Petikan Bharian |
KUALA LUMPUR: Polis menemui 13 lagi bayi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia dijual antara RM8,000 hingga RM21,000 yang didalangi sebuah hospital swasta di Jalan Ipoh, sejak menumpaskan sindiket berkenaan pada November lalu. Penemuan lapan bayi perempuan dan lima lelaki oleh Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman menerusi Ops Pintas Sayang itu adalah hasil kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas menemui seorang bayi lelaki dan perempuan ketika serbuan ke hospital itu tahun lalu.
#Dasyat betul sampai bayi pon diperdagangkan.Angkara duit dan ibubapa yang mahu anak 'ekspres'..nauzubillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan