Dalam jiwa tersemai sifat 'hilm', kawal marah, selalu bersangka baikFirman Allah SWT yang bermaksud: “Ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya berkata: Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah daripada orang yang berdusta. Nabi Hud menjawab: Wahai kaumku! Tidak ada padaku sebarang kebodohan, tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. (Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.” (Surah al-A’raaf, ayat 66-68)
Ayat ini menggambarkan pendustaan pembesar kaum ‘Aad terhadap dakwah yang disampaikan oleh Nabi Hud. Apa yang cukup menarik ialah al-Quran memaparkan kata-kata penghinaan diucapkan kaumnya namun ia tidak menyebabkan Nabi Hud hilang kawalan dan bertindak di luar kebiasaan.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seorang hamba itu menyumpah seranah sesuatu, naiklah segala perkataannya itu ke langit lalu ditutup segala pintu langit kepadanya kemudian turun pula dia ke bumi maka ditutup juga pintu-pintunya kepadanya kemudian ia pergi ke kanan dan ke kiri. Jika tidak ada celah untuk pemergiannya barulah ia kembali kepada orang yang dihadapkan sumpah seranah itu kalau ia berhak menerimanya. Kalau tidak, ia kembali semula kepada orang yang mengucapkannya.” (Riwayat Abu Daud)
Sebaliknya, Baginda masih mampu memberikan hujah yang mantap dengan tenang. Ini kerana terdapat perbezaan yang jauh antara orang dipilih untuk menyampaikan risalah-Nya kerana dihiasi sifat mulia dengan kaum yang memperbodohkan diri mereka dengan menyembah batu dan kayu.Rasulullah ajar sifat bertenangSifat bertenang dalam tekanan adalah satu kekuatan yang perlu ada pada setiap manusia melayari kehidupan apatah lagi dengan pelbagai cabaran perlu diharungi dewasa ini. Rasulullah SAW mengajar sahabat sifat bertenang dan mengawal diri dalam banyak perkara serta peristiwa. Pada satu hari, seorang Badwi berkata kepada Baginda yang sedang membahagikan harta rampasan perang supaya membahagikan dengan adil kerana pembahagian itu dibuat bukan kerana Allah! Tidaklah Rasulullah SAW menjawab selain daripada menjelaskan kepadanya apa yang lelaki itu tidak tahu dan menasihati serta mengingatkannya apa yang telah terlanjur daripada mulutnya dengan bersabda: “Malangnya engkau! Siapa lagi yang akan berlaku adil kalau tidak aku? Aku akan kecewa dan rugi kalau aku tidak berlaku adil.” (Riwayat Muslim) Tahap ketabahan manusia menghadapi kesusahan dan ujian dalam hidup adalah berbeza. Setengah orang cepat dipengaruhi emosi oleh perkara kecil sehinggakan melihat masalah kecil itu besar menggunung, seolah-olah tidak ada lagi jalan keluar di depannya.Sebahagian manusia pula bersedia menanggung kesusahan hidup dengan fikiran yang waras. Seseorang yang berjiwa besar sentiasa berfikiran positif dan tertanam dalam jiwanya sifat ‘hilm’ iaitu sifat yang menjadikan seseorang itu tidak cepat marah dan mengambil keputusan buruk.Orang seperti itu tidak keberatan memaafkan kesilapan orang terhadapnya dan selalu bersangka baik. Firman Allah SWT: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa; Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133-134) Orang tidak bijak kawal diriOrang yang tidak bijak mengawal diri sering kali melahirkan kata-kata kesat dan membuat tindakan tidak siuman. Pintu pun akan dimakinya jika lambat dibuka, apa yang ada di tangan akan dihempas dan kenderaan juga dihambur dengan kata-kata kesat jika ia rosak atau tidak dapat digunakan.Pada suatu masa, seorang lelaki telah melaknat kain yang tersangkut di bahunya kerana diterbangkan angin. Lantas Rasulullah SAW menegurnya dengan sabda Baginda: “Jangan engkau laknatinya kerana ia hanya diperintah dan dipergunakan, barang siapa yang melaknat sesuatu yang tidak patut menerima laknat itu, maka laknat itu berbalik kepada dirinya sendiri.” (Riwayat Baihaqi) Rasulullah SAW berusaha menghapuskan dua bentuk sifat jahiliah. Pertama, kejahilan terhadap ilmu pengetahuan. Keduanya, kejahilan terhadap sifat ‘hilm’.Adapun yang pertama itu dapat dihapuskan dengan munculnya ilmu pengetahuan dan petunjuk, manakala yang kedua caranya ialah dengan mengekang kerakusan hawa nafsu. Menjadi kemegahan orang Arab pada zaman jahiliah apabila menentang kebodohan dengan suatu kebodohan lebih besar. Islam datang mencegah kedua-kedua sifat amarah itu dan memperkenalkan tonggak masyarakat berasaskan kemuliaan budi, keadilan dan kewajipan yang perlu ditunaikan.Matlamat ini tidak akan tercapai melainkan apabila akal dan pemikiran yang sejahtera dapat mengawal naluri kemarahan. Apabila kemarahan sukar diredakan oleh seseorang menyebabkan keadaannya sentiasa meronta dan merengus sambil lidahnya memaki serta melaknat.Islam sama sekali tidak menerima bentuk kelakuan seperti itu kerana sumpah seranah diibaratkan seperti peluru sesat sangat berbahaya yang dilepaskan oleh nafsu amarah.Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seorang hamba itu menyumpah seranah sesuatu, naiklah segala perkataannya itu ke langit lalu ditutup segala pintu langit kepadanya kemudian turun pula dia ke bumi maka ditutup juga pintu-pintunya kepadanya kemudian ia pergi ke kanan dan ke kiri. Jika tidak ada celah untuk pemergiannya barulah ia kembali kepada orang yang dihadapkan sumpah seranah itu kalau ia berhak menerimanya. Kalau tidak, ia kembali semula kepada orang yang mengucapkannya.” (Riwayat Abu Daud) Justeru, penawar kepada segala perbalahan dan pertikaian sama ada kecil atau besar ialah mengawal kemarahan dan bersedia memberi kemaafan daripada mengambil sikap membalas dendam atau bertindak balas.
Maqasid al-Syariah jadi teras laksana tanggungjawabKetua negara atau pemimpin Islam digelar Khalifah, Imamatul Kubra (pemimpin utama atau tertinggi), al-Imam, Waliyyul Amr, Imaratul Mukminin atau Amirul Mukminin, imam al-Muslimin, Sultan dan al-Malik (Raja). Maka menjadi beberapa dasar yang wajib dipikul dan dilaksanakan setiap pemimpin sesuai dengan kedudukan masing-masing seperti dinyatakan oleh al-Imam al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah wawilayatu ad-Diniyah.
Antaranya, memelihara Din al-Islam, asasnya yang tetap dan perkara telah disepakati oleh ulama. Melaksanakan hukum antara pihak yang bertelagah serta menyelesaikan setiap perselisihan yang timbul.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jugalah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Haj, ayat 41)
Menjalankan setiap hukum dan perintah yang Allah SWT amanahkan kepada manusia supaya hak Allah SWT tidak diabaikan dan dapat pula melindungi hak manusia daripada kerosakan serta kemusnahan. Sabda Rasulullah SAW: “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepemimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepemimpinannya.” (Riwayat al-Tirmizi)Namun, persoalan besar timbul di sini apakah teras kepada seseorang pemimpin dalam melaksanakan pemerintahan negara? Maqasid al-Syariah menjadi teras melaksanakan tanggungjawab kepada pemerintahan negara.Kebaikan, kebajikanMaqasid al-Syariah ialah melakukan kebaikan dan kebajikan bertujuan untuk menjaga tata susila, kepentingan serta sistem hidup. Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran bahawa perutusan Nabi Muhamad SAW adalah untuk kebaikan dan rahmat bagi sekalian alam. Maqasid al-Syariah yang ingin dicapai ini perlulah menjadi tonggak dan hala tuju dalam pensyariatan hukum serta ajaran Islam kerana itulah Imam Ibn Taimiyah pernah menyebut, maqasid yang wajib bagi pemerintah ialah memastikan kebaikan agama bagi manusia.Manakala menurut Imam Ghazali dalam kitabnya al-Mustashfa’, lima perkara pokok yang perlu dipelihara dalam maksud syariah itu sendiri iaitu agama, diri, akal, keturunan dan harta. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jugalah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Haj, ayat 41) Ulama telah membuat kajian terperinci mengenai tatacara hidup manusia. Justeru, agama Islam menggariskan dasar segala peraturan terutama sistem yang sangat diperlukan oleh kehidupan manusia bagi menjamin kelangsungan mendatangkan manfaat dan menjauhkan mudarat.Lima kepentingan wajib dijagaDalam konteks ini, ulama Islam menggariskan lima kepentingan wajib dijaga pemerintah yang tiada tolak ansur untuk mengabaikannya supaya umat Islam mampu bertahan menghadapi segala cabaran. Menjadi kewajipan pemerintah meletakkan kepentingan agama di tempat teratas. Menurut al-Imam al-Juwaini, antara tanggungjawab pemerintah ialah memelihara akidah dan amalan umat Islam, menghapus kekeliruan oleh penyeleweng agama, membanteras amalan bidaah serta penganjurnya.Justeru, segala perkara yang merosakkan agama hendaklah dihindarkan. Penyelewengan akidah wajib dibanteras. Menjaga agama menjadikan seorang itu adil dan berintegriti, tidak membenarkan sesuatu berlaku yang akan merosakkan akhlak dan moral.Haram pertumpahan darah jalan tak benarIslam mengharamkan pertumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan musnah, ketenteraman dan keamanan hilang. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai mulia serta ilmu. Semua unsur menjurus kepada kehilangan akal seperti arak, dadah, filem yang merosakkan pemikiran wajib dibanteras dengan segera. Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat Islam. Apabila keturunan rosak dengan sebab menyalahi syariat dan tabii seperti perzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya, struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya runtuh dengan sendirinya.Islam telah menggariskan prinsipnya iaitu al-adl wal ihsan dalam penjagaan harta. Pendekatan Islam menitik berat soal keadilan dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak intelek dan manipulasi pasaran.Menjadi tanggungjawab pemerintah menjaga segala kepentingan berkaitan kehidupan dunia dan agama seperti keamanan negara, keselamatan nyawa dan harta benda, kebajikan rakyat, keselamatan akidah serta kemudahan menunaikan perintah agama.
Segelintir masyarakat akan bersikap skeptikal terhadap sebarang isu jika dibincangkan dari sudut hukum-hakam termasuk dalam isu nikah mutaah. Timbul anggapan orang berlatarbelakangkan agama lebih memilih untuk bersikap ofensif atau suka menghukum. Tidak ada empati dan miskin sifat ihsan dalam menangani sebarang permasalahan masyarakat yang berlaku. Hanya mereka yang benar-benar takutkan Allah SWT, takut pada azab Allah SWT akan menyambut perbincangan dari sudut hukum-hakam.
Isu nikah mutaah ini, soal dosa atau pahala akan diketepikan apabila keseronokan menjadi matlamat utama. Malah, bagi yang tidak mahu melepaskan ruang yang berada di depannya akan mencari dan mencipta pelbagai alasan untuk melaksanakan nikah mutaah tanpa rasa berdosa.
Pernikahan atau perkahwinan adalah perkara suci. Konsepnya disamakan dengan pembinaan sebuah masjid kerana dalamnya penuh dengan elemen ibadah"
Sebagai wanita Islam, ibu, ibu saudara yang memiliki anak perempuan, saya melihat nikah mutaah mempunyai daya untuk merosakkan bangsa dan negara keseluruhannya. Hancur hati keibuan saya apabila mengetahui sebahagian amalan nikah mutaah di Iran untuk menambah pendapatan keluarga.Mana-mana anak gadis sunti dalam keluarga jika sudah boleh melayan nafsu serakah lelaki yang sempit otaknya, maka akan ditawarkan dalam ‘pasaran’ nikah mutaah. Ibu bapa dan keluarga apakah yang menggelapkan masa depan anak sendiri?Tiada beza dengan pelacuranJika ini situasinya, adakah nikah mutaah masih bersifat lebih mulia berbanding aktiviti pelacuran jika dilihat hampir tiada perbezaan antara kedua-duanya? Oleh sebab dalam nikah mutaah tiada rukun yang mengatakan wanita yang dinikahi itu mesti daripada kalangan beragama Islam, maka wanita bukan Islam juga boleh mengambil bahagian dalam nikah mutaah. Jika inilah ajaran Syiah, maka agama Islam melalui nikah mutaah telah menempah untuk dihina oleh agama lain di dunia ini. Sikap terbuka yang tidak bertempat dan mengajak wanita bukan Islam untuk sama-sama berseronok atas nama agama sebenarnya suatu penghinaan terhadap agama Islam.Jika wanita bukan Islam mempunyai pegangan dan prinsip kepatuhan yang tersendiri dalam perkahwinan menurut agama mereka, bagaimana pula agama Islam mempunyai laluan yang amat mudah untuk dicemari. Sedangkan agama Islam memiliki tatacara hidup yang terperinci, kemas dan memiliki disiplin tinggi. Di mana rasa malu dan maruah umat Islam untuk mengajak wanita bukan Islam ke kancah ini?Mazhab Ahli Sunah Wal Jama’ah sudah menjadi darah daging umat Islam di Malaysia. Pernikahan atau perkahwinan adalah perkara suci. Konsepnya disamakan dengan pembinaan sebuah masjid kerana dalamnya penuh dengan elemen ibadah. Konsep sakinah, mawaddah dan rahmah (tenang, cinta juga harapan dan kasih sayang) dalam rumah tangga Muslim datangnya daripada firman Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)Ijab dan kabulCinta suci terkandung dalamnya kalimah Allah dan ia bersifat abadi (mu’abbad). Pertalian ini diikat oleh hak dan tanggungjawab yang ada justifikasi ukhrawi. Berlakunya ijab dan kabul daripada harapan perkahwinan yang dibina adalah untuk selama-lamanya.Perceraian atau talak yang berlaku dalam perkahwinan Sunni bukannya harapan mana-mana pasangan. Majlis pernikahan perlu diurus oleh wali yang antara peranannya melindungi kebajikan wanita di bawah bidang kuasanya. Ada saksi yang hadir dalam pernikahan berkenaan supaya terjamin kehormatan hubungan itu. Akhirnya, unit keluarga yang baharu terbina itu perlu dihebahkan supaya ia mempunyai tempat secara rasmi dalam masyarakat setempat.Satu hadis ajaran Syiah menyebut: “Seseorang yang terbabit dalam nikah mutaah sekali sepanjang hayatnya mencapai status Imam Al-Hussain. (Manakala), seseorang yang terbabit sebanyak dua kali menjadi sama dalam status Imam Al-Hasan. Seterusnya, seseorang yang melakukannya sebanyak tiga kali, akan mencapai kedudukan Imam Ali. Dan barang siapa yang mengamalkannya sebanyak empat kali, akan memperoleh tahap dan kedudukan Nabi Muhammad.”Persoalannya, di manakah rasionalnya untuk disamakan kedudukan pengamal nikah mutaah dengan kedudukan Baginda Nabi Muhammad SAW jika Baginda sendiri memansuhkan pernikahan ini?Pernikahan bermaruahWalaupun perkahwinan dan amalan poligami Baginda SAW menjadi bahan kritikan sesetengah golongan, contohnya Orientalis, tetapi setiap pernikahan Baginda dengan wanita yang dinikahi adalah secara bermaruah. Tidak ada bezanya antara nikah mutaah dengan pelacuran, malah mungkin kedudukannya lebih rendah berbanding dengan pelacuran jika kadar mas kahwin dipersetujui pasangan jauh lebih kecil dengan bayaran untuk seorang pelacur. Dalam maqasid al-Shariah, antaranya ialah menjaga maruah demi kemaslahatan umat Islam. Jika keseronokan menjadi tujuan utama, nescaya masyarakat akan menjadi rosak. Apabila masyarakat rosak, maka rosaklah negara.
Masa sesuai tarbiah diri lakukan perubahanKita sudah menghampiri pertengahan Ramadan yang penuh keberkatan. Pastinya kita telah mengorak langkah dan mencapai kenikmatan mengerjakan ibadah termasuk solat sunat Tarawih. Namun, langkah yang telah dimulakan harus sentiasa dikemas kini.
Ganjaran pahala berlipat ganda
Firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (di jalan kebaikan) adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.” (Surah at-Taghaabun, ayat 16)
Apakah kita semakin berasa kelazatan dalam beribadah dan kehidupan semakin berubah mengikut panduan Ramadan yang berkat, seterusnya mendapat maghfirah dan rahmat Allah SWT. Selari keberkatan bulan penuh rahmat ini, Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda untuk mereka yang sentiasa mencari dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.Firman Allah SWT bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)Bagaimanakah untuk meraih ganjaran pahala yang hebat itu? Kita hendaklah mempunyai keinginan dan keazaman kuat. Keinginan ini harus disokong dengan pengetahuan yang benar dan penghayatan terhadap nilai sesuatu amalan berlandaskan ajaran Islam.Contohnya, bagi menggalakkan umat Islam berpuasa Ramadan, kita dituntut menunaikannya dengan iman dan ihtisab iaitu menjiwai ganjarannya. Menjalani latihan dalam tempoh masa berterusan. Sedarlah, kita sebenarnya diberi satu tempoh yang mencukupi untuk faedah jasmani dan rohani. Latih tubi pelbagai aktiviti sama ada yang fardu atau sunat yang kita jalani setiap waktu perlu dilaksanakan dengan semangat.Yakinlah hasil daripada latihan ini, kita diberikan bekalan dan tenaga yang mampu untuk dimanfaatkan dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Jika nikmat dikecapi tanpa henti itu adalah maghfirah dan keampunan Allah, sudah pasti tiada ruang untuk tabiat buruk menguasai diri seseorang.Puasa Ramadan mengandungi didikan untuk setiap lapisan masyarakat merangkumi tarbiah zahir dan batin. Umat Islam yang ingin melakukan perubahan sebenarnya bukan bersendirian, tetapi bersama orang lain yang inginkan perubahan ke arah kebaikan. Keprihatinan satu pihak terhadap pihak lain dalam ujian yang dihadapi dapat meringankan bebanan seterusnya membantu mereka merebut rahmat Allah dan keampunanNya pada bulan mulia ini. Ketahuilah takwa adalah hasil yang diharapkan daripada amalan pada Ramadan. Ia akan menjadi bekalan orang beriman dan perisai supaya manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat serta kejahatan. Usahlah kita lalai dan leka daripada memanfaatkan bulan yang hanya tiba sekali dalam setahun ini kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput. Bayangkanlah, apakah nasib dan balasan yang akan diterima jika kita menemui ajal dalam keadaan lalai serta tidak sempat bertaubat.Maka, bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT, ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh. Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia juga tidak akan membiarkan maksiat berterusan.Takwa bukan perkara mudah dicapaiPercayalah, takwa yang menjadi tujuan utama kita berpuasa bukan perkara mudah yang hendak dicapai. Bahkan sahabat pun melahirkan kerisauan membentuk sebenar-benar takwa sehingga turun ayat al-Quran.Firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (di jalan kebaikan) adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.” (Surah at-Taghaabun, ayat 16) Walaupun bulan impian ini kelihatan memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam, tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya untuk mencari maghfirah sebagai satu inspirasi kehidupan. Penuhilah ruang dan masa sepanjang bulan ini dengan perkara kebajikan, kebaikan dan berpahala.