Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Khamis, Februari 12, 2009

SALAH SIAPA???

Di sebuah kampung yang aman permai, tinggallah suami isteri hidup bahagia. Walaupun mereka tidak mempunyai harta yang banyak, kehidupan tetap diteruskan seperti hari-hari biasa. Pada suatu hari, apabila sisuami pulang dari kebun dan isterinya berkata ,“Sampai bilalah kita mahu hidup seperti ini. Mempunyai banyak harta dan hidup senang-lenang macam orang-orang kaya yang lain. Jikalau Nabi Adam tidak termakan pujukan isterinya Hawa untuk makan buah khuldi pasti semua umat manusia tinggal di syurga , betulkan suamiku?”. Jawab si suami “ Itukan sudah takdir ALLAH. Memang benar katamu, kalau Nabi pertama itu tidak makan buah yang terlarang kita tidak perlu lagi bersusah-payah hidup di dunia ini. Manusiakan tidak terlepas dari buat kesalahan termasuklah dari kalangan para nabi dan rasul. Sebab itulah kita sentiasa memohon ampun kepada ALLAH agar dosa-dosa kita dihapuskan. ALLAH menurunkan Nabi Adam dan Hawa ke dunia untuk mereka bertaubat dan menjadi khalifah di muka bumi. Akhirnya, ALLAH mengampunkan dosa-dosa mereka setelah mereka bertaubat berpuluh-puluh tahun”. Sambungnya lagi, “ Kita kalau hendakkan kesenangan bukan boleh datang bergolek-golek, tetapi kalau kita bersyukur dengan rezeki yang ALLAH beri, insyallah ALLAH akan menambahkannya lagi”. “Baiklah suamiku”, balas isterinya apabila mendengar kata-kata sumainya tadi dengan tersenyum.

Keesokan harinya , datang utusan sultan di Negara mereka ke rumah suami isteri itu. Mereka berdua membuka pintu rumah lalu, si suami bertanya kepada utusan tersebut , “ Apa hajat kamu(utusan sultan) datang ke rumah saya?”. Utusan sultan itu menjawab , “ Kami diutuskan sultan untuk kamu berdua menyimpan barang amanah sultan. Sultan sendiri akan mengambil semula barang itu dalam masa berminggu-minggu lagi daripada kalian berdua,”. “Apakah barang itu?. Kami sudi menjaga barang amanah sultan”, si isteri bertanya dengan ingin rasa tahu. Utusan sultan menjawab , “ Kalian berdua hanya perlu menjaga hidangan ini dan ingat! jangan sekali-kali membuka penutup hidangan tersebut”. “Hanya sultan sahaja boleh membuka hidangan ini”, tambahnya lagi sambil menunjukkan hidangan itu kepada suami isteri itu. “ Kalau begitu , kami sudi menjaga barang amanah itu dan mengikuti larangan sultan”, kata suami ketika memegang dulang hidangan tersebut dengan perasaan gembira.

Hari ke sehari mereka berdua melihat hidangan tersebut dengan perasaan ingin tahu yang memuncak. Mereka mahu tahu apa benda yang tersembunyi di bawah penutup hidangan sampai hanya sultan sahaja yang boleh dibenarkan membuka penutup tersebut. Lama-kelamaan si isteri menyuruh suaminya membuka sekejap sahaja penutup hidangan itu. Suaminya mengingatkan si isteri kena akur arahan sultan. Tetapi si isteri tetap memujuk suami dengan anggapan dalam penutup hidangan cuma ada makanan sahaja. Tiba-tiba , suami termakan rayuan si isteri dan bersetuju mungkin dalam penutup hidangan itu hanyalah makanan. Tidak salah kalau dia membuka sekejap sahaja. Lalu , mereka berdua sama-sama membuka penutup hidangan tersebut. Tidak semena-mena seekor burung terbang keluar dari dulang itu , dan terus terbang bebas keluar dari tingkap yang berdekatan. Mereka begitu terkejut dan tidak tahu hendak buat apabila sultan datang kembali untuk menuntut kembali hidangan tersebut. Mereka betul-betul panik!!!. Ketika itulah si isteri teringat katanya yang beberapa hari lalu tentang kisah Nabi Adam. Dia betul-betul menyesal akibat kesalahan yang dilakukannya………….

Itulah sahaja kisah pada kali ini, saya tinggalkan pembaca dengan kata-kata hikmah ini=
“carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kautemui lagi, kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati Mati. Jika kau tidak ketemui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, minta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu , kau tidak mempunyai hati lagi”


11 February 2009

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perghh!!
baik punye crite~

Biskoot berkata...

artikel bagus. keep on posting.

Tanpa Nama berkata...

Arif. Sejak bila ko pandai dalam bidang penulisan ni... Cayalah... Teruskan usaha..

Tanpa Nama berkata...

astaghfirullah,.mintak djauhkan dr tade hati,.yoshh!!sentiasa ade hati,.teehee :D