KETAHUILAH bahawa lelaki dan wanita sama saja haknya dalam mencari rahmat cuma dalam beberapa keadaan terdapat perbezaan. Bab solat berjemaah contohnya, ada salah anggap terhadap keperluannya kepada lelaki dan wanita.
Tidakkah mereka mengetahui bahawa sejak dibuka Masjid Nabawi selepas hijrah sehingga Nabi SAW wafat, golongan wanita sudah solat di sana dan dikhaskan pintu untuk mereka yang tidak pernah ditutup sama sekali.
Tidakkah mereka mengetahui bahawa sejak dibuka Masjid Nabawi selepas hijrah sehingga Nabi SAW wafat, golongan wanita sudah solat di sana dan dikhaskan pintu untuk mereka yang tidak pernah ditutup sama sekali.
“Apabila wanita kamu meminta izin kepadamu untuk pergi ke masjid maka berilah izin kepada mereka.”
Daripada Mujahid dari Ibnu Umar katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Berilah izin bagi wanita untuk pergi ke masjid di waktu malam. Lalu anaknya yang bernama Waqid berkata: Jika demikian mereka akan menimbulkan kerosakan, godaan dan keraguan. Katanya: Lalu dia menepuk dadanya dan berkata: Aku beritahu engkau dari Rasulullah SAW sedangkan engkau mengatakan tidak.”
Syarat keluar ke masjid bagi wanita antaranya dengan tidak memakai wangian. Seorang wanita melalui Abu Hurairah dengan bau semerbak, lalu dia bertanya kepadanya: Ke mana engkau hendak pergi wanita hamba Allah? Jawabnya: Ke masjid. Abu Hurairah berkata: Dengan memakai wangian?
Jawabnya: Ya.
Abu Hurairah berkata: Kembalilah lalu mandi, maka sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan menerima solat dari seorang wanita yang keluar ke masjid, dan minyak wanginya semerbak harum sehingga kembali lalu mandi.”
Minyak wangi ada dua jenis, satu yang membunuh bakteria dan menghilangkan bau busuk dan ini tidak mengapa, sementara satu jenis lagi baunya menusuk hidung, menarik perhatian dan merangsang perasaan, ia tidak dibolehkan.”
Keluar dengan tidak bertabarruj (berhias-hias) kerana pergi ke rumah Allah bukan pergi ke pameran pakaian. Sesungguhnya ia adalah langkah mencari keredaan Allah dan mengharapkan akhirat, serta mengekang syaitan selain meningkatkan ketakwaan.
Maka wajib atasnya menutup tubuhnya serta tidak menampakkan sesuatu daripadanya selain muka dan tapak tangannya.
Hendaklah meminta izin suami sebelum keluar kerana jika tidak diizinkan maka dia tidak boleh keluar, dan suami tidak boleh melarangnya, berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apabila isteri salah seorang daripada kami meminta izin untuk pergi ke masjid, maka janganlah menengahnya.”
Tidak bercampur dengan kaum lelaki ketika pergi dan balik dari masjid. Abu Usaid Malik bin Rabi’ah bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika keluar dari masjid, dan kaum lelaki bercampur aduk dengan wanita di jalan:
“Ketepilah kamu semua, maka kamu semua tidak boleh berjalan di tengah jalan, berjalanlah kamu di tepi jalan”, maka wanita berjalan di tepi dinding sehingga pakaiannya melekat di dinding.
Hendaklah memasuki pintu yang dikhaskan bagi wanita. Nabi SAW mengkhaskan satu pintu bagi kaum wanita, mereka masuk dan keluar daripadanya, tidak dicampuri dengan kaum lelaki.
Daripada Nafi dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Alangkah baiknya jika kita khaskan pintu ini bagi wanita. Nafi berkata: Maka Ibnu Umar tidak memasuki pintu itu sehingga meninggal.”
Hendaklah menjauh dari saf lelaki sekadar kemampuannya. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik saf lelaki ialah yang pertama dan seburuk-buruknya ialah yang terakhir, dan sebaik-baik saf wanita yang terakhir dan seburuk-buruknya ialah yang pertama.”
Al-Imam An-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini berkata: “Namun diutamakan saf akhir wanita yang menghadiri solat bersama dengan kaum lelaki kerana jauhnya mereka bercampur dengan lelaki dan melihat mereka, dan kaitan hati ketika melihat pergerakan mereka dan mendengar perkataannya dan seumpamanya, dan dicela saf mereka yang pertama kerana kebaikan yang demikian.”
Petikan buku 101 Nasihat Rasulullah SAW Untuk Menjadi Muslimah Paling Bahagia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan