Pages

Sila / Please 'LIKE' to support this blog..tq ^^

Isnin, Jun 13, 2011

Suruhan, larangan Islam jamin keberkatan hidup



Panduan pastikan umat sentiasa selamat dunia, akhirat

AGAMA Islam menganjurkan beberapa suruhan dan larangan untuk menjamin umatnya sentiasa dalam keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Berikut antara suruhan dan larangan yang boleh diamalkan untuk mendapat keberkatan hidup. 

  • Menziarahi orang sakit - Daripada Aisyah RA berkata: “Biasanya apabila ada seorang di antara kami menderita sakit, Rasulullah SAW mengusapnya dengan tangan kanan Baginda, kemudian Baginda berdoa: Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia. Berilah kesembuhan kerana Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ketika Rasulullah menderita sakit dan semakin parah, aku pegang tangan Baginda untuk melakukan seperti yang biasa Baginda lakukan. Namun Baginda menarik tangan daripada tanganku kemudian berdoa: Ya Allah, ampunilah aku dan jadikanlah aku bersama Rafiq A’la (Tuhan). Aku bergegas untuk melihat, ternyata Baginda sudah wafat.” (Sahih Muslim) 
  • Suruhan beri makan kepada haiwan ternakan - Hadis riwayat Abu Hurairah RA : “Bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ketika seorang lelaki sedang berjalan dan berasa sangat dahaga. Lalu dia mendapati sebuah telaga dan segeralah dia turun untuk meminumnya. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: Anjing ini sedang kehausan, lalu turunlah dia ke dalam telaga untuk mengambil air dan dipenuhkan ke dalam kasutnya. Kemudian dia beri minum kepada anjing itu. Allah SWT berterima kasih kepadanya serta mengampuninya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana haiwan seperti ini? Rasulullah menjawab: Pada setiap yang bernyawa ada pahalanya.” (Sahih Muslim)
  • Galak bunuh ular dan cicak - Hadis riwayat Ibnu Umar RA: Daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Bunuhlah ular berbisa, ular berbelang dua dan ular yang ekornya terputus kerana kedua-duanya dapat menggugurkan kandungan dan membutakan mata.” (Sahih Muslim) Hadis riwayat Ummu Syarik RA: “Bahawa Rasulullah SAW menyuruhnya untuk membunuh cicak.”
  • Berubat minum madu - Hadis riwayat Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Saudaraku merasa mual perutnya. Rasulullah bersabda maksudnya: Minumlah madu. Setelah orang itu memberi madu kepada saudaranya, dia datang lagi dan melaporkan: Aku telah memberi minum (madu) kepadanya tetapi dia bertambah mulas. Maka Rasulullah bersabda bermaksud: Maha benar Allah (dalam firman-Nya, surah an-Nahl, ayat 69) dan ada yang tidak baik lagi dengan perut saudaramu itu? Akhirnya Rasulullah memberi minum madu itu kepada orang yang sakit. Orang itu pun sembuh.” (Sahih Muslim)
  • Suruhan untuk berubat - Hadis riwayat Jabir bin Abdullah RA. Daripada Ashim bin Umar bin Qatadah: “Bahawa Jabir bin Abdullah menjenguk Muqanna. kemudian berkata: Aku tidak akan pulang sebelum engkau mahu berbekam, sebab aku pernah mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya berbekam itu ada pengubatan.” (Sahih Muslim) 
    Hadis riwayat Ibnu Umar RA. Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Panas demam itu berasal daripada didihan api neraka Jahanam. Oleh kerana itu dinginkanlah darjah panasnya itu dengan air.” (Sahih Muslim) 
  • Larangan bunuh semut - Hadis riwayat Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW: Bahawa seekor semut pernah menggigit seorang nabi. Nabi itu memerintahkan sahabat mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih (kepada-Ku)?” (Sahih Muslim) 
  • Larangan bunuh kucing - Hadis riwayat Abdullah bin Umar RA yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Seorang wanita diseksa kerana mengurung kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerana perbuatannya, iaitu ketika mengurung dia tidak memberi makan dan minum, selain tidak melepaskannya mencari makanan daripada serangga tanah.” (Sahih Muslim) 
  • Larangan berubat dengan dukun - Hadis riwayat Aisyah RA, dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya beberapa dukun pernah menceritakan sesuatu kepada kami dan kami mendapati apa yang mereka ceritakan itu benar. Rasulullah bersabda bermaksud: Itu adalah kalimah benar yang disambar oleh jin lalu dengan cepat dilemparkan ke telinga walinya tetapi di dalamnya sudah ditambahkan dengan seratus kedustaan.” (Sahih Muslim)

Sabtu, Jun 11, 2011

Nokia 5800 - RM-356 V52/C6 v20 - Carbon 6 Hybrid







This CFW Original by Joseph Alukka NOT me!!
I'm JUST fixed/added TWO things in this CFW and want to share all of you
Hope you like it =)
more info and  +credits click HERE 

Fix by ME :
*set time for auto-keyguard
*notification popupclock work perfectly


MEDIAFIRE PASSWORD : frantesi.blogspot.com

Rabu, Jun 08, 2011

KOLEKSI HADIS-HADIS , PETIKAN QURAN DAN KATA- KATA MUTIARA v.009

1.   Sejauhmana kejayaan yang dikecapi dengan penuh khayal, ,maka kesan kepada kegagalan dan kejatuhan yang bakal dihadapi pula akan membawa kepada tekanan jiwa(gila)

2.   Carilah bahagian kehidupan di dunia ini dengan sempurna agar hidup lebih bermakna dan mampu meraih syiar agama

3.   Tidak berguna kebahagiaan yang dinikmati andai Iman dan Islam tidak beserta kerana ia tidak mencapai matlamat manusia yang di hantar ke dunia

4.   Pelbagai penyakit itu datangnya dari pemakanan dan 75% daripadanya adalah hasil dari kekotoran JIN(kuman)

5.   Kerosakan kehidupan manusia adalah berpunca dari pengaruh terhdap kehidupan JIN itu sendiri, (Harta, Kekuasaan, Kemegahan) yang membawa kepada perbalahan

6.   Iman dan Islam itu tidak ada nilai andai kesempatan melaksanakan Iman tidak diendahkan dengan alasan kesibukkan dunia

7.   Perangi Dunia dengan akhirat, perangi Manusia dengan Kasih Sayang, Perangi Syaitan dengan Ibadat(Sunnah hidup) dan Perangi Nafsu dengan kesyukuran (Ibadah)

8.   Ada 7 tingkatan jalan ibadah iaitu : ilmu, taubat, godaan, rintangan, pendorong, kelemahan dan puji kesyukuran

9.   Jangan salahkan pemimpin kerana pimpinannya, salahkan diri yang memimpin nafsu sendiri, adakah menepati dengan kehendak Ilahi

10.       Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya? Apakah kita masih seronok dan leka? Bagaimana pula dengan iman kita?      

Kalau ada kesilapan atau ingin menambah info dalam koleksi ini silalah komen…..

Isnin, Jun 06, 2011

Makmurkan masjid tanggungjawab orang beriman



ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ‘ala rasulillah waba’d. Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat 19 yang bermaksud: “Dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim”. 

Ayat itu jelas menunjukkan bahawa usaha memakmurkan masjid mempunyai kedudukan di sisi Allah. Allah SWT dengan tegas menyatakan bahawa tugas memakmurkan masjid Allah hanya dilaksanakan oleh orang yang beriman. Maka orang yang tidak memakmurkan masjid bererti bukanlah orang yang benar-benar beriman. 

Satu hadis yang menjelaskan mengenai keutamaan membangun masjid iaitu diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Usman, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang membangun sebuah masjid untuk mencari keredaan Allah SWT, nescaya Allah SWT membangun untuknya sebuah rumah dalam syurga. 

Bagaimanapun bagi setiap Muslim perlulah memelihara adab yang disyariatkan mengenai masjid, antaranya: 

  • Pertama: Masuk ke dalam masjid hendaklah mendahulukan kaki kanan dan keluar dengan mendahulukan kaki kiri. Sebelum ke masjid hendaklah membaca doa ke masjid seperti diajar Nabi SAW, antaranya: Allahummaj’al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam’i nuran, wa’an yamini nuran, wa’an syimali nuran, wa’an amami nuran, wa’an khalfi nuran, wafi ‘ashabi nuran wafi lahmi nuran, wafi sya’ri nuran wafi basyari nuran (yang bermaksud: Wahai Tuhanku, jadikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di sebelah mukaku, cahaya di sebelah belakangku, cahaya pada uratku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada rambutku, dan cahaya pada kulitku.) 

  • Kedua: Mengerjakan solat dua rakaat solat tahiyyatul masjid apabila masuk masjid. 

  • Ketiga: Duduk dalam masjid dengan menghadap kiblat. 

  • Keempat: Berniat iktikaf selama duduk di dalamnya. 

  • Kelima: Memelihara kebersihan masjid dan tidak mengotorinya. 

  • Keenam: Tidak melakukan perkara tidak disukai syarak seperti bernyanyi, bertanyakan barang-barang yang hilang dan seumpamanya. 

    Bagi persoalan bagaimana cara untuk kita memakmurkan masjid, ada banyak sebenarnya. Ini termasuk: 

    Pertama: mendirikan masjid di tempat dirasakan perlu untuk memudahkan umat Islam mendirikan jamaah. Hukum melaksanakan perkara ini adalah fardu kifayah. 

    Kedua: membantu dan menyokong masjid yang sudah didirikan. 

    Ketiga: memuliakan masjid dengan tetap melakukan ibadat di dalamnya, menyebut Allah di dalamnya, sentiasa tetap didirikan solat berjemaah, mengadakan program ilmu seperti tazkirah, kuliah ilmu dan seumpamanya. 

    Keempat: menjaga adab dalam masjid seperti yang sudah diterangkan di atas. 

    Bagi mereka yang dilantik menguruskan masjid, hendaklah melakukan perkara yang memberi kebaikan kepada masjid seperti memperbaiki masjid, memastikan azan sentiasa dikumandangkan setiap kali masuk waktu solat, memastikan solat berjemaah sentiasa didirikan, ‘mewangikan’ masjid dan memasang lampu sekadar perlu lebih-lebih lagi setiap kali hari raya, menambah pendapatan wakaf masjid dengan berlaku jujur dan ikhlas dalam menjaga harta itu. 

    Pada masa sama, hendaklah menjaga kebersihan dan keselamatan perkakas masjid, manakala pegawai masjid, imam, muazzin, tukang bersih dan seumpamanya hendaklah menjalankan tugas yang telah ditetapkan untuk mereka. Demikianlah, wallahua’lam.   

    Sumber : Artikel di BHarian Bersama Ustaz Zahazan Mohamed