ALLAH berfirman bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” (An-Nisa: 120-121).
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitan dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itu sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah menyediakan ruang kepada syaitan menapak dalam diri.Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap menguasai tunjang dalam badan manusia.
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:
Pertama – melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat ini amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.
Kedua – melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu orang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
Ketiga – melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri manusia yang berasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (an-Nahl:23)
Keempat – sifat khianat. Khianat dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
Kelima – sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Rasulullah selalu menasihati sahabat Baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan keempat daripada kalangan manusia dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
Keenam – melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering “ (Riwayat Bukhori dan Muslim).
Ketujuh – melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu berasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Riwayat Muslim).
Kelapan – melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja.”
(Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
Kesembilan – melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha memperolehnya.
Kesepuluh dan terakhir – melalui sifat buruk sangka. Seseorang suka menuduh orang lain melakukan kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela Islam. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itu sebenarnya sudah rosak dirinya.” (Riwayat Muslim)
Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^
Rabu, Julai 13, 2011
Isnin, Julai 11, 2011
Nur Kasih The Movie 2011 DVDRip MKV
![]() |
| MEDIAFIRE!!! |
SIZE MEDIA : 312.22MB
Akibat daripada kesedihan itu, Adam dan Nur Amina telah pergi ke Jordon untuk menenangkan diri. Mereka melawat banyak tempat-tempat bersejarah di sana. Sehingga pada suatu hari, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan keretapi.
Pada saat ini, Adam berdoa kepada Tuhan supaya dikembalikan Nur Amina. Akhirnya, mereka berdua telah selamat. Tetapi, cincin Nur Amina telah hilang. Jadi, Adam pun pergi ke tempat nahas tersebut untuk mencari cincin Nur Amina. Malangnya, ribut taufan telah melanda di kawasan tersebut dan Adam telah hilang. Nur Amina berusaha untuk mencari Adam tanpa berputus asa. Dia juga telah meminta pertolongan daripada Aidil untuk bersama-sama mencari Adam. Setelah puas mencari, akhirnya mereka berjaya menjumpai Adam. Tetapi pada ketika itu, Adam berada di dalam keadaan yang tenat kerana dia telah terlibat dalam satu kemalangan kereta. Akhirnya mereka telah pulang ke Malaysia. Adam dibawa ke hospital untuk dirawat. Malangnya keadaan Adam menjadi semakin teruk di mana jantungnya lemah. Nur Amina tetap berusaha untuk menyelamatkan Adam dengan cara mencari sumber kewangan untuk membiayai perbelanjaan perubatan untuk Adam...
Download semua dan gabungkan dengan WinRAR
Sinopsis ;
Nur Kasih The Movie adalah sebuah cerita bagaimana sebuah keluarga menghadapi setiap ujian daripada Tuhan. Kematian isteri Aidil telah memberikan kesan yang mendalam terutama kepada Aidil sendiri. Dia ditemani oleh dua orang anaknya iaitu Illyas dan Mariam. Adik kepada Aidil yang bernama Adam dan juga isterinya Nur Amina turut membantu untuk memberi semangat kepada Aidil. Setelah Aidil kembali pulih, Adam dan Nur Amina pulang ke bandar untuk menjalani hidup seperti biasa. Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya Nur Amina mengandung. Berita gembira ini telah membuatkan semua orang gembira terutama Adam sendiri. Tetapi kegembiraan tersebut tidak berpanjangan kerana kandungan tersebut telah keguguran.Akibat daripada kesedihan itu, Adam dan Nur Amina telah pergi ke Jordon untuk menenangkan diri. Mereka melawat banyak tempat-tempat bersejarah di sana. Sehingga pada suatu hari, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan keretapi.
Pada saat ini, Adam berdoa kepada Tuhan supaya dikembalikan Nur Amina. Akhirnya, mereka berdua telah selamat. Tetapi, cincin Nur Amina telah hilang. Jadi, Adam pun pergi ke tempat nahas tersebut untuk mencari cincin Nur Amina. Malangnya, ribut taufan telah melanda di kawasan tersebut dan Adam telah hilang. Nur Amina berusaha untuk mencari Adam tanpa berputus asa. Dia juga telah meminta pertolongan daripada Aidil untuk bersama-sama mencari Adam. Setelah puas mencari, akhirnya mereka berjaya menjumpai Adam. Tetapi pada ketika itu, Adam berada di dalam keadaan yang tenat kerana dia telah terlibat dalam satu kemalangan kereta. Akhirnya mereka telah pulang ke Malaysia. Adam dibawa ke hospital untuk dirawat. Malangnya keadaan Adam menjadi semakin teruk di mana jantungnya lemah. Nur Amina tetap berusaha untuk menyelamatkan Adam dengan cara mencari sumber kewangan untuk membiayai perbelanjaan perubatan untuk Adam...
Jumaat, Julai 08, 2011
Bagaimana Untuk Dapatkan Panggilan Video Facebook
Today Facebook announced a new Skype-powered video-chat service, which allows you to video chat with your friends and groups. According to Facebook, the feature is “the easiest way to get connected with video.” To start video Chat in Facebook you have to install Facebook video plugin only. So here is the guide which will help you to Get Video Calling Feature in Facebook.
1. Login to your Facebook account and go to Video Calling page on Facebook.
2. Now click the “Get Started” Button to activate Video Calling Feature on your Facebook Account.
3. Now from the Chat Menu, select the friend who is available online there to start video Chat.
4. Now A lightbox appears, asking you to complete a “quick, one-time setup”, just click the setup button.
5. Now you can see a new in-Facebook popup window, this one asking you what do do with the downloaded file, Download the file on your PC and install it.
6. After you allow the file to install you should see a Facebook progress bar which indicates how much longer until Facebook video chat is installed.
7. After the installation you are ready to do video Chat with your friends.
Jumaat, Julai 01, 2011
Ketua keluarga model pendidikan akhlak
SEORANG insan unggul akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya, merencana soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarga dengan tarbiah Islamiah serta dapat menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dan menjadi hamba yang menjaga hubungan dengan Allah.
Dalam sesebuah keluarga, aspek kesihatan fizikal sangat perlu kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan sihat.
Oleh itu, tarbiah jasmaniah seperti dituntut syarak perlu dilaksanakan dalam keadaan teratur. Umpamanya, pemilihan makanan mesti yang bersih, baik dan dari sumber halal. Amalan boleh memudaratkan seperti merokok, minuman keras, menyalahgunakan dadah hendaklah dijauhi.Jika ketentuan ini tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan terjejas serta boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual. Dalam sesebuah keluarga, aspek kesihatan fizikal sangat perlu kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan sihat.
Pendidikan rohani pula adalah aspek penting merangkumi keimanan, pengamalan syariat, pelaksanaan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta pembangunan mental dan spiritual.
Seorang ketua keluarga bertanggungjawab membentuk dan mendidik keluarganya mengamalkan tuntutan dikehendaki Islam. Pada masa sama menjauhi perkara haram dan makruh selain memastikan ketulenan akidah keluarga dan membersihkan daripada sebarang bentuk kekufuran.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang (selepas menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh) dan menyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).” (Surah al-A’la, ayat 14-15)
Ketua keluarga adalah model berkesan dalam pendidikan akhlak keluarga. Dia perlu membimbing ahli keluarga dengan akhlak Islamiah berdasarkan ilmu dan pengalaman ada padanya.
Kegagalan sesetengah keluarga mengamalkan akhlak Islamiah berpunca daripada kegagalan ketua keluarga atau ibu bapa tidak mengamalkan nilai murni ditetapkan oleh Islam.
Sebab itu ibu bapa perlu membentuk keunggulan diri mereka terlebih dulu sebelum amalan itu dapat diperturunkan kepada anak mereka.
Ketua keluarga juga dapat mengatur ekonomi dan sosial keluarga berpandukan nilai baik seperti rasa tanggungjawab mempertingkatkan taraf hidup dengan mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dalam kerjaya.
Kesungguhan bekerja adalah suruhan agama yang perlu ditunaikan kerana ia akan membawa keluarga keluar dari ruang lingkup kemiskinan, salah satu musuh Islam yang boleh membawa kepada kekufuran.
Setiap kelompok masyarakat perlu memberi perhatian berat kepada bidang pendidikan. Insan yang beruntung dalam sesebuah masyarakat akan memudahkan usaha dan perancangan meningkatkan kualiti masyarakat melalui aktiviti pendidikan, pengajian dan muamalat.
Penghayatan agama juga sangat mustahak untuk mengembangkan penghayatan ajaran Islam melalui aktiviti berfaedah bagi melahirkan masyarakat harmoni, berdisiplin dan mempunyai imej tinggi serta mendapat keberkatan Allah.
Seperti diketahui, keterampilan seseorang individu atau masyarakat dengan ilmu agama semata-mata tanpa ilmu duniawi adalah sesuatu yang tidak sempurna. Seorang Muslim perlu mendapatkan pengetahuan luas dan kemahiran tinggi dalam pelbagai bidang ilmu.
Ia meliputi ilmu ekonomi, politik dan sosial untuk meletakkan diri dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama. Semua bidang itu mesti diketahui dan diceburi sekurang-kurangnya pada tahap paling asas.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu (pahala dan kebahagiaan) hari akhirat dan jangan engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.” (Surah al-Qasas, ayat 77)
Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Langgan:
Catatan (Atom)

