1. Amat rugi membuat pelaburan di dunia andai keuntungannya membaja nafsu amarah dan menjauhkan diri daripada ALLAH
2. Jangan terlalu ghairah menabur amal sehingga keperluan sendiri diabaikan, bila fitnah dating mengundang maka runtuh runtuh segala kebaikan
3. Bermula penyatuan sesama umat adalah dengan melakukan sesuatu kebaikan bersama. Tempat penyatuan yang paling baik adalah di masjid
4. Masjid tempat adalah tempat taubat, ibadat & khidmat masyarakat. Jangan jadikan masjid sebagai memecahbelahkan umat dengan cemburu,dengki & khianat
5. Kata orang arifbillah, mereka yang mempunyai jawatan di dalam masjid tetap tidak mengambil berat tentang aktiviti dan peranan masjid, umpama ular yang memasuki syurga
6. Iblis dan syaitan tidak pernah leka didalam menyesatkan umat Muhammad S.A.W iaitu dengan menggunakan manusia dan keindahan dunia sebagai perantaraan
7. Iblis dan syaitan menggunakan kesukaan dan kelemahan kita untuk menggoda dan menyesatkan. Hanya akal & qolbu(Iman & taqwa) menjadi pendinding kita
8. Tidak ada yang paling mengembirakan syaitan selain dari melihat sepasang suamistri berpisah disebabkan angkaranya
9. Rumahtangga itu ibarat masjid dan pintu gerbangnya adalah permulaan langkah untuk mencari keredhaan ALLAH
10. Mendapat isteri ibarat telah sempurna separuh dari perjalanan agama & yang separuh perlulah dicari bukan berdiam diri menikmati keseronokan suamistri
11. Bermula luntur kewibaan suami kepada isteri adalah dengan mengikut kehendak isteri yang adakalanya baja kepada amarah kehidupan
12. Bersujud syukurlah kepada ALLAH sambil memohon kelengkapan(dakwah), kekuatan(amal), kuasa(darjat-kekuatan/pentadbiran) dan bijaksana(merdeka)
13. Didiklah isteri itu yang bermula dengan meninggalkannya sehari semalam dalam seminggu dengan beriqtiqaf dan beribadat(masjid)
14. Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah dan Syariat, Tariqat, Hakikat, Makrifat itu adalah bahagian-bahagian pentarbiahan dan perjalanan IMAN & ISLAM
15. Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada ALLA, semakin bodoh diri dirasakan, tapi bila berasa sempurna maka itu tanda tipu helah syaitan
16. Suka itu adalah bahan fikir(nafsu), sayang pula sebagai zikir(berdamping), kasih untuk syukur(merasai) & cinta bagi menguji kesabaran(kenikmatan)
17. Bermula fikrah dengan fikir, kerana berfikir datangnya zikir, bila berzikir terserlah kebenaran dan kebenaran itu datangnya dari AL-QURAN
18. Kata bicara penyedap jiwa, ibadat & taubat pembentuk nafsu, keimanan diri membawa taqwa, kebenaran jua menusuk Qolbu(hati)
19. Neraka tempat orang yang berdosa, terasa berdosa jangan berputus asa, bertaubat, berdoa jua berusaha, demi syurga nikmatnya tidak ternilai…
20. Sejauhmana setiap kegagalan itu dihadapi dengan penuh kesyukuran, sejauh itulah ia menjadi wadah untuk meghadapi kejayaan yang akan mendatang
Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan