Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Khamis, Februari 26, 2009

KISAH RATU BALQIS DI ISTANA KRISTAL NABI SULAIMAN

Dikabarkan utusan ratu Balqis baru pulang dari istana Nabi Sulaiman . Tertarik dengan cerita utusannya yang mengatakan istana Nabi Sulaiman besar lagi indah , dia ingin sekali pergi ke sana . Tetapi , sebelum dia pergi ke sana dia menyuruh khadamnya membuat hadiah kepada Nabi Sulaiman berbentuk bongkah dari kristal untuk menunjukkan kekayaan kerajaannya . Setelah siap bongkah kristal baru rombongan ke istana Nabi Sulaiman yang diketuai sendiri Ratu Balqis bergerak . Sebenarnya , Nabi Sulaiman sudah tahu kedatangan Ratu Balqis melalui burung utusannya . Jadi , Nabi Sulaiman menyuruh jin-jin mengindahkan istananya dengan kristal-kristal yang bersinar-sinar dan sengaja mengosongkan satu bahagian istana kristalnya dengan sama saiz bongkah kristal yang akan diberi Ratu Balqis nanti .
Tibalah kedatangan rombongan Ratu Balqis dengan hadiah bongkah kristal itu . Pertama kali Ratu Balqis menjejak kaki lantai istana kristal itu , terasa memijak atas air yang sejuk padahal yang dipijak itu lantai kristal yang begitu jernih . Apabila Ratu Balqis sudah masuk ke singgahsana Nabi Sulaiman , Ratu Balqis terus jumpa Raja di istana itu iaitu Nabi Sulaiman . Ratu Balqis bagilah hadiah bongkah kristal dengan harapan menunjukkan kekayaan kerajaannya kepada Nabi Sulaiman . Nabi Sulaiman mengambil bongkah kristal itu dengan senyuman . Selepas itu , Nabi Sulaiman menyuruh jin meletakkan bongkah kristal itu di tempat yang sengaja disediakan . Setelah diletakkan bongkah itu , dengan perasaan malu dan terkejut Ratu Balqis terkesima dengan kekayaan harta kerajaan Nabi Sulaiman . Nabi Sulaiman berkata : semua kekayaan ini datang dari ALLAH dan kita wajib beriman kepada-Nya . Barulah Ratu Balqis sedar akan kesilapannya dan terus beriman dengan ALLAH didepan Nabi Sulaiman sendiri…………..

PERIHAL ROH DAN JASAD KETIKA HARI PEMBALASAN

Diceritakan ketika hari pembalasan , roh dan jasad saling menyalahkan masing-masing akibat melakukan dosa ketika hidup di dunia . Jasad berkata kepada roh , “ Kalau kau tidak memikirkan perbuatan dosa dan menyuruh melakukannya pasti aku tidak akan melakukan larangan ALLAH”.
Balas roh dengan perasaan marah , “ Aku hanya memikirkan sahaja tetapi kenapa kau tetap buat? Salah kaulah , kerana kau yang melakukannya!”. ALLAH sedar keadaan itu lalu menerangkan : Kamu berdua aku jadikan saling bergantungan dalam insan ketika hidup di dunia dahulu . Jasad aku jadikan ibarat orang buta dan memerlukan bimbingan dari orang yang celik . Lalu aku jadikan roh ibarat orang yang lumpuh tetapi tidak buta . Di dunia , insan itu ibarat orang buta mendukung orang lumpuh dan setiap arahan dari orang celik pasti diikuti orang yang buta tanpa rasa ragu-ragu…………………

NELAYAN DAN SAINTIS

Dalam perjalanan ke sebuah pulau peranginan , seorang nelayan yang mengemudi bot itu sedang membawa seorang penumpang berkerjaya sebagai saintis. Lalu mereka berborak-borak untuk menghilangkan rasa bosan ketika pelayaran itu =
Saintis : Pakcik dah lama menjadi nelayan ni?
Nelayan : Agak lama nak…Lebih kurang 40 tahun. Sejak pakcik dari remaja lagi….
Saintis : Lama tu pakcik. Mesti dah biasa ulang-alik ke pulau ni.
Nelayan : Pada mulanya , pakcik ni hanya nelayan biasa je. Tangkap ikan di pesisir pantai .
Tetapi bila pulau tu da jadi pulau peranginan , pelancong pun semakin ramai ke pulau
tu . Kiranya kerja sampingan selain menangkap ikan . Cari rezeki untuk anak-anak .
Saintis : Bagus tu pakcik . Saya nak tanya pakcik sesuatu la . Pakcik tahu tak apa yang
terkandung dalam air laut ni yang pakcik lihat hari-hari ni?
Nelayan : Manalah pakcik tahu nak . Yang pakcik tahu air laut ni banyak garam . Kan masin.
Lagipun penting sangatkah pakcik tahu pasal air laut ni?
Saintis : Penting pakcik . Air sendiri terdiri dari dua unsur . Hidrogen dan oksigen .
Kalau dalam air laut ada unsur tambahan yang dalam ilmu kimia dipanggil natrium
klorida . Sebab itulah rasa air laut ni masin .
Nelayan : Tak pe lah . Biar nak je la yang tau . Nak kan kerja sebagai saintis . Mestilah tahu kalau
pasal benda-benda ni . Kalu pakcik tau pun , tidak penting dalam pekerjaan pakcik ni.

Tiba-tiba laut bergelora dan bot mereka melambung-lambung . Akhirnya , bot tenggelam.

Saintis : Pakcik tolong saya! Saya tidak pandai berenang……
Nelayan : Pakcik tahu satu ilmu yang penting . Iaitu berenang . Boleh selamatkan nyawa pakcik .
Ilmu sains nak tu boleh selamatkan nyawa nak sekarang ke?

Selepas itu nelayan pergi berenang meninggalkan saintis itu terkapai-kapai……..

Cerita ini menggambarkan akibat kalau rasa megah tentang ilmu yang kita ada . Ilmu itu sepatutnya dikongsi-kongsi bukan untuk rasa berbangga-bangga. Supaya semua orang mendapat faedah masing-masing……

KOLEKSI HADIS-HADIS , PETIKAN QURAN DAN KATA- KATA MUTIARA v.002

KOLEKSI HADIS-HADIS , PETIKAN QURAN DAN KATA- KATA MUTIARA v.002

1. Bahawa hukuman rejam yang ada dalam kitab Allah itu mesti dilaksanakan keatas penzina yang berkahwin sama ada lelaki atau perempuan apabila ada bukti sahih –(h. Muslim)
2. Siapa yang membelanjakan sepasang kuda , unta atau sebagainyauntuk digunakan di sisi Allah, maka namanya diseru dalam Syurga : Ya hamba Allah , pintu ini adalah lebih baik – (h. Muslim)
3. Berinfaqlah iaitu berbelanjalah atau bersedekahlah dan jangan mengungkit-ungkitnya kerana Allah akan menghitung nikmat-Nya ke atas kamu – (h. Muslim)
4. Kiranya anak Adam itu mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga . Padahal yang memenuhi perut anak-anak Adam hanyalah kubur-kuburnya – (h. Muslim)
5. Aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda : Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa – (h. Muslim)
6. Rasulallah s.a.w bersabda : Perkara yang pertama sekali akan diadili dari kalangan manusia pada Hari Kiamat kelak ialah perkara yang berkaitan dengan darah – (h. Muslim)
7. Seorang yang mengaku keturunannya selain daripada ayahnya dan ia mengetahui , pastilah ia kafir iaitu ingkar nikmat dan kebaikan , tidak memenuhi hak Allahdan ayahnya – (h. Muslim)
8. Wahai anak muda ! bacalah Basmalah(bismillahirrahmani……) , makanlah dengan tangan kanan dan mulakan dengan makanan yang terdekat denganmu – (h. Muslim)
9. Setiap kali ada pembunuhan yang zalim, maka putera Nabi Adam yang pertama itu akan dapat bahagian dosanya kerana dialah orang pertama melakukan pembunuhan – (h. Muslim)
10. Nabi S.A.W memutuskan kepada wanita yang memukul wanita yang telah memukul wanita yang lain sehingga gugur janinnya itu untuk membayar diat yang berupa seorang hamba lelaki atau perempuan – (h. Muslim)
11. Sesungguhnya Rasulallah s.a.w pernah memotong tangan seorang yang mencuri sebuah perisai yang bernilai sebanyak 3 dirham – (h. Muslim)
12. Apabila seorang hamba perempuan milik seorang antara kamu berzina dan telah terbukti , maka hukumlah dia dengan merotannya dan janganlah kamu memakinya – (h. Muslim)
13. Jangan kamu ambil 2 biji kurma sekaligus kerana Nabi telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya – (h. Muslim)
14. Sesiapa yang mempunyai makanan untuk 2 orang , dia hendaklah mengajak orang ketiga dan sesiapa yang mempunyai makanan untuk 4 orang , dia hendaklah orang yang kelima dan ke-6 – (h. Muslim)
15. Rasullah s.a.w telah bersabda : Makanan dua orang itu mencukupi untuk 3 orang , manakala makanan untuk 3 orang mencukupi untuk empat orang – (h. Muslim)
16. Aku tidak pernah lihat Jibril dalam bentuk asalnya kecuali 2 kali iaitu tika dia turun dari langit dalam keadaan yang amat besar hingga penuh antara langit dan bumi – (h. Muslim)
17. Sesiapa yang mahu dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim – (h. Muslim)
18. Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat – (h. Muslim)
19. (orang-orang kafir itu) Allah telah menutup hati mereka(dari hidayah) dan pada penglihatan dan pendengaran mereka juga ada penutup(dari kebenaran) – (Al-Baqarah : 7)
20. Tidaklah digolongkan dalam orang muslim itu mereka yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua – (h. Bukhari)
21. Wahai manusia bertaubatlah dan pohonlah ampun kepada Allah dan sesungguhnya aku(Nabi) bertaubat 100 kali sehari – (h. Bukhari)

Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..

Isnin, Februari 16, 2009

Rakan BH(berita harian)



Haa, ini pertama kali sms saya disiarkan dalam ruangan SMS Rakan BH. Minta maaf kalau kurang jelas.Apa yang saya tulis: "harap ada stesyen televisyen tempatan terbitkan program asal usul setiap negeri agar semangat patriotikrakyat dapat diperkukuh!". Mengikut perkembangan semasa ada beberapa pihak cuba 'cemar' institusi raja. Mungkin mereka lupa sejarah tanah air sendiri? atau ada kepentingan lain? Wallahu'alam......

KOLEKSI HADIS-HADIS DAN KATA-KATA MUTIARA v.001

1. Anakku lahir , lalu aku membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W, lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma – (h. Muslim)
2. Rasulallah S.A.W bersabda: Sesiapa yang mengadakan sesuatu dalam urusan agama yang tidak terdapat dalam agama maka dengan sendirinya ia akan tertolak – (h. Muslim)
3. Jika aku memiliki emas sebanyak Bukit Uhud & diadakan kepadaku lagi gunung yang lain, di samping itu aku memiliki 1 dinar , yang kusuka hanyalah 1 dinar untuk membayar hutang – (h. Muslim)
4. Sedekah tidak dikira kecuali dari hasil atau harta yang baik. Allah tidak terima sedekah kecuali dari hasil yang baik & sudah pasti Allah akan terima walaupun sebiji kurma – (h. Muslim)
5. Aku mendengar Nabi bersabda: Siapa antara kamu yang mampu membuat pendinding iaitu penghalang azab Neraka walaupun hanya dengan sebelah buah kurma lakukanlah – (h. Muslim)
6. Apakah sedekah paling utama ? Nabi bersabda : Kau bersedekah tika kau masih sihat & harta tersebut masih disayangi, kau takut menjadi fakir & bercita-cita untuk menjadi kaya – (h. Muslim)
7. Anak Adam menjadi tua , tetapi ada dua perkara daripadanya yang akan menjadikannya semakin muda iaitu : Tamak kepada harta dan tamak kepada umur – (h. Muslim)
8. Tika Rasulullah berdiri solat , Umamah puteri Zainab yang bapanya Abi Al-As bin Ar-Rabi digendong oleh Nabi & tika baginda sujud , Umamah akan diturunkannya – (h. Muslim)
9. Apabila anjing menjilat air yang berada dalam bekas salah seorang daripada kamu , hendaklah dituangkan air tersebut lalu basuhlah iaitu samaklah sebanyak 7 kali – (h. Muslim)
10. Sabda Nabi S.A.W : Allah melaknati seorang pencuri yang mencuri telur maka dipotong tangannya , kemudian dia mencuri tali lalu dipotong tangannya – (h. Muslim)
11. Bahawa hukuman rejam yang ada dalam kitab Allah itu mesti dilaksanakan ke atas penzina yang berkahwin sama ada lelaki ataupun perempuan apabila ada bukti sahih – (h. Muslim)
12. Setahun ada 12 bulan, 4 darinya bulan Haram (dilindungi) : Zulhijjah, Zulqaedah, Muharram, & Rejab – (Bukhari)
13. Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan puasa Muharam, sebaik-baik solat selepas 5 waktu solat malam (tahajjud) – (H. Muslim)
14. Berpuasalah pada hari Asyura(10 Muharam), sehari sebelum dan sehari selepas. Bezakan cara puasa kita dengan (cara puasa) yahudi – (H. Ahmad)
15. Nabi S.A.W berpuasa 10 Muharam, 9 Zulhijjah, 3 hari dalam sebulan serta puasa Isnin & Khamis – (H. Nasai’)
16. Sebaik-baik sahabat ialah orang yang paling baik akhlaknya terhadap sahabatnya – (H. Tirmizi)
17. Hendaklah dikalangan kamu punyai lidah yang terus bezikir, hati yang bersyukur & isteri solehah yang dapat memberi pertolongan dalm urusan akhirat – (H. Tirmizi)
18. Sesungguhnya Allah Azzawajalla menerima taubat seorang hamba selagi mana roh(nyawa)nya belum sampai ke kerongkong – (H. Muslim)
19. Peniaga yang jujur & amanah akan bersama-sama para nabi, siddiqin & para syuhada’ pada hari kiamat – (H. Tirmizi)
20. Apabila bertemu 2 orang muslim lalu bersalaman keduanya sebelum mereka berpisah – (H. Abu Daud)
21. Bacalah Quran, sesungguhnya Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi Syafa’at(penyelamat dari neraka) kepada pembacanya – (H. Muslim)
22. Orang mukmin itu, segera solat bila sampai masa, solatnya khusyuk, kata-katanya penawar, sabarnya taqwa, diamnya berfikir & pandangannya iktibar. – (Hasan Basri)
23. Janganlah kamu berteman, kecuali dengan orang-orang yang beriman. Apabila kamu lupa kepada Allah, dia bersedia mengingatkan engkau, dan apabila engkau berzikir kepada Allah, maka dia akan membantu engkau.
24. Jika kau mencintai manusia, belum tentu manusia itu mencintai kamu tetapi jika kau mencintai Allah, pasti berkali-kali ganda Allah mengasihi kamu.


Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..

Khamis, Februari 12, 2009

SALAH SIAPA???

Di sebuah kampung yang aman permai, tinggallah suami isteri hidup bahagia. Walaupun mereka tidak mempunyai harta yang banyak, kehidupan tetap diteruskan seperti hari-hari biasa. Pada suatu hari, apabila sisuami pulang dari kebun dan isterinya berkata ,“Sampai bilalah kita mahu hidup seperti ini. Mempunyai banyak harta dan hidup senang-lenang macam orang-orang kaya yang lain. Jikalau Nabi Adam tidak termakan pujukan isterinya Hawa untuk makan buah khuldi pasti semua umat manusia tinggal di syurga , betulkan suamiku?”. Jawab si suami “ Itukan sudah takdir ALLAH. Memang benar katamu, kalau Nabi pertama itu tidak makan buah yang terlarang kita tidak perlu lagi bersusah-payah hidup di dunia ini. Manusiakan tidak terlepas dari buat kesalahan termasuklah dari kalangan para nabi dan rasul. Sebab itulah kita sentiasa memohon ampun kepada ALLAH agar dosa-dosa kita dihapuskan. ALLAH menurunkan Nabi Adam dan Hawa ke dunia untuk mereka bertaubat dan menjadi khalifah di muka bumi. Akhirnya, ALLAH mengampunkan dosa-dosa mereka setelah mereka bertaubat berpuluh-puluh tahun”. Sambungnya lagi, “ Kita kalau hendakkan kesenangan bukan boleh datang bergolek-golek, tetapi kalau kita bersyukur dengan rezeki yang ALLAH beri, insyallah ALLAH akan menambahkannya lagi”. “Baiklah suamiku”, balas isterinya apabila mendengar kata-kata sumainya tadi dengan tersenyum.

Keesokan harinya , datang utusan sultan di Negara mereka ke rumah suami isteri itu. Mereka berdua membuka pintu rumah lalu, si suami bertanya kepada utusan tersebut , “ Apa hajat kamu(utusan sultan) datang ke rumah saya?”. Utusan sultan itu menjawab , “ Kami diutuskan sultan untuk kamu berdua menyimpan barang amanah sultan. Sultan sendiri akan mengambil semula barang itu dalam masa berminggu-minggu lagi daripada kalian berdua,”. “Apakah barang itu?. Kami sudi menjaga barang amanah sultan”, si isteri bertanya dengan ingin rasa tahu. Utusan sultan menjawab , “ Kalian berdua hanya perlu menjaga hidangan ini dan ingat! jangan sekali-kali membuka penutup hidangan tersebut”. “Hanya sultan sahaja boleh membuka hidangan ini”, tambahnya lagi sambil menunjukkan hidangan itu kepada suami isteri itu. “ Kalau begitu , kami sudi menjaga barang amanah itu dan mengikuti larangan sultan”, kata suami ketika memegang dulang hidangan tersebut dengan perasaan gembira.

Hari ke sehari mereka berdua melihat hidangan tersebut dengan perasaan ingin tahu yang memuncak. Mereka mahu tahu apa benda yang tersembunyi di bawah penutup hidangan sampai hanya sultan sahaja yang boleh dibenarkan membuka penutup tersebut. Lama-kelamaan si isteri menyuruh suaminya membuka sekejap sahaja penutup hidangan itu. Suaminya mengingatkan si isteri kena akur arahan sultan. Tetapi si isteri tetap memujuk suami dengan anggapan dalam penutup hidangan cuma ada makanan sahaja. Tiba-tiba , suami termakan rayuan si isteri dan bersetuju mungkin dalam penutup hidangan itu hanyalah makanan. Tidak salah kalau dia membuka sekejap sahaja. Lalu , mereka berdua sama-sama membuka penutup hidangan tersebut. Tidak semena-mena seekor burung terbang keluar dari dulang itu , dan terus terbang bebas keluar dari tingkap yang berdekatan. Mereka begitu terkejut dan tidak tahu hendak buat apabila sultan datang kembali untuk menuntut kembali hidangan tersebut. Mereka betul-betul panik!!!. Ketika itulah si isteri teringat katanya yang beberapa hari lalu tentang kisah Nabi Adam. Dia betul-betul menyesal akibat kesalahan yang dilakukannya………….

Itulah sahaja kisah pada kali ini, saya tinggalkan pembaca dengan kata-kata hikmah ini=
“carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kautemui lagi, kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati Mati. Jika kau tidak ketemui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, minta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu , kau tidak mempunyai hati lagi”


11 February 2009

Al-Quran tidak hangus



KANGAR 11 Feb. - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menjumpai senaskhah al-Quran yang masih berada dalam keadaan baik walaupun semua barangan di sebuah bilik musnah dalam kebakaran di Taman Seroja di sini awal pagi ini.

Hakimi Harun, 49, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas memeriksa sebuah bilik tingkat atas rumahnya yang terbakar awal pagi ini.

''Pada mulanya saya bersama isteri, Rasila Saad ke tingkat atas rumah untuk mencari kemungkinan ada barangan yang boleh digunakan selepas terbakar.

"Kami menjumpai senaskhah al-Quran yang tidak musnah dalam kebakaran itu sedangkan semua buku dan peralatan lain di bilik yang sama musnah sama sekali," katanya di sini hari ini.

Hakimi percaya kejadian itu merupakan tanda keagungan Allah SWT yang ditunjukkan terhadap kitab suci umat Islam.

Safiyah membunuh musuh Islam

SAFIYAH binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad. Ayahnya, Abdul Mutalib bin Hasyim adalah pemimpin kaum Quraisy yang disegani. Dia adalah adik kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar 'Singa Allah' dan digeruni oleh pihak musuh Islam.

Safiyah melibatkan diri dalam perang mengikut batasan-batasan yang dibenarkan oleh Islam. Dalam Perang Uhud, Safiyah dan wanita Muslimah membantu tentera Islam yang berperang dengan memberikan air minuman dan merawat mereka yang luka.

Pada awalnya, tentera Islam meriah kemenangan. Namun kemudian mereka ingkar perintah Nabi lalu turun dari Bukit Uhud bagi mendapatkan harta rampasan perang. Apabila pihak musuh melihat hanya tinggal seorang dua tentera Islam yang mengawal Bukit Uhud, mereka berpatah balik menyerang tentera Islam semula.

Akibatnya, tentera Islam mengalami kekalahan mengejut sehingga ramai tentera Islam lari menyelamatkan diri daripada dibunuh pihak musuh.

"Mengapa kamu semua lari dari medan perang dan meninggalkan Rasulullah seorang diri," jerit Safiyah dengan mengangkat tombak di tangan. Beliau mengarah kepada tentera Islam yang melarikan diri.

Namun, tiada seorang tentera Islam yang mempedulikan jeritan Safiyah dan terus lari meninggalkan medan peperangan. Hanya beberapa pahlawan Islam bergadai nyawa menyelamatkan Nabi daripada kepungan tentera pihak musuh. Hamzah terbunuh dalam perang ini dan berita kematiannya sampai ke telinga Safiyah.

"Suruh ibu kamu pulang ke rumah supaya dia tidak sedih dan terkejut melihat keadaan mayat ayah saudara kamu yang diperlakukan dengan kejam," kata Nabi kepada Zubir apabila mengetahui Safiyah sedang menuju ke tempat jasad tentera-tentera Islam yang dikumpulkan untuk dikebumikan.

"Nabi meminta ibu pulang ke rumah." Zubir menyampaikan pesanan nabi apabila bertemu dengan ibunya.

"Ibu sudah mengetahui tentang keadaan mayat ayah saudara kamu. Insya-Allah, ibu dapat bersabar dan tabah melihat mayatnya sebelum dia dikebumikan," balas Safiyah dengan nada tenang.

Sifat kepahlawanan Safiyah terserlah dalam perang Khandak. Apabila Nabi dan angkatan tentera Islam keluar dari kota Madinah bagi menentang pihak musuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dalam satu rumah sebagai benteng pertahanan. Hasan bin Thabit, penyair pada zaman itu ditugaskan bagi melindungi rumah itu daripada bahaya.

"Saya mahu pergi mengintip rumah yang menjadi benteng pertahanan pihak Islam. Seandainya tidak ada kaum lelaki di dalam rumah itu, kita dapat serang dan menangkap semua kaum wanita dan kanak-kanak bagi dijadikan tebusan. Sudah tentu tentera Islam yang berjuang di luar itu mengaku kalah," kata ketua kaum Yahudi keturunan Quraizah kepada pengikutnya.

"Kami akan menunggu di bawah benteng ini dan menunggu arahan tuan," balas pengikutnya yang bersetuju dengan cadangan ketua mereka.

"Saya melihat ada seorang Yahudi yang sedang mundar-mandir rumah kita. Saya bimbang sekiranya dia perisik kepada orang Yahudi berketurunan Quraizah," komen Safiyah kepada Hasan yang masih duduk mendiamkan diri.

"Saya minta kamu keluar dari rumah ini dan bunuh Yahudi itu sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita semua," pinta Safiyah kepada Hasan yang belum menunjukkan apa-apa reaksi.

"Kamu sahajalah keluar dan bunuh Yahudi itu," balas Hasan dengan muka bersahaja.

"Kamu lupa saya ini adalah seorang wanita." Safiyah mengingatkan statusnya kepada Hasan apabila mendengar kata-kata Hasan itu.

"Safiyah, saya hanya penyair dan bukannya pahlawan. Seandainya saya pahlawan, sudah tentu saya mengikuti Nabi ke medan peperangan," Hasan mendedahkan perkara sebenar tentang dirinya.

"Sekiranya begitu, biar saya mencari jalan lain bagi menghapuskan Yahudi itu." Safiyah kecewa dengan jawapan Hasan itu.

Dia mencari sebatang kayu yang paling keras dan keluar dari rumah itu dengan penuh berhati-hati. Safiyah berjalan perlahan-lahan mencari orang Yahudi yang mengelilingi rumah itu.

Apabila dia berjaya menemuinya, dia memukul kepala Yahudi itu dengan kuat sehingga Yahudi itu rebah menyembah bumi.

"Saya sudah bejaya membunuh Yahudi itu. Sekarang, kamu pergi ambil barang-barang yang ada pada mayat Yahudi itu," kata Safiyah kepada Hasan.

"Mengapa kamu tidak mengambil barang-barangnya selepas kamu membunuhnya tadi?" tanya Hasan dengan pantas.

"Tidak manis sekiranya saya mengambil barang-barang daripada badan seorang lelaki," balas Safiyah dengan nada sindiran.

"Saya tidak memerlukan barang-barang Yahudi itu. Kamu sahajalah ambil barang-barangnya," Hasan menolak permintaan Safiyah itu.

Safiyah yang kecewa dengan kata-kata Hssan, keluar sekali lagi dari rumah itu. Dia menghampiri mayat Yahudi itu. Dia mencampakkan Yahudi itu ke bawah benteng itu.

"Lebih baik kita beredar dari sini. Saya rasa Rasulullah sudah menempatkan beberapa pahlawan Islam bagi melindungi kaum wanita dan kanak-kanak di rumah itu," lapor salah seorang Yahudi Bani Quraizah.

"Lihat buktinya sekarang!" kata salah seorang pengikut mereka apabila melihat mayat ketua mereka di bawah benteng.

"Mungkin benar kata kamu. Lebih baik kita melarikan diri sebelum kita menjadi mangsa pahlawan Islam," ajak seorang lagi pengikut kaum Yahudi yang mula melarikan diri.

Safiyah adalah wanita Islam pertama yang berjaya membunuh musuh Islam. Dia tidak gentar walaupun tiada seorang lelaki pun yang membantunya semasa menghadapi Yahudi itu.

Budaya Hari Kekasih bercanggah syariat Islam



Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian

TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam."

Buku Elak Sambut Valentine's Day terbitan Jakim membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.

Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.

Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration,org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan � indeks Saint Valentine's Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: 'sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.'

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)