Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Rabu, Ogos 03, 2011

Pelepah Tamar

Gambar Hiasan

Alhamdulillah, sudah 3 Ramadan yang kita lalui tahun 2011 ini. Pastinya kita tidak asing mendengar perkataan tamar ataupun buah kurma yang dijadikan makanan sunnah Baginda S.A.W ketika sahur dan berbuka. Tetapi saya bukan hendak cerita tentang buah tamar/kurma, saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat dalam siaran RCTI semasa menunggu DSKS ditayangkan semalam. Dijadikan cerita Saidina Umar R.A suatu malam melihat Nabi Muhammad S.A.W baring beralaskan pelepah tamar. Baginda S.A.W tersedar akan kehadiran sahabat dan serta-merta bangun. Saidina Umar ternampaklah bekas pelepah tamar dibelakang badan Baginda S.A.W lalu berkata, Ya Rasululllah mengapa engkau berbaring beralaskan pelepah tamar? Sedangkan engkau pemimpin agung kami. Banding Raja Rom dan Raja-raja kerajaan lain pasti mereka mempunyai tempat tidur yang mewah setanding pangkat mereka.
Baginda S.A.W lantas menjawab dengan tenang persoalan Saidina Umar, Wahai Umar , ALLAH memberi mereka nikmat dunia yang melimpah-ruah kepada mereka(Raja-raja tersebut) sedangkan dunia ini tempat tidak kekal dan hanya sementara. Padahal ALLAH menjanjikan kita harta yang kekal abadi di akhirat sana yang jauh lebih besar nikmatnya daripada nikmat dunia.. MasyALLAH..Saidina Umar tersenyum mendengar jawapan Baginda dan mengerti hidup keserdehanan itu dituntut dalam Islam bukan hidup bermegah-megah dengan kemewahan..wallahualam
#Diriku terasa hendak baring atas pelepah tamar pula untuk merasai seperti apa Baginda S.A.W junjungan besar umat Islam lakukan

Tiada ulasan: