Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Ahad, April 12, 2009

Muhasabah senjata hancurkan sifat takbur, sombong

(petikan bharian 10 April 09)

MUHASABAH penting bagi memastikan setiap individu ataupun organisasi sentiasa kuat dan cekal menghadapi ujian. Sering kali elemen muhasabah iaitu menilai dan memeriksa diri untuk memperbaiki kelemahan diri diabaikan.

Melalui amalan muhasabah, seseorang itu dapat menganalisis kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Sekurang-kurangnya ia menjadikan seseorang lebih berhati-hati supaya tidak mengulangi kesilapan.

Antara keburukan pada kebanyakan manusia ialah kurang muhasabah diri. Mengamati kelemahan dan kekurangan diri membuatkan kita lebih insaf bahawa kita tidak terlepas melakukan kesilapan. Hanya manusia angkuh saja memiliki pendirian bahawa dirinya tidak pernah melakukan kesalahan.

Sebenarnya, kemerosotan penghayatan nilai agama dan etika boleh mempengaruhi sifat serta sikap individu dalam urusan kerja atau apa-apa urusan yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, kita perlu bersedia mengakui kesalahan dan memperbetulkannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)." (Surah al-Ankabut, ayat 64)

3 ulasan:

Selamburb berkata...

slm..
cuba masukkn widget "shoutmix"..
kat situ lagi best utk sesi komen mengomen..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. sye nak tanya encik tau tak dari mne sumber hadis nabi ini.. Rasulullah S.A.W bersabda: “ Perbanyakkanlah mengingati mati, Sesungguhnya mengingati mati itu akan menghilangkan dosa dan mendatangkan zuhud di dunia ” Sekiranya encik tau dari mne sumber hadis nabi ini hantarkan di e-mel sye ni.. salam.salbiah@yahoo.com.my
Terima kasih..

aRiF FiTri berkata...

wasalam.harap maaf.saya pon tidak tahu.cuba En. tnya orang lain k