Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Jumaat, Oktober 21, 2011

Khutbah Jumaat: Kembalikan fungsi, bidang kuasa Majlis Agama Islam

MAIJ
KEDATANGAN Islam ke Tanah Melayu sudah mengubah corak pentadbiran dengan meletakkan Sultan atau Raja menduduki hierarki yang paling tinggi dalam struktur sosial politik pemerintahan dan sebagai ketua agama. 

Alim ulama pada ketika itu dilantik menjadi penasihat dengan diberi gelaran Guru Sultan. Raja-Raja Melayu dan pemimpin Melayu sudah menggubal dasar dan undang-undang yang dilaksanakan dengan mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama negara dengan memasukkan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di bawah kuasa Sultan dan Raja.
Mereka sudah menyempurnakan amanah itu dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syair Islam terus berkembang dan umat Islam dilindungi daripada penyerapan fahaman lain. Justeru, sebagai umat Islam kita hendaklah memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Sultan atau Raja pemerintah negara lebih-lebih lagi kita diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah seperti firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Sudah terlalu lama umat Islam di bumi ini, berfikiran selesa dengan status bangsa, agama dan sejarah. Berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka. Keselesaan umat Islam mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia. 

Hari ini segala-galanya berlalu, tanpa langkah yang strategik, berani, umat Islam dibimbangi sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri. Disebabkan keadaan ini maka kedudukan dan kedaulatan agama Islam semakin hari makin dicabar, perpaduan umat Islam juga semakin rapuh serta imej Majlis Agama Islam diperlekehkan sama ada dari segi bidang kuasa dan fungsi. 

Ramai dalam kalangan umat Islam pada hari ini tidak menghormati pandangan serta kewibawaan bahkan ada yang mempertikaikan titah Sultan yang menaungi kuasa Majlis Agama Islam. Mimbar ingin menegaskan antara punca kepada berlakunya perkara ini ialah terdapat sesetengah pihak yang mengutamakan kepentingan politik mengatasi kepentingan agama. Kedudukan Majlis Agama Islam dipandang rendah dan dianggap hanya sebagai agensi kerajaan semata-mata, akibatnya kedaulatan dan bidang kuasa sebagai pihak berkuasa agama dinafikan, kesucian akidah Islam diseret menjadi percaturan politik dan perpecahan dalam kalangan umat Islam menjejaskan fungsi dan peranan Majlis Agama Islam. 

Penghakisan martabat Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak di rancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. Jika dihalusi pencerobohan terhadap Islam bukan saja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan, satu nyanyian, satu perkhemahan, satu lawatan. Ia mungkin bermula dari segenggam garam, setahil emas, ia mungkin dari satu kalimah, satu ceramah. Jika umat Islam masih lagi belum insaf, masih lagi berdegil dan masih lagi sombong mempertahankan ego, memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya sudah memberikan petanda yang salah, petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh berlaku ke atas umat Islam dan institusi Islam. 
Mimbar ingin mengingatkan pencerobohan boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci Allah yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. Oleh kerana itu umat Islam wajib menghayati semangat Bersatu Teguh Bercerai Roboh. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam supaya kita tidak diceroboh, hilang pedoman, dihina dan sebagainya. 

Firman Allah SWT dalam Surah Al-An’am ayat 153 bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu daripada jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” 

Imam Hasan al-Bana dalam kitabnya Usul Ishrin mengariskan Islam ialah sistem yang syumul, merangkumi seluruh aspek kehidupan, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman. Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah. Majlis Agama Islam wajib menghayati tafsiran yang sedemikian dalam hasrat melakukan transformasi peranan, agenda dan pendekatan. Justeru mimbar menyeru kepada semua pihak demi kedaulatan agama Islam di negara ini, marilah sama-sama kita memperkasakan kedudukan Majlis Agama Islam, mengembalikan bidang kuasa dan fungsinya, memperbetulkan pandangan terhadap Majlis, meningkatkan komitmen untuk mempertahankan kedaulatan agama Islam dan pelaksanaan dasar Majlis Agama Islam. 

Isnin, Oktober 17, 2011

Sunting / Edit Gambar Seperti Profesional Dengan AdaptableGIMP


Now its time to test one more new soft AdaptableGIMP. AdaptableGIMP is a new freeware soft which allows you to edit Photo like a professional. With Adaptable Gimp software, you’ll even find step-by-step instructions for accomplishing precisely the thing you want to do. It makes life much easier for nondesigners.
So now you can edit Photos easily like a professional, for this you have to select the task from the AdaptableGIMP app. Want to remove red eye from a photo or adding drop shadows to text? There’s a TaskSet for that.
So here are the steps which will help you to create a Task in AdaptableGIMP and edit photos easily like a pro:-
Step 1. In the AdaptableGIMP toolbox, select Create a New Task Set.
Step 2. Enter a name of your task set and a short description of about it.
Step 3. Select some commands to include in your task set. Highlight commands in the Available Commands area on the left, and click Add to add them to your task set. Commands can be filtered by entering keyword into the Filter by name box, or by selecting filters on the left.
Commands can be reordered or removed using the buttons below the Taskset Commands area.
Optionally, enter a description to start the wiki page for the task set.
Step 4. Click the Save Changes button. A wiki page will be created for your task set, and the task set will be added to the Your Task Sets dropdown in your AdaptableGIMP toolbox.

Muat turun / Download Facebook Rasmi iPad App


Facebook has finally released its first official iPad app, with the help of new Facebook app people can now take photos or high-definition video from within the app. The images can then be tagged and automatically posted to the news feed. Facebook has also integrated Airplay into the app which allows people to share images and video to a large-screen television that is connected to an Apple TV.
So now Facebook users can can enjoy video chat with friends, IM, and play games using full-screen mode. Watching and recording HD video is also possible in the app.

Features of new Facebook iPad App:-

1. Enjoy bigger, better photos: Your photos are high-res and easy to flip through, like a real photo album
2. Navigate anywhere, fast: Just tap, slide or pinch to move from one screen to another
3. Play games on the go: Access your favorite Facebook apps and games, wherever you are
4. Focus on what matters: Zoom in on your friends’ photos, updates and stories
5. Never lose your place: Share a photo, update your status or send a message without leaving News Feed
6. See who’s nearby: Check out the Nearby map to see what your friends are up to

Download Facebook iPad App here 

Jumaat, Oktober 14, 2011

Khutbah Jumaat: Terap kepemimpinan Rasulullah dalam ATM



KEBERKESANAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak hanya diukur dari sudut kecanggihan persenjataan semata-mata, tetapi juga bergantung kepada tahap penerimaan masyarakat terhadap perkhidmatan diberi. 

Penerimaan masyarakat penting, antara lain mampu mengekalkan kesinambungan pelaksanaan operasi ketenteraan. Dengan sokongan, kerjasama serta pengorbanan semua masyarakat, ATM akan berupaya menempa kejayaan memartabatkan integriti pertahanan demi mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan strategik negara.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 200)
Imej angkatan tentera sebagai benteng pertahanan negara dan pelindung masyarakat harus dipupuk melalui keterampilan yang meyakinkan dengan tingkah laku terpuji. Ketelusan serta integriti dalam pengurusan perlu diterapkan dalam setiap diri. 

Transformasi dilalui ATM antaranya melalui kepemimpinan berwibawa bagi menentukan sebarang perubahan yang berlaku menjana impak positif. Kepemimpinan berwibawa dalam pengurusan akan menentukan pencapaian yang tinggi dan sistematik. 

Malah, pendekatan kepemimpinan yang berkesan mampu memberi kepuasan serta memperkasa semangat juang warga ATM untuk berkorban demi agama dan negara. 

Sesungguhnya umat Islam beruntung kerana mempunyai contoh unggul pemimpin iaitu Rasulullah SAW. Baginda dikagumi bukan saja oleh umat Islam malah disanjung musuh Islam kerana mempunyai kebolehan memimpin, bertanggungjawab dengan penuh amanah selari dengan kehendak Allah SWT. 
Pahlawan Islam Solahuddin al-Ayubi menjadikan model kepemimpinan ini sehingga dapat menundukkan Recon the Lion dan berjaya membebaskan bumi Palestin. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat al- Bukhari) 

Sesungguhnya menghayati konsep kepemimpinan Rasulullah SAW dan menerapkan nilai ketenteraan Islam dalam warisan sejarah silam akan menjadi nilai tambah ke arah meningkatkan ketrampilan, kegagahan serta tahap profesionalisme angkatan tentera kita. 

Lantaran itu, gabungan kesepaduan dan kebersamaan antara organisasi ATM, masyarakat dan lainnya perlu diterapkan bagi menjamin serta memastikan kesejahteraan bersama, selaras gambaran dijelaskan Rasulullah SAW. 

Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin bagi seorang mukmin lain seperti sebuah bangunan, sokong menyokong antara satu sama lain, dan Rasulullah SAW mengisyaratkan dengan menyilangkan antara jari jemari Baginda.” (Hadis riwayat al-Bukhari) 

Justeru, seluruh warga Malaysia hendaklah memberi dokongan yang padu kepada seluruh warga angkatan tentera. 

Moga-moga ia akan menyemarakkan lagi iltizam dan tahap profesionalisme mereka untuk terus menjadi benteng pertahanan negara yang ampuh, berwibawa serta sentiasa berusaha memberi khidmat terbaik demi kepentingan rakyat dan negara tercinta. 

Mudah-mudahan masa depan pewaris generasi kita akan terus dapat menghirup udara segar keamanan dan keselamatan bumi Malaysia bertuah ini. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah an-Nisaa, ayat 58) 

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)