AJARAN Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun lalu sebenarnya banyak menekankan persoalan kemasyarakatan seperti nilai kasih sayang serta sikap bersederhana dalam kehidupan seharian.
Walaupun hakikatnya persoalan ibadah amat ditekankan sebagai satu cara menghubungkan diri dengan Allah SWT namun hubungan sesama manusia juga penting demi kelangsungan menggapai kerahmatan Allah SWT.
Walaupun hakikatnya persoalan ibadah amat ditekankan sebagai satu cara menghubungkan diri dengan Allah SWT namun hubungan sesama manusia juga penting demi kelangsungan menggapai kerahmatan Allah SWT.
Prinsip toleransi yang mengandungi sikap baik sangka, mudah menerima teguran, berfikiran terbuka serta wasatiah akan mampu melahirkan hubungan erat dan sejahtera dalam komuniti seterusnya menjadi pemangkin kemakmuraan negara
Justeru, adalah tidak tepat andai masih ada suara yang mempertikaikan Islam sebagai agama mahabbah, berlapang dada, saling hormat-menghormati serta mementingkan semangat toleransi dalam kalangan umatnya.Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata antara kebenaran (Islam) dengan kesesatan (kufur).” (Surah al-Baqarah, ayat 256)
Konsep toleransi yang diajar Rasulullah SAW sewajarnya menjadi landasan dakwah yang mampu memikat seseorang untuk mendekati Islam kerana nilai toleransi itu sendiri menunjukkan Islam bersedia berkongsi masalah dan pendapat tanpa memikirkan anutan atau ideologi seseorang.
Prinsip toleransi yang mengandungi sikap baik sangka, mudah menerima teguran, berfikiran terbuka serta wasatiah akan mampu melahirkan hubungan erat dan sejahtera dalam komuniti seterusnya menjadi pemangkin kemakmuraan negara.
Hasilnya, perselisihan faham yang boleh mengundang kepada perpecahan dan pergaduhan dapat dielakkan.
Membina toleransi dalam diri bukan suatu perkara mudah kerana kita mudah diresapi perasaan beremosi, dendam dan marah yang meluap-luap hingga menyebabkan kita terpaksa melakukan tindakan di luar pertimbangan akal yang waras.
Justeru, sebagai umat Islam yang berakhlak dan beretika, kita disarankan banyak bertenang dan bersabar dalam menghadapi apa saja situasi di samping banyak memohon doa kepada Allah.
Mutakhir ini, pelbagai provokasi, kecaman dan penghinaan ditujukan kepada umat Islam serta agama Allah melalui pelbagai saluran media sama ada dalam bentuk tulisan, karikatur dan sebagainya wajar dihadapi dengan cara berhikmah, berhemah serta bijaksana.
Jangan terperangkap dengan tindakan melampau segelintir manusia yang cuba memburukkan wajah dan imej Islam di mata dunia. Rasulullah SAW adalah insan terbaik yang patut kita contohi tatkala berhadapan dengan mereka.
Kata kesat, maki hamun dan umpat nista yang dihamburkan perlu kita balas dengan berlapang dada, tabah serta menjawabnya dengan ungkapan yang baik dan mulia. Kalimah penuh sopan dan tertib inilah senjata yang akan menundukkan mereka memahami ajaran Islam yang luhur dan syumul.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah mengenai sikap dan pendirian Rasulullah SAW tatkala Baginda diherdik dan dikasari oleh seorang lelaki. Beberapa orang sahabat berada di situ mempertahankan Rasulullah SAW dengan cara mengherdik kembali perbuatan lelaki itu.
Baginda bersabda yang bermaksud: “Biarkanlah dia, kerana setiap orang mempunyai hak untuk berkata-kata. Belikan dia seekor unta dan hadiahkanlah kepadanya. Kata sahabat: Kami tidak mendapatkan kecuali yang lebih baik jenisnya. Baginda bersabda: Beli dan berikanlah kepadanya kerana sebaik-baik kalian ialah yang terbaik keputusannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sikap bersederhana dan toleransi bukan bererti umat Islam perlu pasif atau membiarkan saja diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh musuh Islam.
Maruah dan harga diri umat Islam wajar dipertahankan melalui pendekatan berhemah seperti penerangan, hujah ilmiah, diskusi serta dialog keilmuan demi menegakkan keadilan yang sebenar-benarnya selain meletakkan imej Islam di tempat teratas.
Namun, dalam aspek kemungkaran dan perbuatan keji, Islam tidak akan bertolak ansur kerana kepentingan Allah dan Rasul wajar didahulukan berbanding dengan kepentingan duniawi.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah diubah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, hendaklah diubah dengan lidah (nasihat), jika tidak mampu juga ubahlah dengan hati kerana itulah selemah-lemah iman.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan