Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Sabtu, Februari 18, 2012

Khutbah Jumaat: Dahulukan perkahwinan jika takut lakukan maksiat


Ibu bapa kena penuhi keinginan anak dengan adakan majlis kenduri secara sederhana

DALAM kekecohan kita mendengar berita anak-anak muda masa kini terbabit dalam kegiatan maksiat yang berkaitan dengan seks bebas dan rambang, penyelesaian yang diajar oleh Islam perlulah diteliti untuk difahami dan diguna pakai. Apa yang nyata terbabitnya seseorang dalam perzinaan kerana gagal mengawal nafsu seks yang memuncak.
Budaya berzina terus menjadi isu panas kerana sering dikaitkan dengan kes pelacuran, kegiatan melanggan GRO, rumah urut, kelab malam, video porno, laman web lucah, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan.
Pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”
Walaupun budaya keji ini dibenci semua agama, tetapi hanya Islam yang mengenakan hukuman paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang belum pernah berkahwin. Hukuman keras yang dikenakan Islam ini amat tepat kerana perbuatan berzina ialah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan. 

Pada Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan, pergaulan bebas adalah punca utama perzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang mengghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 32 bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”

Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab seksa yang sangat pedih di neraka Jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadis disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pintu menuju perzinaan, sedekat itulah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita, tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan.

Nafsu seks ialah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimanapun, hawa nafsu hendaklah disalurkan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah. Hadis daripada Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang mungkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah: “Adakah kami mendatangi isteri kami baginya mendapat pahala? Rasulullah bersabda: “Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya apabila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah mendapat pahala”. 
Sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah SAW itu agak terkejut kerana mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga. Lantaran itu mereka pun segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan: “Melakukan hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”. Rasulullah SAW menjelaskan dengan mudah: “Jika seseorang melakukan zina maka mereka berdosa, dimasukkan ke dalam neraka kerana persetubuhan haram. Tentulah tidak adil jika tidak diberi pahala bagi seseorang yang berusaha melakukan pernikahan yang halal bagi menghindarkan daripada melakukan zina. Jika orang yang berzina itu menerima padah masuk neraka, maka logiknya orang yang melakukan persetubuhan halal itu diberi pahala dan seterusnya memasuki syurga Allah”.

Selari dengan mengawal pintu nafsu, maka pada dasarnya hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah wajib kepada mereka yang berkemampuan dan mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskan ke lembah maksiat. Berdasarkan kepada pandangan ahli-ahli fiqh dan hadis Rasulullah SAW bahawa mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah mendahulukan perkahwinan daripada ibadah yang lain kerana dikhuatiri maksiat akan berlaku pada dirinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Menurut pandangan Imam al-Nawawi dan al-Shafie golongan pemuda yang dimaksudkan di dalam hadis itu ialah mereka yang sudah baligh dan belum mencapai usia 30 tahun. Penekanan kepada usia ini kerana ia berada pada peringkat segala-gala memuncak kecuali kematangan. Kebiasaan pada peringkat umur ini, nafsunya tinggi, semangatnya kuat, tenaganya berlebihan, hasrat ingin mencuba timbul di dalam pelbagai perkara namun malangnya kebanyakan perhitungan mereka itu singkat belaka.

Justeru berdasarkan kepada tuntutan kehidupan ini, mimbar menyeru kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang seusia sebegini memberi perhatian kepada keperluan mereka. Ingatlah bahawa dasar hukum perkahwinan yang ditetapkan Islam adalah tidak membebankan. Berdasarkan sirah Rasulullah SAW bahawa sekurang-kurangnya majlis walimah atau kenduri kahwin ialah menyembelih seekor kambing, kadar mas kahwin dan hantaran yang rendah adalah dituntut kerana membawa keberkatan dalam perkahwinan dan perlu mengelakkan pembaziran. Begitu juga kepada pihak berkuasa agar dipermudahkan segala urusan bagi pasangan yang telah mencukupi segala syaratnya demi menutup segala pintu kemaksiatan.

Mimbar ingin berpesan kepada jemaah dan umat Islam sekalian, apabila seseorang itu berkemampuan membina rumah tangga maka hendaklah ia bersegera bernikah. Perkataan al-nikah itu sendiri sebenarnya daripada lafaz yang mengandungi maksud mengharuskan bersuka-suka pasangan suami isteri dalam bentuk yang diizinkan syarak. Justeru, tekanan perasaan keinginan dan nafsu yang terkumpul dalam diri dapat diluahkan dengan cara yang diredai Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu terpaut (rasa kagum) dengan seseorang perempuan lalu memberi kesan dalam hatinya maka hendaklah dia mendapatkan isteri dan menyetubuhinya kerana itu boleh menghilangkan apa yang ada dalam dirinya” (Riwayat Muslim). Oleh itu dengan kewujudan pasangan yang sah dapatlah memelihara larangan Allah SWT dari segala kemungkaran yang bersangkutan dengan kemaluan dan mata serta dapat mengawal pintu nafsu. - Sumbangan JAKIM

Isnin, Februari 13, 2012

Tukarkan Timeline Facebook Anda Menjadi Filem Dengan Movie Maker Timeline

Good news to all Facebook users, now they can turn their Facebook Timeline into Movie with Timeline Movie Maker. Marketing Agency Definition 6 and Facebook have released the new Facebook app Timeline Movie Maker, which helps you to turn your Timeline profile into a 55-second movie from your memories stored in the social network. Its very easy to use just go to the site and click make your movie option and allows the app access to your basic information and stories (content from your Facebook profile).



After that you can just sit back and wait for the app to sort through your profile information to create your movie. At this time Timeline Movie Maker creates one-minute movies featuring highlights from users’ timelines.
After the movie is done, you’ll have the option to replay or share it with your friends. And also you can change the soundtrack of the movie and also you can change any of the photos you don’t like with new ones. After all these changes you have to press the “Remake Your Movie” button at the bottom of the screen.
Thats it now you ready to share your Facebook timeline movie with your friends. But there is no option to download the finished movie.

2 Cara Peroleh Semula Kehilangan Telefon Android Anda


Losing your Mobile Phone can be as scary and stressful as losing your wallet, especially if you store passwords, financial data, and other sensitive material on you handset. So here today we Provide you to Apps which will help you to Recover and Find your lost Android Mobile Phone easily. All these 2 apps are free and Helpful to all Android Mobile Users.

1. Where’s My Android

Ricover, Lost, Android, Mobile
Ever lost your phone and you go to call it to listen for the ringer and remember its on silent mode? Now when you lost it you can text your phone and it will turn silent mode off, the ringer volume up, and start ringing. Where’s My Android is awesome! It helps you find your phone when the ringer is turned all the way down or on vibrate.
Once the app is set up, there is nothing more you need to do for it to work. There are a only a few settings: choose the attention words, set a custom ringtone if you have the paid version and tell it how long you want it to continue ringing assuming you haven’t located your phone.

2. Mobile Defense Android App

Mobile Defense, put simply, helps you protect your Android phone in case it’s lost or stolen. The app runs quietly in the background of your device, using a negligible amount of memory and battery power (in fact, its creator says the program employs practically no resources unless you’re actively using it).
When you install the app, you set up a secure account that allows you to log on from the Mobile Defense Web site. Then, anytime you can’t find your phone, you simply sign in, click “Connect to Phone,” and you’re locked into your Android device.
Mobile Defense will pinpoint your phone’s location down to an exact address, even displaying it for you on an embedded interactive map. Within the same dashboard, you can remotely lock or unlock your phone and sound a loud “scream” (think obnoxious car alarm noise) through your phone’s speaker.


Jumaat, Februari 10, 2012

Khutbah Jumaat: Islam utamakan semangat toleransi, hidup aman damai


ISLAM sudah mengatur prinsip dasar semua bidang kehidupan umat manusia. Termasuk di dalamnya ialah konsep toleransi dan hubungannya dengan penganut agama lain. Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi ini dengan pelbagai macam suku bangsa, ras, agama dan etnik. 

Dengan itu Allah SWT mengajarkan konsep toleransi yang bertujuan untuk mewujudkan perdamaian antara umat manusia. Firman Allah SWT dalam surah Al-An’aam ayat 108 bermaksud: “Dan janganlah kamu menghina apa yang mereka sembah selain daripada Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”
Menurut Imam ar-Razi, ayat ini adalah satu pendidikan kepada orang yang ingin berdakwah kepada agama Allah SWT dengan tidak melakukan tindakan yang tidak ada faedah dalam mencapai tujuan dakwah. Begitu juga pandangan Imam al-hakim di dalam kitabnya tafsir Mahasin at-Takwil bahawa cercaan terhadap orang bukan Islam akan membawa kepada kejahatan yang lebih besar iaitu celaan penganutnya terhadap Allah SWT.
Justeru, sebagai umat Islam kita ditegah mencemuh atau mengejek kerana dikhuatiri mereka akan membalas penghinaan itu. Namun sekiranya mereka melanggari hak-hak kita sebagai orang Islam maka hendaklah kita mempertahankan demi kemuliaan dan kehormatan umat Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 54 bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad, maka Allah akan datangkan suatu kaum yang Dia kasihi dan mereka juga kasihkan-Nya , mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas terhadap orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya .” Inilah konsep toleransi yang diajarkan Islam. 

Perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia. Meskipun kita bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, tetapi kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Allah SWT mengizinkan umat-Nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada orang yang berbeza akidah sekalipun. 

Allah SWT mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak penganut agama lain. Pengajaran paling penting, kita dilarang berlaku tidak adil terhadap mereka hanya disebabkan perbezaan akidah. Sebaliknya jika hak Islam digugat, maka barulah Islam mengizinkan umatnya bertindak mengikut lunas-lunas seperti yang digariskan oleh syarak. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9 bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. 

Ayat ini juga menjelaskan bahawa Islam memerintahkan agar umatnya bertoleransi dan menghormati penganut agama lain. Oleh yang demikian, sebarang tindakan kekerasan terhadap masyarakat bukan Islam dengan alasan berbeza agama adalah tidak dibenarkan secara syariat. 
Penghormatan terhadap masyarakat bukan Islam juga telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW. Peristiwa ini dapat kita hayati menerusi sirah Nabawiyah. Perhatikan ketika peristiwa Piagam Madinah yang terkenal di dalam sejarah Islam. Baginda telah menyeru umat Islam agar sentiasa menjaga hak keharmonian manusia sekalipun kepada bukan Islam. Ia adalah lambang keadilan Islam terhadap umat manusia keseluruhannya. Antara butir-butir kesepakatan yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim, maka hendaklah mereka dilindungi dan diberi keamanan di bawah kekuasaan Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bermaksud: “Barang siapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti aku, dan barang siapa yang menyakiti aku, maka ia telah menyakiti Tuhan”. (Riwayat Abu Daud). 

Seharusnya umat Islam memahami tuntutan keadilan dan sikap bertoleransi ini. Namun, toleransi yang dimaksudkan bukanlah bererti kita mengakui doktrin keyakinan mereka kerana di dalam persoalan akidah Islam tidak sama sekali berkompromi dengan kesyirikan. Toleransi yang dimaksudkan oleh Islam ialah dalam muamalah harian di samping akhlak yang baik mampu menjadi satu dakwah mereka kepada Islam. 

Bersempena dengan bulan keharmonian antara penganut agama yang disambut pada setiap minggu pertama Februari, yang bertujuan mewujudkan keharmonian antara penganut agama sebagai jalan penyelesaian terhadap konflik dunia, maka mimbar menyeru kepada umat Islam sekalian agar sama-sama kita melaksanakan seruan Baginda SAW agar sentiasa bermuamalah dengan baik kepada siapa saja termasuklah orang bukan Islam. Marilah kita mencontohi akhlak Baginda SAW ketika berurusan dengan bukan Islam selagi mana mereka tidak menceroboh hak-hak kita sebagai orang Islam. 

Islam mengajar kita agar bersikap merendah diri, sabar, bertoleransi, namun pada masa yang sama kita mesti bersikap tegas terutama dalam isu yang menyentuh akidah, syariat dan syiar umat Islam.