Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Selasa, Mac 31, 2009

4 GOLONGAN

Kehidupan manusia tidak terlepas dalam kategori tersebut :

1. Golongan Paling Rugi - Tidak berjaya di dunia mahupun di akhirat

2. Golongan Rugi - Berjaya di dunia tetapi gagal di akhirat

3. Golongan Untung - Gagal di dunia tetapi berjaya di akhirat

4. Golongan Paling Untung - Berjaya di dunia dan di akhirat

Oleh sebab itu kita disarankan agar selalu membaca doa "Rabbana atina fi dunniya hasana wa fil akhirati hasana waqina azabannar"
Pilihan di tangan kita!
Insyallah.....

KOLEKSI HADIS-HADIS , PETIKAN QURAN DAN KATA- KATA MUTIARA v.003

1. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh & rupa paras kamu tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu – (H . Muslim)

2. Hak sesama muslim 6 perkara : Memberi salam, Memenuhi undangan, Memberi nasihat, Mendoakan orang bersin, Ziarah orang sakit dan Mengiringi jenazah – (H . Baihaqi)

3. Rasulullah ditanya : 2 orang bertemu mana satu yang patut memberi salam. Jawab Rasulullah : Yang memulakan salam itu lebih baik di sisi Allah – (H . Tirmizi)

4. Orang mukmin itu, segera solat bila sampai masa, solatnya khusyuk, kata-katanya penawar, sabarnya taqwa, diamnya berfikir & pandangannya iktibar – (Hasan Basri)

5. Sesiapa yang solat tetapi solatnya tidak dapat menjauhkan dia dari perbuatan keji dan mungkar, maka solatnya hanya menjauhkan dia dari Allah – (H . Baihaqi)

6. Patutkah kamu menyuruh orang berbuat baik , sedangkan kamu sendiri lupa membuatnya(kewajipan itu)? Sedangkan kamu tahu kandungannya dalam kitab! – (Surah Baqarah : 44)

7. Orang-orang yang berjihad(pada jalan Allah) itu sebenarnya mereka berjihad untuk (kebaikan) diri mereka sendiri (didunia &akhirat) – (Surah Al-Ankabut : 6)

8. Kebahagiaan akhirat hanya dicapai dengan Taqwa , menjauhi kehendak nafsu & keinginan dunia lantas mendekati akhirat & menyerah diri kepada Allah – (Imam Ghazali)

9. Pohonlah pertolongan Allah dengan cara bersabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang tunduk(khusyuk)
- (Surah Baqarah : 45)

10. Orang-orang yang melakukan dosa dan dosa itu telah meliputi(sebati) dengannya, mereka itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya – (Surah Baqarah : 81)

11. Orang-orang yang bersedekah, malam dan siang, sembunyi atau diketahui orang, bagi mereka pahala, mereka tidak khuatir atau bersedih (dengan harta itu) – (Surah Baqarah : 273)

12. Allah sukakan Bersin dan bencikan Menguap. Apabila bersin ucaplah : Alhamdullilah. Hendaklah orang yang mendengar mengucap : Yaharmakallah. – (H . Tirmizi)

13. Allah bencikan menguap. Apabila menguap tahanlah seupayanya. Jangan berkata : Hah, hah. Kerana itu dari syaitan yang syaitan ketawa mendengarnya – (H . Tirmizi)

14. Telah aku tinggalkan kepada kamu semua , kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang padanya, Kitab(Quran) Allah dan Sunnahku – (H .Muslim)

15. Apa sahaja kamu nafkahkan kerana mencari redha Allah akn dibalas(pahala dll) sehinggakan apa yag kamu suapkan kemulut isterimu(akn dibalas) – (H . Bukhari)

16. Seburuk-buruk meminta tangguh ialah ketika kehadiran maut(ajal) dan seburuk-buruk penyesalan ialah ketika hari kiamat – (H . Baihaqi)

17. Jika suami mengajak isteri untuk bersama , tapi isterinya menolak, suaminya tidur dengan perasaan marah , maka isteri itu akan dilaknat malaikat hingga subuh – (H . Muslim)

18. Sesiapa yang bersabar Allah akan lipat gandakan pahlanya, sesiapa yang menderhakai Allah akan menerima azabnya – (H . Baihaqi)

19. Sebaik-baik manusia disisi Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberi Salam(kepada orang lain) – (H . Abu Daud)

20. Menggemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya didunia & akhirat, Sedang zuhudkan dunia akan merehatkan tuannya didunia diakhirat – (Ibnu Samak)



Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..

Selasa, Mac 24, 2009

HAJARRATUL ASWAD

Hajarratul Aswad seperti yang kita tahu terletak di salah satu penjuru Ka’abah di Masjidil Haram Kota Suci Umat Islam seantero dunia . Sejak bilakah batu itu berada di Makkah? Batu itu dikatakan datang dari syurga dan diturunkan ketika Nabi Adam A.S dan Hawa diturunkan ke dunia . Pembinaan Ka’abah bersama batu itu diteruskan cucu cicit Nabi Adam A.S sehingga kepada salah seorang nabi , Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S . Sehingga hari ini , tinggalan tapak kaki Nabi Ibarahim A.S diabadikan di makam Ibrahim yang berhadapan dengan pintu Ka’abah yang dapat dilihat sendiri jama’ah ketika mengerjakan ibadah tawaf . Pengalaman saya yang telah ke sana pada tahun lepas mengerjakan ibadah umrah mendengar cerita yang disampaikan mutawwif tentang asal nama batu Hajarratul Aswad . ‘Aswad’ itu sendiri perkataan arab dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu bermaksud hitam . Warna batu itu asalnya berwarna putih bersih lagi suci sebab datangnya dari syurga . Tetapi disebabkan tangan-tangan manusia yang berdosa sejak dari dulu lagi yang memegang batu itu akhirnya melekatlah warna hitam(dosa) yang dapat dilihat hari ini .
Jikalau mengimbas kembali sejarah Rasulullah S.A.W , pasti kita teringat tentang bagaimana Allah tunjukkan kebijaksanaan Nabi Muhammad yang kita kasihi dalm menyelesaikan satu masalah berkaitan batu ini . Pada ketika itu Mekah baru sahaja dilanda banjir besar sehingga batu ini beralih tempat asalnya . Pada masa yang sama Nabi belum lagi diutuskan Alah menjadi Akhirul Anbiyaa’. Semua ketua bani bertelagah dalam menentukan bani siapa yang paling layak mengangkat batu itu . Lalu mereka mengambil keputusan melibatkan campur tangan orang luar . Mereka bersetuju pada hari itu siapa yang masuk dahulu ke dalam kawasan Ka’abah berhak menentukan siapa yang layak mengangkat batu hajarratul aswad . Takdir Allah menentukan Nabi Muhammad orang yang pertama memasuki kawasan Mekah . Mereka semua setuju meletakkan keputusan ditangan Nabi yang juga cucu pembesar Bani Hasyim dan digelar Al-Amin .
Nabi mencadangkan mengambil kain mempunyai empat bucu yang mewakili setiap bani di situ dan meletakkan batu di bahagian tengah kain itu . Selepas itu mereka menarik kain bersama-sama lalu letakkan di tempat asalnya . Apabila mereka mendengar penerangan cadangan yang bagus itu , mereka begitu gembira kerana masing-masing mendapat peluang mengangkat batu itu . Mereka terus bersetuju tanpa ada sebarang bantahan .
Terbuktilah setiap Rasul itu Allah kurniakan kebijaksanaan untuk manfaat hamba-hambaNya .
Pada akhir zaman kelak setiap benda yang datang dari syurga akan ditarik Allah kembali ke syurga termasuklah batu Hajarratul Aswad selain Ar-Raudhah di Masjid An-Nabawi .
Oleh itu , mengapa ramai orang yang sanggup berasak-asak untuk menkucup dan mencium batu itu?
Jawapannya ada pada kata-kata sahabat Nabi yang dijanjikan syurga , Abu Bakar As-Siddiq r.a ketika dia ingin mencium batu suci itu : Wahai batu , Aku tidak akan menciummu kerana ku anggap kamu batu biasa , melainkan setelah melihat Nabi Muhammad S.A.W menkucupimu dan menjadi sunnahnya yang akan aku ikuti sehingga akhir hayatku…………

Rabu, Mac 11, 2009

GELAS YANG RINGAN , ADAKAH DIPEGANG LAMA MENJADI BERAT?



Cuba kita memegang gelas biasa yang diisi dengan air untuk seketika. Sudah tentu tidak berat bukan? Jadi kita ubah ‘eksperimen’ kita dengan memegang gelas itu untuk selama beberapa hari , minggu , bulan dan bertahun-tahun. Apakah hasilnya? Saya rasa 1 hari pun kita tidak akan berjaya melakukannya. Silap hari bulan boleh kejang tangan kita dibuatnya. Kita tambah sedikit dalam ‘eksperimen’ tadi. Setiap kali kita keluar dari rumah kita memegang 1 gelas tanpa meninggalkannya di rumah. Kesannya , apabila kita masuk di tempat kerja, tempat belajar dan tempat-tempat lain ditambah satu gelas yang lain setiap satu tempat yang kita pergi. Akhirnya bila pulang ke rumah bertambah banyaklah gelas di tangan kita! Kalau begitu jika semua gelas dikumpul dipegang , dalam masa yang singkat sahaja kita mampu memegang gelas-gelas itu dan tidak boleh memegang dalam masa yang lama. Pelikkan? Gelas pada asalnya ringan tiba-tiba kita tidak mampu memegangnya. Berat sangatkah gelas-gelas itu?
Tersirat: Gelas itu simboliknya MASALAH yang kita hadapi dalam kehidupan. Tidak kiralah masalah apa, baik di rumah ataupun di luar rumah. Besar atau kecil tetap juga masalah. Tetapi masalah kalau kita simpan dan semakin banyak akhirnya kita sendiri tidak mampu menyelesaikan. Sebab itulah setiap kali kita ditimpa masalah kita perlu segera menyelesaikannya agar tidak berlarutan dan memakan diri kita sendiri. Fikiran kita perlu sentiasa positif dan kita sendiri yakin masalah itu boleh diselesaikan, insyallah kita mampu menempuhinya. Jiwa yang tenang juga mampu membuka jalan buah fikiran berfikir dengan waras dan tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan. Jadikanlah setiap masalah itu pengalaman dan boleh juga berkongsi dengan orang lain dengan niat yang ikhlas……………….