Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Khamis, April 30, 2009

Bawa Balik Bakul Itu

Di sebuah negara dalam rantau Asia tenggara , ada sebuah kisah tentang sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah petempatan yang aman damai jauh dari kesibukan pekan . Bilangan ahli keluarga 4 orang termasuk atuk yang dah tua , ayah masih bekerja mencari rezki untuk seisi keluarga , si ibu menjaga urusan seharian kelurga di rumah dan satu-satunya anak yang mereka sayangi berumur 5 tahun .

Kehadiran atuk yang juga bapa kepada si ayah setelah kematian isteri menimbulkan rasa kurang senang si ibu untuk tinggal bersama-sama . Bagi si ibu , kehadiran bapa mertuanya itu menyusahkan dirinya sahaja dan menyukarkannya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap urusan anak tunggalnya . Bapa mertuanya yang sudahlah tua dan uzur memerlukan si ibu menolongnya dalm setiap aspek seperti makan, minum , pergi tandas dan sebagainya . Semakin lama , semakin rasa geram dan marah membuak-buak dalam diri si ibu kerana sudah tidak tahan lagi melayan karenah bapa mertuanya yang uzur dan ingin sahaja dia menyuruh bapa suaminya itu keluar dari rumah . Begitulah perasaannya terhadap bapa mertuanya . Dia mula memikirkan bagaimana megeluarkan si tua itu keluar dari rumah dan kehidupan keluarga dia sekaligus bagi ia akan membawa ketenangan dalam urusan kehidupan dia .

Dalam memikirkan perkara itu , dia terpandang satu bakul anyaman rotan yang suaminya selalu mengangkat buah-buahan ketika musim buah-buahan di kebun mereka . Lalu datanglah idea jahatnya untuk meletakkan orang tua itu didalam bakul itu dan tinggalkannya ditengah-tangah hutan . Apabila suaminya pulang dan diberi makan tengah hari , dia terus menceritakan rancangannya megeluarkan orang tua uzur itu dari kehidupan mereka . Mula-mula suaminya agak terkejut mendengar kata-kata isteri tentang bapanya . Si suami memikirkan seketika dengan memikirkan kesusahan isterinya melayan karenah bapanya . Akhirnya , si suami meyetujui idea isterinya .

Pada keesokan hari , bakul itu dibersihkan dan diletakkan bekalan makanan dan minuman . Si suami menyuruh bapanya masuk ke dalam bakul itu . Si anak bertanya kepada ayahnya , “Ayah mahu membawa atuk ke mana?” dengan perasaan ingin tahu yang tinggi . Balas ayahnya , “Ayah mahu membawa atuk kamu ini jauh dari sini .Kamu kena ikut sekali”. Tanpa banyak soal si anak setuju mengikut ayahnya yang sudah pun mengangkat atuknya yang ada didalam bakul itu . Setelah berjalan jauh dalam ke dalam hutan , si ayah mangambil keputusan meniggalkan bapanya di situ bersebelahan sebatang sungai yang airnya jernih sekali . Lalu , dia turunkan bapanya yang sudah keletihan duduk di dalam bakul dari tadi . Dia berkata , “ Bapaku, saya harap bapa dapat tinggal di tempat baru ini” . Si atuk hanya diam . Lalu si ayah meninggalkan si atuk dengan bakul itu . Tiba-tiba anaknya bersuara , “kenapa ayah tidak bawa balik bakul itu? Nanti ayah kalau sudah tua , boleh saya gunakan kembali untuk letakkan ayah dalam hutan seperti atuk”. Si ayah terdiam dan memfikirkan kembali kata-kata anaknya . Tak kan bila dia dah tua hendak ditinggalkan anaknya pula di dalam hutan ini . Terus sahaja dia memandang bapanya yang sugul dalm bakul itu . Dia pun berubah fikiran………………………………………………………………………………

KOLEKSI HADIS-HADIS , PETIKAN QURAN DAN KATA- KATA MUTIARA v.004

1. Nabi S.A.W ditanya : Apakah amalan yang paling baik? Jawab S.A.W : Beriman kepada Allah! Lepas itu ? Jawab S.A.W : Jihad pada jalan Allah! Lepas itu? Jawab S.A.W : Haji Mabrur – (H . Muslim)

2. Tidak harus dengki kecuali 2 perkara : pada orang yang banyak menafkahkan hartanya kepada kebaikan dan pada orang berilmu yang beramal dan mengajarkannya – (H . Bukhari)

3. Setiap yang bernyawa akan mati. Siapa yang dijauhkan daripada api neraka dan dapat masuk syurga itulah orang yang berjaya , kehidupan didunia hanya tipudaya – (Surah Al-Imran : 185)

4. Nabi ditanya : bilakah kiamat ? Jawab Nabi : Bila amanah dipersia-siakan. Bagaimana? Jawab Nabi : Bila diserahkan tanggungjawab yang bukan ahli tunggulah kiamat – (H . Bukhari)

5. Sedekahlah sebahagian dari hartamu yang elok-elok dan jangan kamu memilih yang buruk-buruk untuk disedekahkan sedangkan kamu sendiri jelik tehadapnya – (Surah Al-Baqarah : 267)

6. Kata Ummu Atiqah, wanita yang berkabung kerana kematian suami itu 4 bulan 10 hari, dilarang bercelak, berwangian, berpakaian warna dan bercorak – (H . Muslim)

7. Banyakkanlah selawat sempena bulan kelahiran , kebangkitan , penghijrahan dan kewafatan junjngan besar kita Nabi Muhammad S.A.W..Allahumma Solli ala Muhammad

8. Nabi S.A.W ditanya tentang puasa Isnin, jawab Nabi : Itulah hari aku dilahirkan dan aku dibangkitkan menjadi Rasul – (H . Muslim)…(dan pada hari isnin juga Nabi wafat)

9. Sesiapa yang berselawat keatasku(Rasulllah) sekali , Allah akan berselawat(memberi rahmat) kepadanya 10 kali dan ditulis baginya 10 kebaikan –(H . Tirmizi)

10. Seseorang yang mahir membaca Al-Quran , malaikat akan mengiringi bacaanya . Orang yang terangkak-rangkak membaca Al-Quran tetap mendapat dua pahala – (H .Muslim)
11. Janganlah kebencian kamu terhadap seseorang itu menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka , berlaku adillah , ia lebih hampir kepada taqwa –(Al-Maidah: 8)

12. Islam mengangkat darjat wanita setaraf lelaki , Islam melebihkan lelaki pada sesuatu hak tetapi melebihkan wanita pada hak yang lain pula –(Hassan Al Banna)

13. Setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tantang jagaanya : pemimpin akan ditanya tentang jagaannya , lelaki akan ditanya tentang isteri dan anak-anaknya –(H . Muslim)

14. Orang yang zuhudkan dunia(tidak gemarkannya) , akan mudah melalui musibah dan orang yang selalu ingat akan mati , akan segera berbuat kebaikan – (Saidina Ali R.A)

15. Sesiapa yang berpaling dari mengingatiKu maka kehidupan yang sempit(didunia) dan diakhirat kelak akan dihimpunkan dalam keadaan buta –(Surah Taha : 124)

16. Islam adalah way of life(cara kehidupan) , peraturannya lengkap dalam semua segi dalam mengatur kehidupan manusia berasaskan akhlak yang mulia – (Karimzaidan)

17. Sebaik-baik wanita itu wanita Ansor kerana sifat malu tidak menghalang mereka memahami agama(untuk hal-hal wanita kepada Rasulullah – (H . Ibnu Majjah)

18. 7 yang mendapat naungan Allah : 1.Pemimpin yang adil , 2. Pemuda yang membesar dalam ibadat , 3. Orang yang hatinya mengingati Masjid , 4. Orang yang merahsiakan sedekah , 5. Lelaki yang menolak ajakan zina , 6. Dua orang bertemu dan berpisah kerana Allah , 7. Orang yang menangis kerana mengigati Allah – (H .Muslim)

19. Islam merupakan jawapan kepada 3 persoalan manusia : 1. Dari mana kita datang? 2. Kenapa kita didatangkan? 3. Kemana kita pergi selepas didatangkan? – (Karimzaidan)

20. Orang yang mencari selain Islam sebagai agama(cara hidup) ,maka tidak akan diterima amalannya , diakhirat kelak ia termasuk golongan orang-orang yang rugi – (Surah Al-Imran : 83)


Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..

Khamis, April 23, 2009

Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam

Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.

Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam

Ahad, April 12, 2009

Muhasabah senjata hancurkan sifat takbur, sombong

(petikan bharian 10 April 09)

MUHASABAH penting bagi memastikan setiap individu ataupun organisasi sentiasa kuat dan cekal menghadapi ujian. Sering kali elemen muhasabah iaitu menilai dan memeriksa diri untuk memperbaiki kelemahan diri diabaikan.

Melalui amalan muhasabah, seseorang itu dapat menganalisis kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Sekurang-kurangnya ia menjadikan seseorang lebih berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan.

Antara keburukan pada kebanyakan manusia ialah kurang muhasabah diri. Mengamati kelemahan dan kekurangan diri membuatkan kita lebih insaf bahawa kita tidak terlepas melakukan kesilapan. Hanya manusia angkuh saja memiliki pendirian bahawa dirinya tidak pernah melakukan kesalahan.

Sebenarnya, kemerosotan penghayatan nilai agama dan etika boleh mempengaruhi sifat serta sikap individu dalam urusan kerja atau apa-apa urusan yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, kita perlu bersedia mengakui kesalahan dan memperbetulkannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)." (Surah al-Ankabut, ayat 64)

Rabu, April 08, 2009

SATU JOHOR CUTI!



Ini gambar siapa? Gambar ini ialah Yang di-Pertuan Agong VIII(8), Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail D.K.
(26 April 1984 – 25 April 1989)
THE SULTAN OF JOHOR DARUL TAKZIM
Sebab itulah hari ini menjadi cuti bagi seluruh negeri Johor sempena ulangtahun hari keputeraan baginda pada 8 April 1932..jadi, cutilah..

klik disini untuk maklumat lebih lanjut

Semoga ALLAH lanjutkan usia Tuanku...
DAULAT TUANKU!!!!

Selasa, April 07, 2009

IKAN OH IKAN!


Gambar di sebelah menunjukkan dua kolam ‘fibre glass’ yang di dalamnya diisi dengan ikan koi dan ikan guppy . Baru semalam 2 jenis ikan itu di beli untuk mengisi kekosongan dalam kolam tersebut . Jenis ikan macam itu juga memang sesuai dibela di luar rumah dan tanpa sistem pengudaraan . Biarkan sahaja dengan dihiasi pelbagai hidupan flora akuatik seperti teratai, kiambang dan lain-lain lagi . Lama-kelamaan ikan-ikan tersebut akan biasa dengan tempat tinggal barunya . Maka pembiakan ikan dapat dijalankan dengan semulajadi . Kenapa orang suka membela ikan , tidak kiralah di dalam akuarium atau di luar rumah seperti di dalam kolam? Menurut apa yang saya baca satu artikel semalam , ikan ini boleh menjadi teman bebicara manusia lebih-lebih lagi manusia yang dilanda masalah . Mungkin pergerakan ikan yang mempunyai ‘aura’ tersendiri mampu menenangkan jiwa setiap manusia . Sebab itulah , ada yang sanggup membelanjakan beratus-ratus ringgit malahan ada yang sampai beribu-ribu ringgit bagi memberi kepuasan terhadap si pembelanya . Memang ada bukti penyelidikan sains yang ikan ini mempunyai pengaruh positif lagi baik kepada psikologi seseorang manusia . Selain ikan koi dan guppy , kami sekeluarga turut membela ikan jenis ‘parit’ iaitu ikan haruan dan sepat ronggeng . Memang benarlah pepatah ‘ibarat haruan makan anak’. Bayangkanlah dari beratus-ratus anak ikan haruan yang kami dapat dari parit belakang rumah , setelah sebulan dibela tinggal kira-kira 30 ekor yang berjaya ‘melepaskan’ diri . Saiznya juga sudah bertambah , tetapi tabiat makan anak ikan spesis sendiri masih tidak berubah . Sekejap sahaja ikan-ikan haruan pra-dewasa ‘membaham’ semua anak ikan haruan .
Ada satu falsafah mengenai ikan saya ingat . Jadilah seperti ikan , tidak kira dimana tinggal , jenis air dan warna air , isinya tetap putih bersih dan rasanya tetap tawar walaupun ditangkap dari air laut yang memang masin itu . Kalau kita makan ikan bakar pun isinya masih putih lagi . Tersiratnya , apa juga persekitaran negatif yang melingkari hidup kita kuatkanlah iman dan jati diri kita agar apa yang kita cita-citakan impian murni itu dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang gangguan untuk menegakkan kembali maruah Islam . Jadikanlah juga suatu cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang berguna untuk umat manusia sedunia….