Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Jumaat, Disember 02, 2011

Bagaimana kiamat berlaku

Gambar Hiasan

FIRMAN Allah SWT: Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup. Dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.
Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, Dan terbelahlah langit, kerena pada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah). Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, Maka dia berkata: "Ambillah, Bacalah kitabku (ini)". Sesungguhnya Aku yakin, bahwa Sesungguhnya Aku akan menemui hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredai. Dalam syurga yang tinggi. Buah-buahannya dekat. (kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu". (al-Haqqah: 13-24)
Selepas menceritakan perihal ketiga-tiga kisah itu dan menyatakan tentang kekuasaan dan hikmah-Nya serta kemungkinan berlakunya hari kiamat, Allah SWT mula menyebutkan secara terperinci keadaan hari kiamat dan kengeriannya.

Firman Allah SWT: Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup. Dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dilenturkan keduanya sekali lentur.

Ibn Jauzi berkata: Berkenaan dengan tiupan ini ada dua pendapat:
* Ia sangkakala pertama. Inilah
pendapat Ata'.
* Ia sangkakala yang akhir. Inilah
pendapat Ibn al-Saib.

Ibn Kathir berkata: "Allah menguatkan dengan tiupan ini sekali sahaja kerana perintah Allah tidak mungkin dapat disanggah dan dihalang. Justeru, ia tidak perlu untuk pengulangan dan penguat."
Al-Magahri berkata: "Bumi dan gunung-ganang diangkat dari tempatnya. Pun begitu kita tidak mengetahui bagaimana keadaan bumi dan gunung-ganang itu diangkat kerana keadaan ini dikategorikan dalam berita-berita ghaib."
Perkara itu mungkin berlaku melalui angin yang kuat mampu menerbangkan bumi dan gunung-ganang tersebut.
Mungkin juga kedua-duanya dibawa oleh malaikat atau melalui kekuasaan Allah SWT yang (bukan menjadi sebab lahiriah) atau melalui proses pelanggaran beberapa planet di angkasa seperti bintang-bintang berekor.
Justeru, gunung-ganang itu akan terpisah dan terangkat disebabkan perlanggaran yang kuat, begitu juga bumi yang berubah dari kedudukannya.
Firman Allah SWT: Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat. Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.
Al-Sobuni berkata: "Pada hari tersebut berlakunya kiamat yang besar."
Berkenaan dengan para malaikat yang berada di sisi langit dan penjurunya adalah melaksanakan perintah Allah. Mereka turun ke bumi dan berkawan di penjurunya. Inilah pendapat al-Dahak.
Adapun yang memikul arasy tuhan atas mereka ditafsirkan dengan tiga pendapat:

* Atas kepala mereka. Inilah
pendapat Muqatil.
* Di atas mereka yang berada di
penjuru bumi.
* Mereka berada di atas ahli kiamat.
Kedua-dua pendapat di atas
dinyatakan oleh al-Mawardi.
Adapun perkataan lapan ada tiga
pendapat:
* Lapan malaikat. Seperti disebut
dalam hadis mereka pada hari ini empat dan apabila berlakunya
kiamat ditambahkan lagi oleh Allah dengan empat yang lain. Inilah
pendapat jumhur.
* Lapan saf dan barisan daripada
kalangan malaikat yang tidak
diketahui jumlah mereka kecuali
Allah sahaja. Inilah pendapat Ibn
Abbas, Ibn Jubair dan Ikrimah.
* Mereka adalah lapan malaikat
yang lain dari kalangan Karubiyin
yang tidak diketahui bilangan
mereka kecuali Allah. Inilah pendapat Muqatil.

Syed Qutub berkata: "Kita tidak mengetahui secara pasti apakah hakikat langit yang dimaksudkan dengan kata-kata al-Sama' ini dalam al-Quran.
"Namun, ayat-ayat yang seperti ini semuanya menunjukkan bahawa undang-undang yang selama ini mengikat alam buana yang terbentang di hadapan mata akan terlucut, terombak dan terhurai menyebabkan segala-galanya menjadi kacau bilau dan pecah bertaburan."

Tiada ulasan: