SEJARAH bangsa Yahudi atau Israel sejak dulu lagi amat memusuhi Islam. Hal ini difirmankan Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka (yang salah dan terpesong itu). Katakan (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itu petunjuk yang benar’ dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu memberi pengetahuan kepadamu mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 120).
Yang peliknya sejak kebelakangan ini sesetengah umat Islam terpedaya dengan dakyah Yahudi. Kaum Yahudi mencipta pelbagai sistem kufur dan batil untuk memperdayakan umat Islam, seperti kepercayaan dan tauhid kepada Allah, sistem riba, hutang dengan bunga yang mengakibatkan krisis kewangan global, peperangan dan sebagainya.
Yang peliknya sejak kebelakangan ini sesetengah umat Islam terpedaya dengan dakyah Yahudi. Kaum Yahudi mencipta pelbagai sistem kufur dan batil untuk memperdayakan umat Islam, seperti kepercayaan dan tauhid kepada Allah, sistem riba, hutang dengan bunga yang mengakibatkan krisis kewangan global, peperangan dan sebagainya.
Sesetengah pemimpin Islam dunia menyokong dan membela kaum Yahudi, pada hal umat Palestin yang menderita di buminya yang harus dibela dan diperjuangkannya. Ini tujuan dan matlamat utama Yahudi untuk mengacau keamanan dunia agar manusia berpihak kepadanya.
Dalam bidang ekonomi dunia, kaum Yahudi dikatakan menguasainya. Daripada jumlah penduduk dunia sekarang mencapai tujuh bilion manusia, hanya tujuh negara yang mendominasi seluruh kehidupan dunia ini, iaitu mereka yang tergabung dalam Kumpulan Tujuh Negara (D7). Daripada tujuh negara itu, yang berkuasa hanya satu peratus, manakala 99 peratus lagi mengikut telunjuk Yahudi yang terus mahu memeras dan memperdaya mereka melalui sistem yang dicipta. Orang kaya Yahudi mencipta sistem ekonomi dunia, yang penuh dengan kekufuran dan kebatilan serta pelbagai sistem yang berkembang di dunia Barat. Antara yang dijalankan oleh Madog, seorang Yahudi yang mencipta model skema ponzi, yang menghancurkan ramai orang di New York. Madog dipenjarakan selama 150 tahun akibat pendustaan dan penipuan yang dilakukannya.
Allah SWT mengharamkan memakan harta orang lain, kecuali dengan cara yang betul tetapi mereka kaum yang suka berdusta. Orang Yahudi satu kaum yang sudah menjadi karakter dan watak mereka berdusta.
Allah menegaskan, sesiapa yang menukar janjinya untuk mengikuti jalan orang yang sesat seperti Yahudi dan seumpamanya, di akhirat kelak Allah tidak akan bercakap dengan lembut dan tidak melihat mereka dengan pandangan kasih sayang, seperti yang digambarkan dalam hadis bermaksud: “Tiga macam orang yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka (dengan ucapan yang lembut), tidak melihat mereka pada hari kiamat (dengan pandangan rahmat), tidak membersihkan mereka (daripada dosanya) dan bagi mereka azab yang pedih. Aku bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah mereka? Rasulullah mengulangi ucapan baginda tiga kali, kemudian baginda bersabda bermaksud : “Orang musbil (menjulurkan pakaiannya di bawah mata kaki), orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu, dan orang yang mengungkit pemberiannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Zar).
Betapa hari ini pengkhianatan, pendustaan dan merampas harta orang lain, disertai cara yang tidak sah, membela musuh Islam (Yahudi) dan seumpamanya terjadi di mana-mana. Ia sudah menjadi sebahagian cara hidup dan dianggap tidak bersalah atau berdosa. Ini yang menimbulkan fitnah dan kekacauan kehidupan.
Demikian manusia yang tidak mendapatkan ketenangan dan petunjuk dalam hidup mereka kerana memiliki sifat dan sikap seperti orang Yahudi, suka berdusta, bermuka-muka dan khianat kepada agamanya hanya sekadar ingin mendapatkan penghormatan dan sanjungan duniawi. Allah SWT mengutuk dan membenci orang Yahudi, terutama kerana pendeta mereka menghalalkan segala cara yang diharamkan Allah. Inilah pangkal musibah, kesesatan dan kehancuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan