Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Sabtu, September 12, 2009

Tingkat ibadah pada 10 akhir Ramadan

petikan bharian...
ORANG ramai berbuka puasa di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah sebelum mereka menunaikan solat Maghrib.

SEPULUH hari terakhir Ramadan menyaksikan tumpuan jemaah yang melakukan ibadat umrah dan ziarah untuk menghabiskan sebahagian puasa di tanah haram, baik di Makkah atau Madinah.

Semakin ramai yang menjadikan fasa terakhir Ramadan ini untuk mengerjakan umrah, manakala pada sebelah malamnya menunaikan solat tarawih di Masjidilharam, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah.

Tinjauan penulis mendapati, ramai rakyat Malaysia menyertai ribuan jemaah lain melakukan umrah Ramadan yang semakin popular di kalangan umat Islam masa kini terutama pada akhir Ramadan. Melihat ribuan jemaah berbuka puasa serentak di hadapan Kaabah, terasa cukup kecilnya manusia ini di hadapan rumah Allah, walaupun hanya berbuka dengan air zamzam dan kurma yang disedekahkan.

Jemaah kini tertumpu untuk melakukan solat sunat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran bagi mencari malam lailatulqadar pada hari-hari terakhir Ramadan.

Tiada ulasan: