Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Jumaat, Julai 27, 2007

LAWAT KLCC KALI PERTAMA



Seingat saya,saya pergi ke KLCC ketika umur 8 tahun. Saya pergi dengan rombongan bersama abah,mak dan 2 orang adik Naqib dan Asri.Kami memulakan perjalanan dari tempat tinggal saya ketika itu di Felda Bukit Serampang,Muar . Sebelum kami sampai ke KL , bas yang ke-2 (bukan bas saya) rosak sampai enjin berasap . Pada mulanya kami pergi beberapa tempat menarik sekitar Kuala Lumpur seperti Muzium Negara,Masjid Negara tetapi sebelum itu kami semua melawat Bandar Putrajaya terutamanya Masjid Putra . Kami sampai di KLCC pada waktu malam lebih kurang pukul 7 malam . Saya begitu teruja solat di Masjid As-Syakirin kerana ada air-cond .Sejuk sangat tapi badan saya masih boleh bertahan dalam suhu begitu . Saya tidak sempat melawat Suria KLCC kerana saya kepenatan dan tertarik melihat cerita kartun di kaca televisyen di dalam bas . Itu sahajalah pengalaman saya yang saya masih ingat......

1 ulasan:

Tuan Rumah berkata...

Hi! I'm one of the top 20 AllMalaysia contest i.e. Why Must Visit Malaysia? . Since I've been shortlisted, I received tonne of traffic. Good new! I would like to share my traffic with you. How? Vote for me and I will link back to your blog. There will be more traffic come to you if I'm listed on Top 5. Just email me at kzainul@gmail.com once you have voted. If you're not interested, please ignore this, you can delete my message if you hate it.