Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Sabtu, Oktober 06, 2007

SELAMAT HARI RAYA


saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kpd semua yg mengenali saya dan maaf zahir dan batin.Smoga hari raya thun ni lebh bermakna untuk anda semua.............

Jumaat, Julai 27, 2007

LAWAT KLCC KALI PERTAMA



Seingat saya,saya pergi ke KLCC ketika umur 8 tahun. Saya pergi dengan rombongan bersama abah,mak dan 2 orang adik Naqib dan Asri.Kami memulakan perjalanan dari tempat tinggal saya ketika itu di Felda Bukit Serampang,Muar . Sebelum kami sampai ke KL , bas yang ke-2 (bukan bas saya) rosak sampai enjin berasap . Pada mulanya kami pergi beberapa tempat menarik sekitar Kuala Lumpur seperti Muzium Negara,Masjid Negara tetapi sebelum itu kami semua melawat Bandar Putrajaya terutamanya Masjid Putra . Kami sampai di KLCC pada waktu malam lebih kurang pukul 7 malam . Saya begitu teruja solat di Masjid As-Syakirin kerana ada air-cond .Sejuk sangat tapi badan saya masih boleh bertahan dalam suhu begitu . Saya tidak sempat melawat Suria KLCC kerana saya kepenatan dan tertarik melihat cerita kartun di kaca televisyen di dalam bas . Itu sahajalah pengalaman saya yang saya masih ingat......

Jumaat, April 20, 2007

HaRi JaDi AkU


Alhamdulillah pada hari ini genaplah umur saya 16 tahun . Itu ikut kalendar hijrah,kalau ikut tarikh hijrah saya sudah pun berumur 16 tahun . Insyallah bulan oktober 2007 nanti umur saya akan meningkat kerana jika tarikh lahir saya ditukar kepada tarikh hijrah (20 April 1991=5 Syawal 1411) jadi 17 tahun. Untuk convert tarikh masihi kpada tarikh hijrah klik di sini