Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^
Ahad, Januari 23, 2011
OFW dan CFW..mana lebih baik???
Mula sekali, apa itu CFW? Customized Firmware dan OFW? Original Firmware.Firmware untuk 'handphone' ataupun dipendekkan HP sebagai OS(operating software) macam komputer yang memerlukan Windows dan Linux untuk menjalankannya.Fokus saya lebih terarah CFW Nokia 5800 kerna saya gunakan HP itu sekarang.Kita tidak pernah puas dengan benda yang ori, contohnya kereta.Bagi peminat kereta, mereka sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk 'customized' biar kasi lawa dan gerek(power).Jadi, samalah tentang HP juga.Laman web seperti PNHT dan DailyMobile menyediakan tutorial dan fail-fail penting untuk CFW yang kita ingin gunakan.Saya dapat belajar cara-cara untuk flash/format HP ke CFW atau OFW untuk membandingkan perbezaan kedua-duanya.Sekarang ini, HP saya telah menggunakan CFW 5800 yang telah diubahsuai dari OFW C6 dan boleh digunakan seperti biasa fungsi HP itu.Perbezaan ketara ialah CFW 5800-C6 dari segi kelajuan sistem dan ketika menayangkan gambar.Selain itu juga, 'Homescreen' 5800 berubah menjadi seperti C6 dan N97 yang mempunyai aplikasi widget shortcut tertentu.Tetapi ada juga pembuat CFW mengubahsuai OFW 5800 sendiri menjadi lebih laju dan menarik.Homescreen 5800 boleh dipilih sehingga 9 jenis(kalau OFW ada 4 sahaja).Semakin lama kita mahir benda ini, kita akan rasa mudah sahaja untuk menukar FW HP samada tujuan untuk mencuba suka-suka atau HP terkena virus yang memerlukan diformat semula.Selamat mencuba!!! =)
Rabu, Januari 19, 2011
Peguam Syarie Menulis: Pengajaran sebalik kontroversi azan
Penduduk majmuk perlu hormati hak kebebasan beragama
ISU bantahan peguam yang menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Lembah Pantai membantah laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah dianggap selesai apabila kelmarin, peguam terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam.
Tindakan peguam berkenaan mendapat bantahan seluruh umat Islam, maka wajarlah permohonan maaf dibuat kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Azan, syiar Islam yang bermula di Madinah pada tahun pertama hijrah seperti disebut dalam hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar semasa orang Islam mula sampai di Madinah dan berkumpul menunggu menunaikan solat tetapi tiada yang menyeru untuk bersembahyang.
Maka Rasulullah SAW pada satu hari mengumpulkan sahabat untuk membincangkan cara mengingatkan umat Islam mengenai masuk waktu solat dan mengajak mereka ke masjid menunaikan solat berjemaah.
Dalam perbincangan itu, ada mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ditiupkan serunai atau terompet, dibunyikan loceng dan dinyalakan api di atas bukit. Namun, semua usul itu ditolak Nabi Muhammad SAW kerana sama dengan amalan agama lain seperti Nasrani (Kristian) dan Yahudi.
Kemudian Saidina Umar mencadangkan supaya dilaungkan ayat ‘telah datang waktu solat’ dan cadangan itu diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada ‘marilah solat berjemaah’.
Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab sama-sama bermimpi, mengenai cara lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan ‘azan’ seperti yang ada pada hari ini.
Apabila mimpi sahabat disampaikan kepada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Mimpi itu mimpi yang benar.” Lalu Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan pada setiap kali masuk waktu solat.
Untuk solat Jumaat, dua kali azan iaitu pertama menandakan masuk waktu Zuhur memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum imam memulakan khutbah Jumaat.
Manakala azan Subuh semasa zaman Rasulullah SAW dikumandangkan sebanyak dua kali seperti dilakukan di Masjidilharam.
Pertama, selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu umat Islam waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa.
Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz ‘solat itu lebih baik daripada tidur’. Azan juga sunat dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir.
Dalil mensyariatkan seruan azan ialah firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...” (Surah al-Ma’idah, ayat 58).
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keajaiban syiar Islam dalam azan ini terbukti apabila azan akan berkumandang di setiap minit selama 24 jam sehari di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.
Ribuan bilal akan melaungkan azan Subuh seawal 5.30 pagi, bermula di bahagian timur Indonesia dan bergerak ke barat kepulauan Indonesia.
Belum pun laungan azan itu selesai di seluruh Indonesia, azan akan bergema pula di Malaysia, kemudian disambut di Thailand, Myanmar, China dan seterusnya. Azan akan terus bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.
Sebelum berakhir di Pakistan, laungan azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman, kemudian di Emiriah Arab Bersatu, di tanah suci Makkah, Madinah dan negara lain. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah.
Sebelum azan subuh bergema di situ, azan Zuhur sudah berkumandang di Indonesia semula dan begitulah seterusnya laungan azan akan bersahut-sahutan di serata pelusuk dunia melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad SAW setiap detik, sepanjang waktu.
Semoga selepas ini tidak ada lagi pihak mempertikaikan amalan agama masyarakat di negara ini.
Janganlah menghuru-harakan keadaan masyarakat yang hidup dalam rukun dan damai. Walaupun permohonan maaf dibuat, namun hakikatnya ada yang tersinggung dengan tindakan itu.
Perbuatan menghina amalan agama sesuatu masyarakat tidak sepatutnya berlaku kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang bangsa, agama dan kepercayaan.
Cuba bayangkan jika umat Islam mempertikai amalan upacara keagamaan lain seperti amalan membunyikan loceng di kuil pada waktu Maghrib atau membakar colok di tokong yang mengeluarkan asap serta bau tidak menyenangkan, sudah tentu penganut agama itu akan marah.
Hakikat agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama lain bebas untuk dianuti seperti termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan perlu difahami dan dihormati masyarakat bukan Islam.
Agama Islam yang diletakkan di bahagian awal dalam Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan, kedudukan dan keutamaannya. Mempersoalkan kesucian Islam ibarat menghina pelindung kepada kesucian agama Islam di negara ini iaitu Yang di Pertuan Agong.

Rabu, Januari 12, 2011
Solat tepati syarak kunci utama peribadi cemerlang
MEMETIK Khutbah Syekh Ali Abdul Rahman Al-Huzaify bertajuk ‘Kebahagiaan Dalam Muhasabah Diri’ menunaikan perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya berpaksikan prinsip keredaan daripada Allah dan Rasul-Nya.
Ketahuilah kejayaan seorang Muslim dan kebahagiaan di dunia serta akhirat bergantung sejauh mana ketaatan dan muhasabah diri terhadap perkara yang diredai Allah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan perhatikanlah apa yang akan dilakukan untuk hari esok serta bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat mengetahui dengan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Hashr: Ayat 18).
Kita semua melihat, mengetahui, merasai dengan kesusahan dan kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini berpunca daripada kesalahan kita sendiri yang banyak melakukan pelanggaran hukum serta mengabaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Firman Allah bermaksud: “Dan apa-apa musibah yang menimpa kamu adalah perbuatan tangan mu sendiri dan Allah memaafkan banyak dari kesalahan kamu.” (Surah Syura: Ayat 30).
Sesungguhnya keadilan Allah terlaksana dengan hikmah dan kebijaksanaan-Nya terhadap semua makhluk tanpa seorang pun yang terlepas darinya. Inilah sunnah Allah yang akan berlaku tanpa syak dan ragu lagi.
Firman Allah bermaksud: “Maka kamu tidak akan mendapat perubahan dari Allah dan tiada penyimpang bagi segala ketentuan Nya.” (Surah Fatir: Ayat 43).
Ulama tafsir menyebut, Allah tidak akan menganiaya kamu di dunia dan akhirat jika kamu bersyukur serta tahu menilai dengan ukuran perbuatan baik tetapi Allah akan menimpakan azab-Nya kepada yang ingkar dan berpaling tadah. Kunci utama pembentukan peribadi masyarakat cemerlang ialah menjaga solat serta mengukuhkan pegangan dengan Allah dan menyeru manusia ke jalan yang benar.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya berjaya mereka yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk.” (Surah Al-Mukminun: Ayat 1-2).
Disiplin dan keikhlasan dalam solat disifatkan oleh Rasulullah dalam sabdanya bermaksud: “Sesiapa yang bersolat tepat pada waktunya dengan penuh khusyuk serta menyempurnakan wuduk, rukuk serta sujudnya, akan didatangi solatnya pada hari kiamat seraya berkata: Semoga Allah memelihara kamu seperti kamu memelihara aku dulu dan sesiapa yang bersolat di luar waktunya serta tidak menyempurnakan wuduk, rukuk serta sujudnya dan tidak khusyuk, akan dikatakan padanya: Kamu akan diabaikan pada hari ini seperti kamu mengabaikan aku dulu.” (Hadis riwayat Tabrani).
Sahabat Nabi serta tabi’in sentiasa bermuhasabah solat yang dilakukan sehingga darjat dan kedudukan mereka sentiasa diangkat oleh Allah.
Sahabat Nabi, Zuhri bertemu Anas Bin Malik di Syria dalam keadaan Anas menangis lalu Zuhri berkata: “Kenapa kamu menangis wahai Anas? Lalu Anas menjawab: “Aku tidak dapat pastikan solat manakah yang diterima oleh Allah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Bersempena semangat dan keazaman baru ini, marilah bersama kita renungkan ibadat solat kita lakukan, apakah ia menepati kehendak syarak (dengan ilmu) atau sekadar melepaskan batuk di tangga.
Sejauh mana ilmu yang dipelajari mengenai solat kerana gejala dan perpecahan sedang melanda umat Islam kini adalah hasil daripada pengabaian mereka terhadap kewajipan solat.
Firman Allah bermaksud: “Mohonlah bantuan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 45).
Sebenarnya, segala kebaikan dan keberkatan adalah buat umat Nabi Muhammad sehingga hari kiamat. Namun, ia memerlukan muhasabah tinggi terhadap ibadat solat mereka lakukan.

Sabtu, Januari 08, 2011
MiniLyrics-Papar lirik untuk muzik kegemaran anda!!!
Anda mahu berkaraoke? Tetapi lupa lirik?Opss..Inilah aplikasi PERCUMA yang akan memaparkan lirik secara turutan mengikut apa jenis lagu dalam koleksi muzik anda.Pastikan sambungan internet dipasang dahulu supaya aplikasi ini dapat memuat turun lirik-lirik lagu kegemaran anda dan bergembiralah menyanyi dengan mudah sekali.Carian pantas untuk lirik kerana menggunakan carian integrasi dengan Google dan muaturun fail lirik( .lrc saiznya kecil sahaja) yang laju .Kalau keluar 'MiniLyrics (Evaluation Version)' jangan panik! Anda hanya perlu tekan 'close'.Selamat mencuba...
#merujuk gambar diatas: Winamp player + MiniLyrics(skin winamp)
DOWNLOAD>>> click HERE
Selasa, Januari 04, 2011
Koleksi Gambar Latarbelakang(background) Bing 2010
Kali ini saya ingin berkongsi pelbagai gambar yang ditayangkan di Bing sepanjang tahun 2010. Apa itu bing? Bing ialah salah satu enjin carian web yang Microsoft hasilkan untuk menyaingi Google. Uniknya tentang Bing , gambar latarbelakang ditukar setiap hari mengikut tema ataupun sambutan yang diraikan oleh seluruh penduduk dunia. Gambarnya pula amat berkualiti dan cantik lagi mempunyai nilai seni yang tersendiri. Sampai sekarang saya simpan gambar-gambar itu dan menambahnya setiap hari dengan melawati Bing. Inilah salah satu gambar yang ada dalam koleksi ini :
Untuk lebih gambar lagi klik di sini
For download this awesome collections click here

Langgan:
Catatan (Atom)