Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Isnin, Januari 30, 2012

Bagaimana Periksa Akaun Facebook Anda Digodam / 'hacked' Atau Tidak


Has Your Facebook Account Been Hacked? Today here we will let you know How to Check Your Facebook Account is Hacked or Not. It was an easy method which help you to know about any suspicious activity on your Facebook account. If anyone hacked you Facebook Account, they will login your account and check all your activity and friends there. Recently Facebook added the new security setting feature, Which allows you to can trace out your last active session.
With the help of this feature you can check who hacked your account, from Which country, what time and from which browser. To get started, head to Account Settings > Security > Active Sessions.
Here you can see your current session listed at the top, and log-ins on other computers below. If any of those log-ins look suspicious (you can usually tell by the location), click “End Activity” and change your password quickly.

Buat Facebook Timeline Cover Dengan Telefon Android


Facebook timeline is one of the newest feature that recently Facebook introduced. With the help of this new feature you can add a cover photo on your Facebook Home page easily. Now today here we come with a new app, it’s a free android app for android mobile users. Which helps you to create your Facebook Timeline “Cover + Profile” Seamless Photos in your android mobile device.
You can download the Facebook Timeline Covers: D33P app from here. After installing the app on your mobile device it will ask you to access your Facebook account. Now you are ready to create a Facebook Timeline cover on your Android Mobile. You cap tap on either the blank cover photo or profile picture to choose which section you would like to edit.
You can browse and select photos your cover photos, or take a photo from your Facebook News Feed, a photo from either your or your friends’ Facebook photos, or a photo from your Android device.
Once you are done with this you can preview your Facebook cover photo. Or you can use default template as a cover photo from the app.

Ahad, Januari 29, 2012

Motorsikal Demak 'LC' Barai



Gambar motorsikal malang ini saya tangkap berdekatan pam angin Stesen Petronas Pekan Nenas Pontian Johor semalam. Dari jauh nampak macam Yamaha LC, tapi sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya motor Demak 110 yang rekabentuk macam/ditiru dari LC. Malang memang tidak berbau lebih-lebih lagi untuk orang yang tunggang motorsikal tidak kira apa jenama sekalipun. Hati-hatilah selalu...

Jumaat, Januari 27, 2012

Khutbah Jumaat: Persoalan makanan halal, haram tidak boleh diambil mudah


HALAL membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan ummah. 

Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Ibn kathir dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan, perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat serta elok dari segi tabiat dan syarak. Thoyyiba merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian. 

Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai keikhlasan kepada Allah SWT. Makanan halal di sisi syarak adalah makanan bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas dari sebarang kemudaratan, sebaliknya makanan haram sekalipun lazat tetap keji di sisi Allah SWT. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim) 

Oleh itu, seorang Islam sama ada pengusaha makanan halal dan individu hendaklah mengambil kira setiap perkara dari segi modal perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan serta hendaklah dijauhi unsur haram seperti judi, riba atau rasuah. 
Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan halal dan bersih kerana makanan haram yang dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan mendalam terhadap tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati serta penerimaan doa kepada Allah SWT. 

Panduan pemakanan dalam Islam adalah berlandaskan konsep memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal. Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan akal fikiran dibenarkan oleh syarak. 

Firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Manakala yang haram dan memudaratkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah.” (Surah al-Nahl ayat 114-115) 

Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Quran menyatakan, sama ada ilmu manusia dapat mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yang pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Allah tidak mengharamkan sesuatu, kecuali pasti perkara itu mempunyai bahaya dan kemudaratannya. 

Ulama terkenal, Abdullah Sahl al-Tusturi berkata, sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan. Berdasarkan kepada pandangan ini menunjukkan pemakanan halal mempunyai kedudukan penting dalam kehidupan di dunia ini dan berkait rapat dengan balasan hari akhirat. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut (untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.” (Hadis riwayat Ibn Marduiah) 

Dalam mengharungi perkembangan semasa di era global dunia hari ini, banyak makanan dan minuman ditawarkan kepada kita perlu diperiksa dan diteliti sebaiknya. Perkara yang halal lagi baik hendaklah menjadi keutamaan manakala yang haram dan tidak baik semestinya dihindari. 

Kita juga dituntut menjauhi barang syubhah yang mengelirukan dan tidak jelas hukumnya. Kita sepatutnya berwaspada supaya tidak mengambil atau mencubanya melainkan setelah dipastikan halal dan kebaikannya kerana makanan dan minuman syubhah boleh mengheret kepada penggunaan barangan haram secara tidak disangka-sangka. 

Ada peniaga yang tidak bertanggungjawab memperdayakan pengguna seperti memalsukan logo halal atau menggunakan logo halal pada produk haram. Walaupun matlamat perniagaan untuk mencari rezeki dan mendapat keuntungan, namun soal keberkatan dan keikhlasan tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh. 

Mereka yang melakukan penipuan ini sebenarnya telah mengkhianati masyarakat Islam dan melakukan amalan syaitan yang menyesatkan. Akta Perihal Dagangan 2011 diharap dapat membantu mengatasi masalah ini dan semua pihak perlu mematuhi akta yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. 

  • Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 


  • Golongan seks songsang mempermainkan ayat suci


    HUBUNGAN sesama sejenis juga dianggap berzina.
    HUBUNGAN sesama sejenis juga dianggap berzina.
    Belia dipengaruhi kebebasan mutlak ciptaan Barat promosi aktiviti di laman sesawang

    APABILA sebuah dokumentasi 'Gay Muslim' diterbitkan oleh Barat pada 2006 yang mendedahkan pengalaman lima lesbian dan gay mendakwa diri mereka muslim, ia mula menjadi perhatian masyarakat muslim keseluruhannya.
    Dokumentari Gay Muslim memperlihatkan imej perkahwinan yang kononnya membabitkan golongan muslim tinggal di Amerika Syarikat, Kanada dan India. Aliran baru yang membunuh sahsiah manusia itu digerakkan secara sewenangnya oleh media Barat bertujuan meleraikan ikatan agama masyarakat muslim yang tinggal di negara majoriti muslim.
    Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina. - Riwayat Al-Baihaqi
    Badan Islam berpengaruh di Kanada, ‘Kongres Muslim Kanada’ mengutuk keras perbuatan tidak bertamadun itu sehingga mendapat liputan meluas media Barat. Penentangan terhadap perlakuan golongan berkenaan sebenarnya ada asas kukuh, bukan sekadar pertembungan antara golongan tata moralis dengan golongan pejuang kebebasan manusia.

    Ini berdasarkan peringatan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina,” (Hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Abu Musa). 

    Lebih mendukacitakan lagi apabila golongan gay ini turut mempermainkan ayat al-Quran berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Kami telah mencipta kamu berpasang-pasangan.” Golongan songsang mentafsirkan ayat itu secara tidak bertanggungjawab untuk membenarkan kegiatan mereka.

    Sedangkan amaran terhadap mereka jelas dalam al-Quran melalui firman Allah mengenai kisah kaum Nabi Luth serta azab ditimpakan kepada mereka kerana terus ingkar larangan Allah. 
    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas) 

    Yayasan The Inner Circle telah digerakkan sepenuhnya dengan sokongan kewangan yang besar untuk membantu golongan muslim yang bergelut dengan seksualiti songsang di mana-mana negara dihuni mereka. 

    Berbekalkan motto ‘Muslim dan Homo boleh’, jelas terselindung tujuan dan niat jahat mereka untuk menarik lebih ramai golongan muslim menyertai aktiviti songsang itu. Lebih mendukacitakan apabila gerakan itu mula masuk ke negara Islam termasuk negara kita.

    Ada kumpulan terdiri daripada golongan muda yang terpengaruh dengan kebebasan mutlak ciptaan Barat ini membuka laman sesawang untuk mempromosikan aktiviti gay dan lesbian Islam. Perkembangan ini satu tamparan hebat kepada kesucian agama Islam. 

    Jika tidak diperangi, dibimbangi boleh mengundang bahaya lebih besar kerana Allah sudah mengingatkan dalam firman yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.” (Surah Al-Anfal, ayat 25) 

    Menguatkuasakan peraturan Islam akan membantu membanteras penyimpangan perilaku dan seksual di samping mencegah ia berkembang. Jika ada yang melakukan penyimpangan perilaku, maka dengan tegas Islam memerintahkan mereka dikeluarkan dari rumah dan negerinya.

    Bukan setakat Islam, malah agama lain turut menentang perlakuan sumbang ini. Bible menyebutnya sebagai ibadah kafir dan mengutuk serta mengecam pelakunya yang dianggap bertentangan dengan tata moralis manusia.

    Menjadi tanggungjawab semua yang cintakan agama, zuriat dan jurai keturunan serta etika kehidupan untuk terus menentang perlakuan itu. Jangan sesekali berdiam diri dengan alasan hal ini tidak membabitkan kita secara langsung. 

    Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa masyarakat keseluruhannya. Jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.

    Allah berfirman yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah Ar-Rum, ayat 41) .

    Kehormatan Di Balik Kerudung 2011 DVDRip RMVB


    DOWNLOAD MEDIAFIRE!!!


    SINOPSIS :
    “Syahdu adalah wanita yang berhati mulia namun keras hati. Ia tinggal bersama ibunya serta adiknya, Ratih. Meskipun mereka hidup dalam kesederhanaan, Syahdu sangat mencintai keluarganya.Suatu ketika Syahdu berniat mengunjungi kakeknya yang tinggal di daerah lain. Dalam perjalanan dengan kereta, Syahdu bertemu Ifan, pemuda soleh namun berpikiran terbuka, dan cerdas. Ifan dan Syahdu pun berkenalan lebih akrab. Perkenalan yang pada akhirnya, diam-diam, menumbuhkan benih cinta di hati mereka masing-masing, namun terpendam.Adalah Sofia, gadis sekampung dengan Ifan, yang jatuh hati pula pada Ifan, namun Ifan tak pernah menanggapi serius. Ifan tetap bersikap baik pada Sofia. Sementara Sofia yang mengetahui kedekatan Syahdu dan Ifan, bersikap toleransi walaupun dirinya takut kehilangan pria idaman seperti Ifan yang taat beragama.Syahdu dihadapkan kenyataan pahit. Ibunya harus dirawat di rumah sakit dengan biaya besar. Syahdu dan Ratih, adiknya, bingung musti mencari biaya. Dalam situasi genting itu, mantan kekasih Syahdu yang masih berusaha mendapatkan kembali cinta Syahdu, menawarkan bantuan dana guna membiayai operasi ibunya dengan satu syarat, Syahdu harus bersedia menikah dengannya. Demi cinta kasihnya dengan ibunda, Syahdu pun menerima tawaran lelaki tersebut.Mengetahui Syahdu sudah menikah, Ifan kecewa sekali. Marah. Merasa dikhianati. Ifan kemudian menikah dengan Sofia, gadis yang diam-diam mencintainya. Sofia adalah gadis solehah. Dan pada kenyataannya, Ifan merasa beruntung. Sofia menunjukkan ketulusan cintanya melalui pengabdiannya sebagai seorang istri. Betapa bersyukurnya Ifan."

    #Saya sendiri sudah menonton filem ini, memang terbaik dari segi jalan cerita serta mampu membuatkan kita mengalirkan airmata tanpa disedari... 


    Ahad, Januari 22, 2012

    Pintasan / Shortcuts Papan Kekunci Facebook Yang Berguna


    facebook keyboard shortcuts, keyboard shortcut list ,keyboard shortcuts,facebook, keyboard shortcuts for facebook, hotkeys for facebook, facebook hotkeys
    Here is the list of Keyboard Shortcut combinations which you could try in Facebook by using Firefox.
    Shift+Alt+1 : Return to Home
    Shift+Alt+2 : To view the Timeline
    Shift+Alt+3 : To pull down the Friends Requests list
    Shift+Alt+4 : To retrieve the Messages list
    Shift+Alt+5 : To call out the Notification list
    Shift+Alt+6 : Account setting page
    Shift+Alt+7 : Account privacy configuration.
    Shift+Alt+8 : Facebook fans group page
    Shift+Alt+9 : Facebook’s Statement of Rights and Responsibilities
    Shift+Alt+0 : Facebook Help Center
    Shift+Alt+m : Create new message
    Shift+Alt+? : Cursor in the Search Box
    Here is the list of Keyboard Shortcut combinations which you could try in Facebook by using Google Chrome.
    Alt+1 : Return to Home
    Alt+2 : To view the Timeline
    Alt+3 : To pull down the Friends Requests list
    Alt+4 : To retrieve the Messages list
    Alt+5 : To call out the Notification list
    Alt+6 : Account setting page
    Alt+7 : Account privacy configuration.
    Alt+8 : Facebook fans group page
    Alt+9 : Facebook’s Statement of Rights and Responsibilities
    Alt+0 : Facebook Help Center
    Alt+m : Create new message
    Alt+? : Cursor in the Search Box

    Sabtu, Januari 21, 2012

    Khutbah Jumaat: Lindungi nyawa elak lakukan perbuatan mudarat


    Angka kemalangan maut meningkat kerana sikap tidak sabar pengguna jalan raya 

    HIDUPNYA seseorang menandakan ia masih bernyawa dan berpeluang meneruskan perjuangan di alam fana ini. Oleh itu, manusia perlu memelihara dan melindungi nyawa supaya kehidupannya dapat diteruskan sebagai hamba Allah SWT.
    Jika nyawa tidak dipelihara, akan terjadilah kebinasaan, kerosakan dan seterusnya membawa kepada kematian yang sia-sia. Kehidupan dan kematian seseorang insan adalah hak mutlak Allah SWT yang tiada sesiapapun boleh mempertikaikannya.
    Lantaran itu Allah SWT boleh memendekkan umur seseorang dengan kehendak dan kuasa-Nya dan dengan kehendak dan kuasa-Nya jugalah ia boleh memanjangkan umur seseorang. 

    Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian Ia mewafatkan kamu; dan ada pula di antara kamu yang dikembalikan kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadi lupa akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah al- Nahl, ayat 70) 

    Oleh itu, kita patut bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan melalui nyawa diberikan yang membolehkan kita menikmati indahnya kehidupan, keindahan alam, merasai sedapnya makanan dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita. 

    Apabila nyawa terpisah dari badan, semua itu tidak berguna lagi. Kita wajib memelihara dan melindungi nyawa sendiri atau nyawa orang lain. Melindungi nyawa bermaksud memelihara dan menjaganya dengan mengelakkan diri daripada terbabit perbuatan boleh mengundang kecelakaan. 
    Berdasarkan laporan, kemalangan jalan raya adalah penyebab terbesar kepada kematian. Statistik trafik Polis Bukit Aman menunjukkan 414, 421 kes pada 2010 dan 449,040 (2011). Statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 8.9 peratus dan daripada jumlah itu purata kemalangan bagi 2011 adalah sebanyak 51 kemalangan setiap satu jam. 

    Musim perayaan, musim paling sibuk bagi pengguna jalan raya. Bagi memastikan keselamatan pengguna, pihak berwajib seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah agensi bertanggungjawab memastikan pengguna jalan raya selamat sampai ke destinasi masing-masing. 

    Ops Sikap 25 bermula pada 16 Januari 2012 adalah satu langkah pencegahan kejadian yang tidak diingini ketika pulang bercuti nanti. Namun, berdasarkan pemerhatian, masih ada pengguna jalan raya mempunyai sikap endah tak endah terhadap kempen keselamatan ini. 

    Mereka mengamalkan sikap tidak sabar ketika memandu di jalan raya. Disebabkan itu, walaupun langkah pencegahan dilakukan, angka kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat setiap tahun menjelang musim perayaan. 

    Janganlah disalahkan orang lain jika berlaku kemalangan atau kematian di musim perayaan ini . Kita hendaklah bersikap sabar ketika memandu supaya keselamatan kita dan orang lain terjamin. 

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153) 

    Selain itu ada beberapa faktor antara punca utama kemalangan menyebabkan kehilangan nyawa. Faktor pertama ialah sikap manusia, iaitu memandu dalam keadaan mengantuk, kurang tumpuan ketika memandu, memandu lebih had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, berlumba secara haram terutama penunggang motosikal. 

    Kedua, faktor mekanikal kenderaan, kurang prihatin terhadap penyelenggaraan seperti brek dan tayar. Ketiga, faktor kejuruteraan jalan, keadaan jalan raya kurang baik, gangguan seperti kerja pembaikan jalan dan keempat faktor cuaca, hujan lebat menyebabkan jalan licin atau jerebu. 

    Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya, itulah ungkapan sewajarnya difikirkan bersama bagi mengambil langkah keselamatan secara berterusan. 

    Perbuatan menimbulkan mudarat dan berbahaya yang boleh membawa kepada kematian seperti menunggang motosikal secara berbahaya, tidak mematuhi peraturan jalan raya, tidak memiliki lesen memandu adalah tindakan tidak memelihara dan melindungi nyawa. 

    Walaupun tindakan seperti itu tidak menyebabkan kehilangan nyawa secara langsung tetapi lama kelamaan atau silap percaturan boleh menyebabkan kematian. 

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 195) 

    Marilah bersama kita memelihara dan melindungi nyawa diberikan Allah SWT dengan mengelak daripada kemalangan. Generasi muda perlu dididik mematuhi undang-undang. Jangan biarkan anak memandu kenderaan tanpa lesen atau tidak menggunakan topi keledar kerana itu mengundang kecelakaan. 

    Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 

    Dalil dan syarat membolehkan wanita beribadah di masjid


    KETAHUILAH bahawa lelaki dan wanita sama saja haknya dalam mencari rahmat cuma dalam beberapa keadaan terdapat perbezaan. Bab solat berjemaah contohnya, ada salah anggap terhadap keperluannya kepada lelaki dan wanita. 

    Tidakkah mereka mengetahui bahawa sejak dibuka Masjid Nabawi selepas hijrah sehingga Nabi SAW wafat, golongan wanita sudah solat di sana dan dikhaskan pintu untuk mereka yang tidak pernah ditutup sama sekali.
    Anehnya apabila pada zaman ini masih ada tanggapan melarang wanita ke masjid, tetapi tidak pula dilarang pergi ke pasar, berjalan atau bermusafir, malah keluar bekerja.
    Sesungguhnya banyak dalil membolehkan wanita keluar ke masjid untuk solat, menuntut ilmu serta menyaksikan kebaikan antaranya daripada Ibnu katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
    “Apabila wanita kamu meminta izin kepadamu untuk pergi ke masjid maka berilah izin kepada mereka.” 

    Daripada Mujahid dari Ibnu Umar katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Berilah izin bagi wanita untuk pergi ke masjid di waktu malam. Lalu anaknya yang bernama Waqid berkata: Jika demikian mereka akan menimbulkan kerosakan, godaan dan keraguan. Katanya: Lalu dia menepuk dadanya dan berkata: Aku beritahu engkau dari Rasulullah SAW sedangkan engkau mengatakan tidak.” 

    Syarat keluar ke masjid bagi wanita antaranya dengan tidak memakai wangian. Seorang wanita melalui Abu Hurairah dengan bau semerbak, lalu dia bertanya kepadanya: Ke mana engkau hendak pergi wanita hamba Allah? Jawabnya: Ke masjid. Abu Hurairah berkata: Dengan memakai wangian? 
    Jawabnya: Ya. 
    Abu Hurairah berkata: Kembalilah lalu mandi, maka sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan menerima solat dari seorang wanita yang keluar ke masjid, dan minyak wanginya semerbak harum sehingga kembali lalu mandi.” 

    Minyak wangi ada dua jenis, satu yang membunuh bakteria dan menghilangkan bau busuk dan ini tidak mengapa, sementara satu jenis lagi baunya menusuk hidung, menarik perhatian dan merangsang perasaan, ia tidak dibolehkan.” 

    Keluar dengan tidak bertabarruj (berhias-hias) kerana pergi ke rumah Allah bukan pergi ke pameran pakaian. Sesungguhnya ia adalah langkah mencari keredaan Allah dan mengharapkan akhirat, serta mengekang syaitan selain meningkatkan ketakwaan. 

    Maka wajib atasnya menutup tubuhnya serta tidak menampakkan sesuatu daripadanya selain muka dan tapak tangannya. 

    Hendaklah meminta izin suami sebelum keluar kerana jika tidak diizinkan maka dia tidak boleh keluar, dan suami tidak boleh melarangnya, berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apabila isteri salah seorang daripada kami meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah menengahnya.” 

    Tidak bercampur dengan kaum lelaki ketika pergi dan balik dari masjid. Abu Usaid Malik bin Rabi’ah bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika keluar dari masjid, dan kaum lelaki bercampur aduk dengan wanita di jalan: 
    “Ketepilah kamu semua, maka kamu semua tidak boleh berjalan di tengah jalan, berjalanlah kamu di tepi jalan”, maka wanita berjalan di tepi dinding sehingga pakaiannya melekat di dinding. 

    Hendaklah memasuki pintu yang dikhaskan bagi wanita. Nabi SAW mengkhaskan satu pintu bagi kaum wanita, mereka masuk dan keluar daripadanya, tidak dicampuri dengan kaum lelaki. 

    Daripada Nafi dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Alangkah baiknya jika kita khaskan pintu ini bagi wanita. Nafi berkata: Maka Ibnu Umar tidak memasuki pintu itu sehingga meninggal.” 

    Hendaklah menjauh dari saf lelaki sekadar kemampuannya. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik saf lelaki ialah yang pertama dan seburuk-buruknya ialah yang terakhir, dan sebaik-baik saf wanita yang terakhir dan seburuk-buruknya ialah yang pertama.” 

    Al-Imam An-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini berkata: “Namun diutamakan saf akhir wanita yang menghadiri solat bersama dengan kaum lelaki kerana jauhnya mereka bercampur dengan lelaki dan melihat mereka, dan kaitan hati ketika melihat pergerakan mereka dan mendengar perkataannya dan seumpamanya, dan dicela saf mereka yang pertama kerana kebaikan yang demikian.” 

    Petikan buku 101 Nasihat Rasulullah SAW Untuk Menjadi Muslimah Paling Bahagia 

    Jumaat, Januari 13, 2012

    Kutbah Jumaat: Terapkan budaya ilmu, akhlak dalam kehidupan seharian anak


    MINGGU ini adalah minggu kedua anak kita kembali ke alam persekolahan. Pelbagai ragam dapat dilihat pada diri anak setelah dua bulan bercuti dari alam persekolahan. Namun inilah rutin biasa yang mereka perlu tempuhi demi membina generasi cemerlang di masa akan datang. 

    Dalam usaha membina insan cemerlang, hendaklah disepadukan antara ilmu pengetahuan dan pendidikan atau dikenali dengan kesepaduan ilmu serta tarbiah untuk melahirkan insan soleh. Dalam proses ini pemerintah, pihak sekolah dan ibu bapa mesti saling bekerjasama dan mengambil tanggungjawab sebaik mungkin.
    Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)
    Walaupun ada kala berlaku ketegangan antara guru dan ibu bapa, sebagai langkah positif ibu bapa perlu memberi penghormatan besar kepada guru untuk membimbing dan mendisiplinkan pelajar
    Ibu bapa tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada pihak sekolah dan guru semata-mata dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan anak. Ibu bapa adalah asas menentukan dasar pembinaan akhlak, jati diri dan kecemerlangan anak. 

    Apabila tumpuan terhadap anak berkurangan, maka kadar keciciran semakin meningkat. Anak pada peringkat awal pembesaran memerlukan ibu-bapa sebagai orang terawal penunjuk teladan yang baik. 

    Menurut prinsip pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih sayang dan komunikasi mesra sebenarnya bermula dari awal kehidupan anak sehinggalah mereka mencapai usia baligh. 

    Oleh itu, dalam tempoh kritikal ini, ibu bapa tidak boleh melepaskan diri mendidik anak. Jika kita tidak mengambil berat, maka anak akan terdedah kepada pelbagai gejala. Kita tidak mahu anak menjadi keliru, tidak tahu memilih yang baik atau buruk dalam kehidupan mereka. 
    Menurut Prof Dr Yusuf al-Qardawi, kesan paling menonjol akibat kelemahan kualiti keibubapaan hari ini adalah terpisahnya akhlak anak yang memudahkan dan mendedahkan mereka dalam krisis gejala sosial.

    Pencapaian prestasi anak dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan penilaian bersungguh ibu bapa sendiri. Dalam hal ini ibu bapa perlu membudayakan ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak.

    Ibu bapa perlu menentukan hala tuju dan tindakan mesti dilaksanakan anak seperti memastikan mereka menunaikan solat fardu secara konsisten; memastikan anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari; memastikan mereka mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan vitamin; menyemak buku latihan serta menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak.

    Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan guru kelas sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklum balas prestasi pembelajaran dan tahap sahsiah anak ketika berada di sekolah.

    Ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan beranggapan sudah menunaikan tanggungjawab selepas menghantar anak ke sekolah. Tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jatidiri yang kuat. 

    Ibu bapa digalakkan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan anak kerana doa ibu bapa boleh menyebabkan kehidupan anak dirahmati, diberkati dan dilindungi dari segala bencana. 

    Walaupun ada kala berlaku ketegangan antara guru dan ibu bapa, sebagai langkah positif ibu bapa perlu memberi penghormatan besar kepada guru untuk membimbing dan mendisiplinkan pelajar. Jangan mudah melenting, hilang kewarasan dan hendaklah berlapang dada apabila guru menegur atau mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar.

    Kita yakin tindakan guru mendisiplinkan pelajar untuk memberi pengajaran dan memulihkan akhlak supaya menjadi insan berguna. Kepada guru, jadikan tanggungjawab sebagai amanah yang wajib ditunaikan sebaik mungkin.

    Marilah bersama kita tunaikan tanggungjawab membantu serta membela nasib pelajar supaya dapat menghadapi sesi persekolahan yang baru ini dengan selesa dan sempurna. 

    Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)