongres Muslim Kanada’ mengutuk keras perbuatan tidak bertamadun itu sehingga mendapat liputan meluas media Barat. Penentangan terhadap perlakuan golongan berkenaan sebenarnya ada asas kukuh, bukan sekadar pertembungan antara golongan tata moralis dengan golongan pejuang kebebasan manusia.

Ini berdasarkan peringatan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina,” (Hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Abu Musa). 

Lebih mendukacitakan lagi apabila golongan gay ini turut mempermainkan ayat al-Quran berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Kami telah mencipta kamu berpasang-pasangan.” Golongan songsang mentafsirkan ayat itu secara tidak bertanggungjawab untuk membenarkan kegiatan mereka.

Sedangkan amaran terhadap mereka jelas dalam al-Quran melalui firman Allah mengenai kisah kaum Nabi Luth serta azab ditimpakan kepada mereka kerana terus ingkar larangan Allah. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas) 

Yayasan The Inner Circle telah digerakkan sepenuhnya dengan sokongan kewangan yang besar untuk membantu golongan muslim yang bergelut dengan seksualiti songsang di mana-mana negara dihuni mereka. 

Berbekalkan motto ‘Muslim dan Homo boleh’, jelas terselindung tujuan dan niat jahat mereka untuk menarik lebih ramai golongan muslim menyertai aktiviti songsang itu. Lebih mendukacitakan apabila gerakan itu mula masuk ke negara Islam termasuk negara kita.

Ada kumpulan terdiri daripada golongan muda yang terpengaruh dengan kebebasan mutlak ciptaan Barat ini membuka laman sesawang untuk mempromosikan aktiviti gay dan lesbian Islam. Perkembangan ini satu tamparan hebat kepada kesucian agama Islam. 

Jika tidak diperangi, dibimbangi boleh mengundang bahaya lebih besar kerana Allah sudah mengingatkan dalam firman yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.” (Surah Al-Anfal, ayat 25) 

Menguatkuasakan peraturan Islam akan membantu membanteras penyimpangan perilaku dan seksual di samping mencegah ia berkembang. Jika ada yang melakukan penyimpangan perilaku, maka dengan tegas Islam memerintahkan mereka dikeluarkan dari rumah dan negerinya.

Bukan setakat Islam, malah agama lain turut menentang perlakuan sumbang ini. Bible menyebutnya sebagai ibadah kafir dan mengutuk serta mengecam pelakunya yang dianggap bertentangan dengan tata moralis manusia.

Menjadi tanggungjawab semua yang cintakan agama, zuriat dan jurai keturunan serta etika kehidupan untuk terus menentang perlakuan itu. Jangan sesekali berdiam diri dengan alasan hal ini tidak membabitkan kita secara langsung. 

Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa masyarakat keseluruhannya. Jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.

Allah berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum, ayat 41) .

Tiada ulasan: