Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Khamis, Mac 31, 2011

Video Tolaalbadrualaina VCDrip / Ori Arab RMVB+MP3


MEDIAFIRE!!!
Teringat video ini dimainkan berulangkali di kedai-kedai sekitar Masjid An-Nabawi setelah keluar solat setiap waktu semasa umrah dulu bersama ibubapa serta 2 orang adik saya. Mak saya mendengarnya setiap hari, dan terus membeli vcd Tolaalbadru ini. Suara kanak-kanak perempuan yang merdu mengalunkan selawat dan salam untuk Rasulullah S.A.W amat mempersonakan tiap halwa telinga yang mendengarkannya.Masyallah...

CLICK FOR DOWNLOAD:
VIDEO
MP3

Rabu, Mac 30, 2011

Aplikasi Percuma Melajukan Prestasi PC/Laptop


Kali ini saya ingin berkongsi 2 aplikasi percuma yang mampu meningkatka prestasi pc/laptop untuk jangka masa panjang.Kalau ikut penggunaan saya, Ccleaner saya 'clean' tiap hari.Manakala Smartdefrag, saya 'defrag' tiap hujung bulan..

INFO

CCleaner adalah nombor satu alat untuk membersihkan PC Windows. Melindungi privasi dalam talian anda dan membuat komputer anda lebih cepat dan lebih selamat. Mudah digunakan dan men-download, kecil cepat.

Hal ini diketahui bahawa serpihan cakera telah menjadi punca utama prestasi PC lambat dan tidak stabil. Smart Defrag 2 adalah suatu alat yang PERCUMA yang memberikan Defragmentasi sangat cepat dan efisien untuk hard drive anda secara pintar untuk Memuatkan fail lebih cepat dan prestasi cakera yang tinggi. Dengan ciri-ciri "menginstalnya dan melupakannya", Smart Defrag 2 bekerja secara automatik dan diam-diam di latar belakang pada PC anda, menjaga hard disk anda berjalan pada kelajuan tertinggi. Ini Defragmenter, pemenang anugerah ini 100% selamat dan bersih tanpa spyware, adware, atau virus.
DOWNLOAD HERE
>CCleaner
>Smart Defrag 2

Selasa, Mac 29, 2011

13 bayi dijual

Petikan Bharian

KUALA LUMPUR: Polis menemui 13 lagi bayi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia dijual antara RM8,000 hingga RM21,000 yang didalangi sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, sejak menumpaskan sindiket berkenaan pada November lalu. Penemuan lapan bayi perempuan dan lima lelaki oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman menerusi Ops Pintas Sayang itu adalah hasil kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas menemui seorang bayi lelaki dan perempuan ketika serbuan ke hospital itu tahun lalu.
#Dasyat betul sampai bayi pon diperdagangkan.Angkara duit dan ibubapa yang mahu anak 'ekspres'..nauzubillah

Sabtu, Mac 26, 2011

Lagu OST Naruto Shippuden Ep195-Sekarang/Now


MEDIAFIRE!!!
Lagu OST Naruto Shippuden Ep195-Sekarang(Minggu ini Ep 204) yang keluaran di internet.BUKAN di TV3 ye..

Naruto Shippuden Opening Full>http://www.mediafire.com/?djoh1q1wh11ry96
Naruto Shippuden Ending Full>http://www.mediafire.com/?90f0rn2cihjuyg8

Rabu, Mac 23, 2011

Jin terpesona dengar bacaan al-Quran daripada Rasulullah


FIRMAN Allah SWT bermaksud: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah az-Zariyaat, ayat 56)

Begitu penegasan Allah dalam al-Quran mengenai tujuan-Nya menciptakan jin dan manusia, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Esa. Golongan jin dan manusia terbahagi kepada dua, iaitu Islam dan kafir.
Jin menyatakan keIslaman mereka yang diterangkan dalam al-Quran surah Jin bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sudah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin sudah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang susunan (ayatnya) dan kandungannya sungguh menakjubkan. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.” (Surah Jin, ayat 1-2)
Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW bersama sahabat sedang melaksanakan solat Subuh. Ketika itu Baginda membaca surah ar-Rahman, ayat 1-78. Dalam surah ar-Rahman ini ada beberapa ayat yang bermakud: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?”

Ketika ayat ini dibacakan, jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimah: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami.”

Ibnu Masud menyatakan bahawa ia turut menyaksikan malam turunnya ayat Jin ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi juru dakwah daripada kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya dan aku bacakan al-Quran kepada mereka.”

Peristiwa ini terjadi di sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma'ala, tidak jauh dari perkuburan kaum Muslim di kota Makkah. Kini masjid itu dinamakan Masjid al-Jin atau Masjid al-Bai'ah atau juga Masjid al-Haras. Ia dibaik pulih kembali pada 1421 hijrah. Di sini jin berbai'ah atau menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT dan al-Quran.
Ada mengatakan, di masjid itu Nabi SAW mengislamkan jin kafir. Ada juga menceritakan, dekat Masjidil Haram ada sebatang tiang dinamakan tiang jin. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tidak cukup sebatang tiang, kemudian jin mendatangkan sebatang tiang dari alam mereka. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Ada yang khurafat memeluk tiang jin ini ketika orang lain wukuf di Arafah kononnya untuk menjadi tuan jin.

Masjid Jin menjadi monumen terpenting antara Rasulullah dan jin. Diterangkan, jin ketika itu bercadang menuju Tihamah. Namun, mereka mendengar bacaan al-Quran. Mereka sangat takjub mendengarnya dan kemudian berdialog dengan Rasulullah, lalu menyatakan keimanan mereka. Kemudian mereka menyampaikan hal itu kepada jin lain.

Ketika Rasulullah sedang membaca ayat al-Quran, terdapat beberapa jin. Ssebahagian riwayat menyatakan jumlahnya ada sembilan jin dan sebahagian lain menyebutkan tujuh jin yang turut mendengarkan bacaan al-Quran daripada Rasulullah. Kemudian salah satu daripada jin itu mengingatkan temannya dan berkata: “Diamlah, perhatikan bacaannya.” Setelah itu mereka kembali kepada kaum mereka untuk mengingatkan pada jalan yang benar. Salah satu daripada jin itu bernama Zauba'ah. Demikian menurut Ibnu Masud.

Dalam kitab Fathul Bari, disebutkan, jin itu berasal dai Nasibain, iaitu sebuah daerah yang terletak di perbatasan antara Iraq dan Syria, iaitu dekat Mosul.
Jin terbahagi dua iaitu jin kafir dan jin Islam (mukmin). Jin yang beriman ditempatkan di syurga, manakala jin kafir ditempatkan di neraka. Rasulullah menggambarkan jin itu terbahagi tiga golongan iaitu yang boleh terbang di udara, golongan ular dan anjing serta golongan bermukim dan hidup berpindah-pindah. (Hadis sahih riwayat Ibnu Abi Dunya, dalam Maqasid as-Syaitan)
Seperti manusia dan haiwan, jin juga makan dan minum, berkahwin, beranak serta mati. Menurut Syeikh Abdul Mun'im, jin penghuni dunia yang hidup di tempat sepi daripada manusia dan di padang pasir. Ada jin yang hidup di pulau di tengah laut, di tempat sampah dan bersama manusia. Jin memiliki kemampuan yang tidak dimiliki manusia, seperti terbang, naik ke langit, mendengar apa yang tidak boleh didengar manusia dan mereka juga melihat apa yang tidak dapat dilihat manusia. Wallahualam.

Tomakninah, tadabbur elemen penting tambah kekhusyukan solat


KEBANYAKAN umat Islam dalam kecanggihan masa kini kian menumpulkan kepekaan dengan kewajipan solat fardu yang menjadi tiang agama dan batas pembeza antara orang Islam dengan bukan Islam. Mereka sangat berani meringankan solat, malah lebih malang langsung tidak solat.

Tindakan yang mereka ambil ini tanpa rasa bersalah terhadap Allah SWT. Keadaan gerhana ini semakin memburuk dari sehari ke sehari yang bukan saja melanda golongan muda remaja, bahkan juga dewasa dan tua, yang sudah sewajarnya menginsafi dan memahami secara dalam tujuan hidup seorang Muslim di dunia ini. Benarlah apa yang digambarkan dalam al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam: 59)
Dalam ayat lain, Allah memberi ancaman kepada golongan yang lalai dalam solat yang bermaksud: “Neraka wail bagi orang yang solat iaitu mereka yang lalai dalam solatnya.” (al-Ma’un: 4-5)
Sesungguhnya ada banyak pendapat dan tafsiran mengenai maksud lalai dalam solat iaitu:
Cuai hingga habis waktu solat (ditunaikan secara qada atau ditinggalkan begitu saja).
Tidak khusyuk (dalam solat terbayang perkara yang berlaku di luar solat, tidak mengetahui maksud lafaz dan perbuatan dalam solat).
Tidak melaksanakan segala ikrar dan janji yang dilakukan dalam solat (misalnya dalam solat mengakui bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, tetapi di luar solat tidak menghayati akhlak dan sunnah Rasulullah).


Kadang-kadang kita terfikir apakah yang akan berlaku kepada umat Islam yang meremehkan solat fardu, padahal kita sedia maklum, solat membentuk keperibadian luhur, terhormat dan berkualiti menepati sebaik-baik umat.
Kenyataan hari ini sudah cukup memberi jawapan kepada pertanyaan tadi.
Masyarakat bergelumang dengan maksiat, mengenyangkan nafsu syahwat, lupa kepada Allah dan menjalani kehidupan yang menjurus kepada kehidupan jahiliah yang tidak bertamadun. Di sini perlunya peranan ibu bapa, guru, pemimpin serta seluruh masyarakat sebagai penyuluh, pendorong dan pembimbing mereka agar kembali mendekati solat dengan penuh kebijaksanaan.

Bagi yang taat mengerjakan solat, perlulah mengemaskinikan solatnya agar benar-benar memenuhi kategori solat khusyuk yang diterima Allah SWT. Kadang-kadang kita menganggap solat kita telah baik dan sempurna, tetapi hakikatnya termasuk golongan lalai dalam solat. Apakah selama ini kita khusyuk dalam solat? Persoalan ini akan terjawab bila kita memahami pengertian khusyuk.

Menurut Imam Ibn Taimiyah khusyuk itu mengandungi dua makna, pertama tawaduk dan kerendahan serta kehinaan diri di hadapan Allah dan kedua ketenangan dan tomakninah. Hal itu adalah kenescayaan dari kelembutan hati dan menafikan kekerasan hati. Jadi, khusyuk itu adalah rasa takut kepada Allah yang ada di dalam hati dan tampak di atas aspek lahiriah, manakala Ibn al-Qayim al-Jawziyah pula berpandangan khusyuk adalah berdirinya hati di hadapan Rab dengan tunduk dan rendah.

Daripada dua pendapat tokoh ulama tersohor tadi dapatlah kita buat satu rumusan bahawa khusyuk adalah kerendahan hati, ketenangan serta memberi tumpuan hati kepada Allah dengan rasa takut (kepedihan azab-Nya), kagum (kebesaran-Nya) dan cinta.

Bagaimana jalan bagi mencapai solat yang khusyuk? Pedoman yang dikemukakan oleh ulama berdasarkan hadis dan al-Quran ini boleh kita tekuni iaitu:
Membuat persiapan awal seperti pakaian, wuduk dan menunggu waktu solat. Dengan ini tidak ada istilah tergesa-gesa melakukan solat.
Tomakninah (berhenti sejenak dari rukun ke rukun sampai salam). Kelakuan Rasulullah ketika solat contoh terbaik tomakninah. Rasulullah SAW ketika solat baginda melakukan tomakninah sehingga semua anggota badan baginda kembali pada tempatnya. (Hadis riwayat Abu Daud)
Sentiasa ingat mati kerana mengingati mati akan memperelok solat dan menganggap solat yang dilakukan itu yang terakhir.
Tadabbur (menghayati) ayat al-Quran, zikir dan bacaan lain yang dibaca ketika solat menjadikan hati diserap kekhusyukan.
Beranggapan ketika solat kita sedang menghadap Allah. Dengan demikian, seseorang akan menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan Allah, lalu mendorongnya mengerjakan solat secara bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Isnin, Mac 21, 2011

Gelanggang Raja Lawak 5 / 2011 Final SDTV



MEDIAFIRE!!!
PSWRD: frantesi.blogspot.com
Part 1: http://www.mediafire.com/?1ucb4ixes3q3all
Part 2: http://www.mediafire.com/?rqloau1qwnran2k
Gabungkan dengan HjSplit
#Kredit untuk BlackWorld

Man Juara Raja Lawak 5!

21 Mac 2011 - Persoalan siapakah yang bakal menjuarai Raja Lawak musim ke-5 sudah terjawab apabila peserta solo berasal dari Selayang, Man menjuarai Raja Lawak musim ke-5 dalam Gelanggang Raja Lawak Akhir yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 18 Mac yang lepas. Undian SMS penonton telah meletakkan Man di tangga teratas menewaskan kumpulan R2 dan Balas.

Gelanggang Raja Lawak Akhir telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang bermula dengan Karpet Lawak menampilkan beberapa artis dan pelawak ternama, veteran, bekas-bekas peserta Raja Lawak musim yang lepas dan ramai lagi. Orang ramai juga sama-sama hadir menyaksikan secara langsung hingga ada yang terpaksa menonton di luar kerana dewan sudah penuh.

Dalam pusingan akhir ini, 2 tugasan telah diberikan iaitu "Bebas" dan "Muzikal Komedi". Ternyata prestasi mereka meningkat berbanding minggu-minggu yang lepas terutamanya dalam tugasan "Muzikal Komedi". Lebih menakjubkan apabila Man telah menerima "standing ovation" untuk persembahannya. Kumpulan R2 dan Balas juga telah melakukan persembahan yang baik.

Jumlah peratusan undian selepas ditutup:

1. Man 45%
2. R2 32.5%
3. BALAS 22.6%

Tahniah MAN!!!

Sabtu, Mac 19, 2011

Internet Explorer 9 Finale!!


*klik gambar untuk besarkan saiz

Nampak lagi lawa dari segi rekabentuk untuk memudahkan pengguna Windows 7.Sila pasang/'install' seperti biasa mengikut sistem Windows 7 samada 32-bit ataupun 64-bit.Bagaimana hendak tahu sistem Windows 7 saya?Senang sahaja.Klik-kanan/'right-click' pada ikon My Computer dan klik pada 'properties'.Setelah klik untuk pasang IE9 ini, tunggu beberapa minit kerana Windows Update ingin memuaturun fail-fail yang diperlukan untuk menyempurnakan pertukaran/naik taraf IE8 kepada IE9.Setelah semua selesai, pilih restart dan nikmatilah browser serba baru ini ;-)

Windows 7 or Server 2008 R2:

Internet explorer 9 (32bit) [17MB] > http://goo.gl/r0GO0

Internet explorer 9 (64bit) [35MB> http://goo.gl/pWuyc

Jumaat, Mac 18, 2011

KOLEKSI HADIS-HADIS , PETIKAN QURAN DAN KATA- KATA MUTIARA v.008

1. Amat rugi membuat pelaburan di dunia andai keuntungannya membaja nafsu amarah dan menjauhkan diri daripada ALLAH

2. Jangan terlalu ghairah menabur amal sehingga keperluan sendiri diabaikan, bila fitnah dating mengundang maka runtuh runtuh segala kebaikan

3. Bermula penyatuan sesama umat adalah dengan melakukan sesuatu kebaikan bersama. Tempat penyatuan yang paling baik adalah di masjid

4. Masjid tempat adalah tempat taubat, ibadat & khidmat masyarakat. Jangan jadikan masjid sebagai memecahbelahkan umat dengan cemburu,dengki & khianat

5. Kata orang arifbillah, mereka yang mempunyai jawatan di dalam masjid tetap tidak mengambil berat tentang aktiviti dan peranan masjid, umpama ular yang memasuki syurga

6. Iblis dan syaitan tidak pernah leka didalam menyesatkan umat Muhammad S.A.W iaitu dengan menggunakan manusia dan keindahan dunia sebagai perantaraan

7. Iblis dan syaitan menggunakan kesukaan dan kelemahan kita untuk menggoda dan menyesatkan. Hanya akal & qolbu(Iman & taqwa) menjadi pendinding kita

8. Tidak ada yang paling mengembirakan syaitan selain dari melihat sepasang suamistri berpisah disebabkan angkaranya

9. Rumahtangga itu ibarat masjid dan pintu gerbangnya adalah permulaan langkah untuk mencari keredhaan ALLAH

10. Mendapat isteri ibarat telah sempurna separuh dari perjalanan agama & yang separuh perlulah dicari bukan berdiam diri menikmati keseronokan suamistri

11. Bermula luntur kewibaan suami kepada isteri adalah dengan mengikut kehendak isteri yang adakalanya baja kepada amarah kehidupan

12. Bersujud syukurlah kepada ALLAH sambil memohon kelengkapan(dakwah), kekuatan(amal), kuasa(darjat-kekuatan/pentadbiran) dan bijaksana(merdeka)

13. Didiklah isteri itu yang bermula dengan meninggalkannya sehari semalam dalam seminggu dengan beriqtiqaf dan beribadat(masjid)

14. Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah dan Syariat, Tariqat, Hakikat, Makrifat itu adalah bahagian-bahagian pentarbiahan dan perjalanan IMAN & ISLAM

15. Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada ALLA, semakin bodoh diri dirasakan, tapi bila berasa sempurna maka itu tanda tipu helah syaitan

16. Suka itu adalah bahan fikir(nafsu), sayang pula sebagai zikir(berdamping), kasih untuk syukur(merasai) & cinta bagi menguji kesabaran(kenikmatan)

17. Bermula fikrah dengan fikir, kerana berfikir datangnya zikir, bila berzikir terserlah kebenaran dan kebenaran itu datangnya dari AL-QURAN

18. Kata bicara penyedap jiwa, ibadat & taubat pembentuk nafsu, keimanan diri membawa taqwa, kebenaran jua menusuk Qolbu(hati)

19. Neraka tempat orang yang berdosa, terasa berdosa jangan berputus asa, bertaubat, berdoa jua berusaha, demi syurga nikmatnya tidak ternilai…

20. Sejauhmana setiap kegagalan itu dihadapi dengan penuh kesyukuran, sejauh itulah ia menjadi wadah untuk meghadapi kejayaan yang akan mendatang


Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..

Selasa, Mac 15, 2011

UMP sharing!!!




KIOSK UMP ON9 STUDENT PRICE!!!

FORMAT LAPTOP & PRINT SERVICE

RM10 FOR FORMAT LAPTOP WITH YOUR SOFTWARE REQUEST IF AVAILABLE

BLACK RM0.10/PAPER 

COLOUR  RM0.20/PAPER

*WINDOWS 7 (x32 & x64bit) WITH SERVICE PACK 1
*INDAHKIAT PAPER 80GSM
*GAMBANG ONLY

INTERESTED???
JUST MSG/PM ME AT frantesi@facebook.com
CAN DEAL PRICE UNTIL YOU SATISFY

Sejak tinggal di UMP ini memang terkenal di sini ada pelbagai laman kongsi fail ataupun 'sharing' antara pc/laptop pengguna(pelajar UMP).'Kemudahan' ini dapat dinikmati jika pengguna menyambung internat dengan kabel LAN.Mereka menggunakan software HFS sebagai salah satu pengantara supaya orang lain dapat memuaturun/'download' fail-fail yang ingin dikongsi.Kelajuan bergantung pada trafik server UMP dan tuan punya laman kongsi itu.Disebabkan ramai yang menggunakannya, ada juga laman sharing mempunyai 'peraturan' sendiri.Contoh, pada ketika itu hanya 10 sambungan muaturun yang dibenarkan sahaja.Lebih daripada itu, kita tidak dapat memuaturunnya.Saya juga berminat untuk mewujudkan laman kongsi ini, malangnya terdapat masalah laptop yang menyebabkan saya tidak dapat melaksanakannya.Harap suatu hari nanti saya dapat mewujudkan laman kongsi ini.Apapun, terima kasih kepada tuan-tuan punya laman kongsi ini yang menyediakan 'perkhidmatan' yang percuma walaupun terdapat kekangan dari segi masa dan tenaga.Harap diteruskanlah oleh pengguna-pengguna yang lain.#tension bile prkataan server bz mncul!! keh3..sekiannn

Syarat pakaian solat bersih, tutup aurat

Penggunaan telekung, berkain pelikat, baju Melayu kebiasaan bagi masyarakat Nusantara

ISLAM mudah dan tidak menyulitkan umatnya. Malah ia meraikan semua bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada pandang nilai yang sama. Kehidupan kini jauh berbeza. Perubahan zaman dengan kehidupan lebih pantas dan luas membuatkan beberapa isu budaya perlu diubah. Masyarakat terutama wanita dilihat lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian membuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat terikat dengan budaya lampau.
Pemakaian telekung adalah struktur keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ia amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadat. Ulama Melayu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadat umat ketika itu. Pemilihan telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur dan bentuk badan. Ini bersesuaian dengan perintah Allah SWT dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat seperti dalam surah al-A’raaf ayat 31 bermaksud : “Hai anak Adam, pakailah perhiasan kamu (pakaian) yang indah di setiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”
Menurut Syeikh Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan, maksud memakai pakaian indah setiap kali memasuki masjid adalah merujuk kepada pakaian ketika solat. Ibnu Hazm pula memahami maksud ‘perhiasan’ di sini adalah menutup aurat.

Imam Ibn Kathir, memetik riwayat Imam Muslim mengatakan ayat ini adalah bantahan atas tindakan orang musyrik yang sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang. Ia juga memberi pengertian lain iaitu disunatkan menghias diri ketika menunaikan solat lebih-lebih lagi pada Jumaat dan Hari Raya. Juga disunatkan memakai wangi-wangian kerana ia termasuk daripada perhiasan.

Malah kita boleh mengenakan pakaian berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa takabbur. Sseperti diberitahu Qatadah yang meriwayatkan daripada Muhammad Ibnu Sirin bahawa sahabat Nabi SAW Tamim ad-Dari pernah membeli rida’ (selendang atau serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan solat dengan mengenakannya.

Ulama Melayu amat bijak membentuk budaya berpakaian yang baik kepada umat Islam di Nusantara. Mereka memilih putih sebagai warna rasmi telekung. Ini bersesuaian dengan sunnah yang disukai Baginda Nabi SAW dalam memilih warna pakaian terbaik. Seperti diriwayatkan daripada Imam Ahmad dari Ibnu Abbas dalam hadis marfu’, Rasulullah SAW bersabda: “Pakailah pakaian berwarna putih. Kerana sesungguhnya ia sebaik-baik pakaian. Dan kafanilah orang yang mati di kalangan kamu dengannya.”
Pembentukan budaya pemakaian telekung membuatkan umat Islam di Nusantara agak janggal memilih pakaian berlawanan dengan adat budaya yang dibentuk sejak sekian lama. Budaya yang baik sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan negatif kepada wanita Islam masa kini yang bergerak aktif dalam kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya itu disalahertikan wanita kini tanpa melihat aspek Islam sebenar.

Disebabkan itu muncul pelbagai alasan tidak munasabah apabila tiba waktu solat. Ada wanita mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat beli belah, tempat kerja dan sebagainya dengan alasan tidak membawa telekung. Ada juga memberi alasan telekung disediakan di masjid atau surau kotor dan berbau.

Sedangkan pemakaian telekung bukan syarat sah solat seseorang wanita. Bagaimana wanita yang berada di luar dari Nusantara? Mereka tidak pernah mengenal telekung. Disebabkan itu, ramai wanita Nusantara pelik dengan pakaian wanita Muslimah di Barat, China, India mahupun Timur Tengah.

Sebenarnya syarat dalam pakaian solat adalah cukup dengan menutup aurat dan bersih daripada sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya solat kita.

Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”

Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih.

Bagi lelaki, kebersihan, kerapian dan wangian menjadikan solat mereka lebih baik pada zahirnya di sisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadapi Pencipta Maha Agung itu memerlukan ketrampilan berbanding berhadapan manusia.

Berpakaian elok tidak semestinya mewajibkan berkain pelekat, berjubah atau baju Melayu. Ada juga yang meninggalkan solat kerana beranggapan pakaiannya kotor dengan peluh, minyak kereta kerana bekerja sebagai mekanik atau kotor dengan lumpur kerana baru pulang dari kebun.

Sedangkan, syarat sah solat ialah pakaian hendaklah bebas najis. Kotor tidak bermaksud ia najis. Seorang dalam keadaan berpeluh selepas bersukan boleh bersolat tanpa menukar pakaian.

Dalam kitab Fathul Bari, karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengambil riwayat daripada Ibnu Hibban mengatakan Muawiyah Abu Sufyan bahawasanya ia bertanya kepada saudara perempuannya (Ummu Habibah): “Apakah Rasulullah pernah solat memakai pakaian yang digunakan ketika berhubungan dengan isterinya?” Ummu Habibah menjawab, “Ya, apabila Baginda tidak melihat sebarang kotoran di pakaian itu.”

Hadis ini menerangkan, selagi pakaian itu tidak jelas najis yang boleh merosakkan solat, maka sah solat. Malah remaja lelaki yang memakai seluar jeans dan berbaju pelbagai warna boleh bersolat tanpa janggal. Islam tidak menyusahkan umatnya melakukan solat. Allah lebih mengetahui keadaan hamba-Nya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Maka solatlah walau di mana anda berada.

KCB - Mencari Ridho Ilahi / Ketika Cinta Bertasbih Meraih Ridho Ilahi 2011



Sambungan KCB Ramadhan Spesel 2010
Sinetron pilihan tuan blog ini..hehe
RMVB | R ~ 608 x 432 | O.U. ~ hadi
MEDIAFIRE!!!
PASSWORD: frantesi.blogspot.com
Dari Sujud Ke Sujud 2011

Ep 01 ~ http://www.mediafire.com/?3iy5lv3hce9u6ri
Ep 02 ~ http://www.mediafire.com/?u7oq17ho5nzwj3q
Ep 03 ~ http://www.mediafire.com/?aden1ohgos8vk29
Ep 04 ~ http://www.mediafire.com/?4wvhock371o8333
Ep 05 ~ http://www.mediafire.com/?mv0cy8ao4lq41jq
Ep 06 ~ http://www.mediafire.com/?3dsjvg3ocl382lc
Ep 07 ~ http://www.mediafire.com/?a6qio4uk6fy84ij
Ep 08 ~ http://www.mediafire.com/?a670ckkj8k6j3ju
Ep 09 ~ http://www.mediafire.com/?9a5kz7gf67n2a08
Ep 10 ~ http://www.mediafire.com/?q97p77p78h2xx1k
Ep 11 ~ http://www.mediafire.com/?mh8a4v0pc6ip8tk
Ep 12 ~ http://www.mediafire.com/?lcav9vds3osvdkq/kualiti youtube+krdit to ajomorten
Ep 13 ~ http://www.mediafire.com/?mafl5br59mraon0(tkr 12 kpd 13)
Ep 14 ~ http://www.mediafire.com/?5fgyq7n5iw97kp9(tkr 13 kpd 14)
Ep 15 ~ http://www.mediafire.com/?2yqkmfub7b7v79q
Ep 16 ~ http://www.mediafire.com/?wx8hwepmy6hbc4q/kualiti youtube+krdit to ajomorten
Ep 17 ~ http://www.mediafire.com/?8fmorq3d6xgcem6
Ep 18 ~ http://www.mediafire.com/?83rd6udc9qsmmf9
Ep 19 ~ http://www.mediafire.com/?l93246g94a9wg1f
Ep 20 ~ http://www.mediafire.com/?o9lby7ojbqxzcwf
Ep 21 ~ http://www.mediafire.com/?27zkdjc0bbdg3pb
Ep 22 ~ http://www.mediafire.com/?cdugr1is2w1q87h
Ep 23 ~ http://www.mediafire.com/?ep53idp1aedt6bd
Ep 24 ~ http://www.mediafire.com/?obvt18eb102z6qj
Ep 25/END ~ http://www.mediafire.com/?wfv86f7rh6lrr4t

Isnin, Mac 07, 2011

Belajar Tajwid Dan Baca Al-Mathurat Digital



Semoga harap anda semua mendapat manfaat apabila menggunakannya.InsyALLAH...

MEDIAFIRE PASSWORD : frantesi.blogspot.com
DOWNLOAD>>HERE

Khamis, Mac 03, 2011

Tafsir Ayat: Akhlak Islam penawar segala masalah, persoalan menimpa umat

FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka." (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dengan tujuan membentuk peribadi sahabat serta pengikutnya yang terdiri daripada pelbagai karakter dan sikap. Dengan panduan ayat ini diharapkan semua matlamat perjuangan dapat dicapai, membuahkan hasil membanggakan dalam waktu singkat.
Setelah ayat ini dihayati dan diterapkan oleh Rasulullah, terbukti hanya dalam tempoh 23 tahun Baginda berhasil membentuk sebuah masyarakat Arab jahiliah sebagai masyarakat yang makmur penuh pelbagai dimensi kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan.
Selaras seruan al-Quran kepada umat Islam supaya menghiaskan diri dengan sifat lemah lembut, maka dalam masa sama umatnya juga diperintahkan supaya menghindarkan diri daripada segala bentuk caci maki, prasangka buruk, tidak menerima pandangan orang lain, apatah lagi perbuatan yang mengakibatkan fitnah memfitnah antara sesama umat.

Menurut Kamus Dewan, lemah lembut didefinisikan sebagai elok perangai, halus budi pekerti, baik hati, berwajah ceria dan berlapang dada. Sifat luhur inilah yang menghiasi peribadi Rasulullah sehingga berjaya menyampaikan kalimah Allah di muka bumi ini.

Apa dihadapi Rasulullah sepanjang perjalanan dakwah selama 23 tahun adalah satu metodologi dakwah yang difardukan kepada umat Islam supaya mereka dapat menyampaikan Islam dengan cara lemah lembut.

Sehubungan itu, Allah memuji sifat Rasulullah atas pendekatan dilakukan dalam berdakwah di samping memerintahkan umat Islam supaya mencontohi sifat serta peribadi terbilang Baginda.
Akhlak terpuji yang dianjurkan Islam supaya umatnya lemah lembut dalam segala urusan kehidupan dengan maksud mengawal kehendak hawa nafsu, perasaan dan emosi daripada menguasai diri seseorang Muslim.

Hawa nafsu, perasaan dan emosi yang tidak terkawal hanya menjurus umat manusia ke arah suasana hidup yang tidak tenteram, institusi keluarga yang porak peranda dan masyarakat yang tidak harmoni.

Jangan pula bersikap keras atau kasar dalam pergaulan seharian kerana orang di sekeliling akan segan untuk menghampiri. Malah, orang ramai akan mula menjauhi. Dalam hal ini, seorang pemimpin yang bersikap kasar dan keras dalam kepemimpinannya, tidak akan berjaya.

Tetapi, seorang pemimpin wajib tegas mempertahankan pendiriannya seperti mana ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiah biarpun tidak dipersetujui beberapa sahabat.

Seorang pemimpin dituntut bersikap lemah lembut terhadap semua rakyatnya tanpa memilih bulu. Pemimpin juga tidak boleh bersikap kasar dan berhati keras semasa menghadapi kerenah dan tuntutan rakyat.

Masyarakat pula hendaklah bersikap lemah lembut sesama mereka, menerima pandangan yang diutarakan dan berusaha menghapuskan bibit permusuhan daripada mengakari. Perbezaan pendapat dan pandangan politik tidak seharusnya menjadi penghalang ke arah mewujudkan kesatuan.

Skop sifat lemah lembut amat luas, tidak terhad dalam konteks hubungan sesama manusia, malah turut membabitkan hubungan sesama makhluk lain.

Untuk mencipta negara yang aman dan masyarakat sejahtera, contoh terbaik daripada Rasulullah dan sahabat sangat relevan untuk dipraktikkan. Akhlak Islam adalah penawar bagi segala masalah dan persoalan menimpa umat Islam.