Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Isnin, Mei 28, 2012

Cuba Google + Hangout Pada Facebook Dengan Oovoo


Google+ hangout is one of the impressive feature on Google+, which allows you to start a multi-user video conferencing with your friends. Facebook has also the video chat feature , but you can use it one on one only, That means you can start video chat with one friend only at a time.
Now you can enjoy the same Google+ hangout feature on your Facebook with Oovoo, Oovoo allows users to hold up video chats with up to 12 people at a same time. Oovoo is a free app available for Windows, MAC, iPhone and Android users.
With the Free Oovoo app you can also record the video conversation with your friends and upload them to YouTube, Facebook and Twitter. To start the multi-user video conferencing on Facebook you have to download and install the app on your Windows PC or MAC.
Try Google+ Hangout Feature On Facebook With Oovoo

How to start the multi-user video conferencing on Facebook with Oovoo
Step 1. Download the Oovoo app from here and install on your desktop to start 12-way video chat to hang out with your friends and stay close to family.
Step 2. After the installation, run the app form your desktop. Now you can login the app with your Facebook Login ID o get the list of all your facebook friends on the app.
ooVoo Facebook Login
ooVoo Facebook Login
Step 3. When you log in to ooVoo with your Facebook ID you will be able to see and chat with your FB friends.
Facebook Friends on ooVoo
Facebook Friends on ooVoo
Step 4. Now you are ready for the Video chat up to twelve friends, family members or colleagues at the same time – with video quality that’s like being face-to-face in the same room. Also you can record your ooVoo Video chats to create instant memories and save your video chats as AVI, FLV or HTML embedded video.
It has one more interesting feature Call link, With this, you can send a chat invitation to your friends through email, text or social media. The person sent the invitation needs only click on the link and they are taken to a Web based version of Oovoo to join the chat immediately.

Jumaat, Mei 25, 2012

Khutbah Jumaat: Akhlak belia paparan imej negara masa depan


PATRIOTISME ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Ia membawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan tanah air. Dalam Bahasa Arab ia diwakili dengan perkataan wataniah. Jika ditinjau dari sudut pandangan Islam, ia dihubung kait dengan sifat cintakan tanah air. 

Rasulullah SAW sebagai pemimpin umat dan ketua negara memberi penekanan khusus membimbing belia dengan cara menggesa mereka berakhlak mulia, taat beribadah kepada Allah, taat kepada pemimpin dan mencintai negara.
Bimbingan ini akan menentukan belia menjadi pemimpin masa depan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.” (Hadis riwayat Ahmad)
Patriotisme bukanlah satu ideologi tetapi semangat dan gagasan mendidik serta memberi kefahaman kepada manusia supaya mencintai kehidupan dan tanah air. Manusia perlu membina semangat patriotik untuk menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat. 

Membina semangat patriotisme ini, berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Berasaskan dalil al-Quran dan hadis, ulama sepakat mengatakan taat kepada pemerintah fardu kepada setiap Muslim, manakala menderhaka adalah satu dosa besar. 

Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya: “Tiga golongan Allah SWT tidak menegurnya pada hari kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak membersih dosa mereka dan mereka menerima azab yang pedih, seorang yang mengaku setia kepada pemerintah, ia berbuat demikian kerana keduniaan, jika diberi ia tunaikan kesetiaannya tetapi jika tidak diberi, ia menderhaka.” (Hadis riwayat al-Bukhari) 

Golongan belia penting dalam membawa perubahan daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, mundur kepada maju dan terbaik kepada cemerlang. 
Tokoh ulama semasa yang berpengaruh, Syeikh Yusof Al-Qaradhawi berkata: “Apabila kita hendak melihat wajah sesebuah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Jika golongan muda hari ini adalah daripada kalangan berakhlak, tentunya sesebuah negara itu akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.” 

Kebangkitan golongan belia akhir-akhir ini amat menggembirakan namun ada juga kes yang mana idealisme kebebasan dan hak diperjuangkan mereka perlu diberi arah tujuan selaras prinsip Islam. 
Kegelojohan menyuarakan pandangan dan memperjuangkan hak menyebabkan ada segelintir mereka terjebak aktiviti ekstrim, demonstrasi jalanan, melakukan kekacauan dan huru-hara. 

Golongan belia sebenarnya mempunyai idealisme tetapi pada masa sama masih mentah pengalaman hidup dan terbawa-bawa dengan jiwa muda bergelora. Ingatlah, Islam telah menetapkan setiap insan tidak memiliki kebebasan hakiki, bahkan setiap tindak-tanduknya dibimbing oleh prinsip dan peraturan ditetapkan syarak yang bersumberkan wahyu Allah SWT. 

Manusia yang baik menurut pandangan Islam ialah orang yang hidup menggunakan sepenuhnya potensi diri untuk memajukan keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Generasi belia patriotik inilah yang menjadi cita-cita negara untuk membentuk tamadun Islam dihormati dan disegani masyarakat dunia. 

Firman Allah yang bermaksud: “Ingatkanlah ketika serombongan orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10) 

Tiga peringatan penting di sebalik doa Nabi Ibrahim

Bimbang ditimpa kehinaan pada hari kiamat 

SALAH satu doanya, Nabi Ibrahim memohon kepada Allah SWT supaya tidak ditimpakan kehinaan pada hari kiamat. Nabi Ibrahim berdoa: “Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk dibangkitkan hidup semula. Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).” (Surah al-Syu'ara, ayat 87-89)
Berdasarkan doa diucapkan Nabi Ibrahim, terdapat tiga perkara yang menarik diberikan perhatian oleh setiap Muslim. Pertama, kebimbangan Nabi Ibrahim mengenai azab yang pedih pada hari akhirat.
Sebagai Nabi, bahkan bapa segala nabi dan rasul, juga bergelar Khalil Allah yang bermaksud kekasih Allah, Nabi Ibrahim masih bimbang serta takut jika ditimpakan kehinaan oleh Allah SWT pada hari kiamat. Inilah sifat mulia Nabi Ibrahim yang sewajarnya dicontohi. 

Kedua, tiadanya nilai harta kekayaan, pangkat kedudukan, pengikut dan waris keturunan di sisi Allah SWT pada hari kiamat. Untuk neraca piawaian duniawi, harta dan anak termasuk pengikut adalah petunjuk utama menentukan status serta darjat sosial manusia. 

Akan tetapi pada hari akhirat nanti, kesemua itu tidak menjadi perkara penting dan tidak ada harganya kerana kenikmatan di syurga tidak dapat dijual beli, apatah lagi malaikat sebagai barisan pelaksana perintah Allah tak mungkin dapat diminta kasihan untuk melepaskan diri daripada azab dan kesengsaraan. 

Ketiga, kebersihan hati adalah sumber keselamatan dan kebahagiaan pada hari akhirat. Jaminan keselamatan dan kebahagiaan hanya diberikan kepada orang yang datang menghadap Allah dengan hati bersih dan sihat atau qalbun salim. 
Dalam kata lain, hati memainkan peranan penting mencerminkan dan menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seseorang. Malah, hati juga dianggap sebagai ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. 

Anggota tubuh badan manusia tidak berfungsi secara keseluruhannya kerana terlucutnya roh yang bertapak dalam hatinya. Hatilah tempat bertapaknya iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan dalam ketika lain, di sinilah juga terletaknya kekufuran, nifaq serta sifat mazmumah. 

Perlu ditegaskan, ada banyak pendapat daripada ulama tafsir berkaitan asal usul kalimah qalbun salim ini yang asasnya berkisar kepada tiga makna. Pertama, seperti dikemukakan Ibnu Katsir dan al-Alusi, qalbun salim bermaksud sejahteranya hati daripada penyakit syirik atau kepercayaan sesat. 
Hati sihat bererti memiliki akidah yang benar, lurus, bebas daripada segala bentuk kemusyrikan dan kesesatan. 

Kedua, qalbun salim bererti bersih daripada penyakit hati iaitu sifat mazmumah seperti riak, hasad dengki, sum’ah, sombong dan sebagainya. Permulaan surah al-Baqarah, dikemukakan tiga golongan manusia iaitu orang yang bertakwa (al-muttaqun), orang kafir (al-kafirun) dan orang munafik (al-munafiqun). 

Golongan yang disebut terakhir ini adalah orang yang hatinya berpenyakit seperti ditegaskan Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) ada penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Surah al-Baqarah, ayat 10) 

Hati yang bersih dipenuhi dengan iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan ketundukan yang kudus kepada Allah. Justeru, hati adalah tempat bertapaknya nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah lain. 

Ketiga, seperti badan yang sihat, hati sihat juga memiliki kesempurnaan dan kekuatan melakukan tugas sesuai dengan maksud penciptaannya sebagai hamba dan khalifah Allah. Fungsi hati yang utama adalah untuk mengenal Allah SWT, iaitu dengan iman dan takwa, seperti maksud sabda Rasulullah SAW: “Takwa itu di sini, dan baginda SAW menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali.” (Hadis riwayat Baihaqi) 

Satu perkara tidak dapat disangkal adalah hati yang sihat sumber segala kebaikan dan pendorong amal salih. Di sini, hanya hati yang disebut sebagai sumber keselamatan dan kebahagiaan pada hari akhirat, bukannya anggota tubuh badan lain. 

Hal ini, menurut imam al-Razi, kerana jika hati sihat, seluruh anggota badan yang lain ikut sihat. Jika baik hati, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain dan begitulah sebaliknya. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa dia itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

INFO 

Tiga perkara menarik di sebalik doa Nabi Ibrahim
 

  • Bimbang ditimpa kehinaan dan azab pedih pada hari akhirat; 
  • Nilai harta kekayaan, pangkat kedudukan, pengikut dan waris keturunan tiada nilai pada hari kiamat dan 
  • Kebersihan hati adalah sumber keselamatan dan kebahagiaan pada hari akhirat.

Selasa, Mei 22, 2012

Kongsi Web Guna SMS dengan Addon Textme


Sometimes when you are surfing the internet and found an intersting artcle, image or video and want to share that content with your friends via SMS. Then you have to try the new browser addon Textme. Textme is free addon for Google Chrome, Firefox, Internet Explorer, Safari and Opera which allows you to share web content easily on SMS.
So next time when you found an interesting online news articles, IPL scores, videos from youtube, images from facebook, useful links & excerpts, live stock quotes from moneycontrol and more, then use the textme addon to send these contents to your friends or relative mobile via SMS in Malaysia.
Textme SMS

How to use Textme Addon to Share Web Content on SMS


Step 1.
 All you have to install the Textme browser addon on your browser, the addon is available for all major web browsers. So visit the TextMe website and install the Addon on your browser.
Step 2. After the installation you are ready to use the addon on any web page. Just right click on windows and you can see the Textme option to share the web page or iamges on SMS. See the screenshot below:-
Texteme-right-click-option
Step 3. When you use TextMe addon for the first time to send a message on mobile device, it will ask you to sign up by entering your mobile number and a password. Also be needed to verify the mobile number by entering the code that is sent on your mobile number.
Textme Verification
Step 4. After completing the signup process, you are ready to share web content via sms. If you want to share some page on the internet you can simply right click on it and share it via TextMe. Same is applicable for images as well, to send the some text or quotes, select the quotes in the window and do the same process to send it as a message.
Textme is completely free browser addon and there are absolutely no limits as to how much content you can share. Have a look at the video for more details.